Setiap pemimpin yang
berkarisma ada dua kualiti yang saya selalu perhatikan: #1 Mereka kurang bersabar, dan #2
Mereka ada ego yang kuat. Pada pendapat saya, dua kualiti ini boleh
digunakan sebagai kekuatan. Kurang bersabar boleh membawa kepada urgensi,
keinginan untuk bertindak dan berfikir secara praktikal. Ego pula kadang-kadang
boleh menambah keyakinan dan menguatkan pendirian seorang pemimpin.
Namun begitu, kamu dan saya tahu yang dua kualiti ini juga sangat bahaya, cenderung menjadi kelemahan dan mudah menjadi batu sandungan kepada orang lain. Oleh itu, setiap pemimpin harus sentiasa menilai diri sendiri dan sedar bahawa tidak semua orang seperti mereka. Jika bersalah, "Minta maaf" dengan jujur. Jika ada peluang, secepat mungkin ucap, "Terima kasih" dengan ikhlas. Tidak ada pemimpin yang berjaya sendirian, mesti ada orang yang membantu dia. Tugas pemimpin ialah pengurusan manusia, bukan mengawalan hamba 💪😊⚡ #ServeToLead #GrowingLeader #MintaMaafTerimaKasih
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment