Kerana
sikap bersahaja dan suka bergurau, kadang-kadang ada orang mudah terasa dengan
kata-kata saya. Saya tidak boleh kawal bagaimana orang menerimanya tetapi saya
boleh lebih berhati-hati lagi apabila berkata-kata dan memeriksa keadaan hati
terlebih dahulu. Saya tidak pernah menyesal apabila berdiam, hanya menyesal
apabila saya terlebih bercakap 🙊
Dalam Lukas 6:45, Yesus Kristus menerangkan tentang hubungan diantara mulut dan hati: "Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.” Bagaimana keadaan hati kamu? ⚡🆗✔ #ServeToLead #HatiDanMulut
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
No comments:
Post a Comment