Showing posts with label Hati Seorang Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Hati Seorang Pemimpin. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

5 Sebab Orang Tidak Mengikuti Kepimpinan Kamu

Ramai yang mahu menjadi pemimpin. Ini perkara yang baik, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu mahu melayani orang lain :) Tetapi soalan yang setiap pemimpin harus tanya diri sendiri ialah: "Kemana saya akan bawa orang yang mengikuti saya? Apa visi atau matlamat kita?" (Lihat Sebab #1) Pemimpin harus - memimpin, kan? Jadi... Kemana?



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Hati Seorang Pemimpin: Pemimpin vs Janji

Perkataan boleh menjadi kawan atau lawan bagi seorang pemimpin. Semua kita termasuk saya sendiri pernah melakukan kesilapan dengan kata-kata apabila memimpin. Baca Pengkhutbah 5 dibawah, dan jadikan tiga pengajaran tentang 'Pemimpin vs Janji' ini sebagai peringatan bagi kita:

"Jagalah langkahmu ketika kamu berjalan ke Rumah Allah! Menghampiri bait itu untuk mendengar memang lebih baik daripada mempersembahkan korban sebagaimana yang dilakukan oleh kalangan bodoh yang tidak tahu bahawa mereka berbuat jahat. Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu... Usah membiarkan mulutmu menyebabkan kamu berdosa, dan usah berkata di hadapan malaikat bahawa kamu tersilap. Mengapa sampai Allah perlu murka atas kata-katamu lalu merosakkan pekerjaan tanganmu? Terlalu banyak kata dan impian hanyalah kesia-siaan. Maka takutlah kepada Allah" (Pengkhutbah 5:1-2, 6-7, AVB).




THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

5 Ciri-Ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin

Bolehkah seorang pemimpin mempunyai keyakinan dan juga pada masa yang sama rendah hati? YA! Ada Lima (5) Ciri-ciri Pemimpin yang Rendah Hati & Yakin:





THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, April 6, 2019

Hati Seorang Pemimpin #7 Apa Yang Menjadikan Para Pengikut Setia Mengikuti Seorang Pemimpin?


Lalu timbullah keinginan dalam diri Daud, katanya, ‘Kalaulah ada orang yang memberi aku minum air dari perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu!’ Maka ketiga-tiga kesateria itu menerobos perkhemahan orang Filistin lalu menimba air daripada perigi Betlehem yang berada berdekatan dengan pintu gerbang itu. Mereka mengangkatnya dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, dia tidak mahu meminumnya. Dia malah mencurahkannya sebagai persembahan kepada Tuhan.
(2 Samuel 23:15-16,
AVB)

Keinginan Daud seperti ini timbul secara tiba-tiba, tanpa perancangan, mungkin hanya menyebut. Tetapi bagi para pengikut Daud, apabila mereka mendengar kata-kata ini, mereka segera pergi ke kawasan musuh – mereka bertiga sahaja! – dan mengambil air yang diingini oleh Daud (mungkin air ini rasa seperti Coca Cola yang sejuk. Bayangkan hari panas… uhhh…). Daud tidak mengarahkan atau meminta daripada mereka, mereka membuat inisiatif sendiri.

Kesetiaan dan hormat kepada seorang pemimpin seperti ini tidak boleh datang dari deskripsi pekerjaan. Kesetiaan seperti ini hanya boleh datang dari contoh dan perwatakan yang sama. Daud mempunyai pengikut seperti ini – mereka yang sanggup mengambil risiko, inisiatif dan setia – kerana dia sendiri telah menunjukkan teladan yang sama kepada para pengikutnya (ingat lagi bagaimana Daud melayani Raja Saul?). Pemimpin yang setia akan menginspirasikan para pengikut yang setia.

Sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh tiga orang kesateria ini menyebabkan Daud bertindak seperti yang ditulis pada ayat 16. Daud menghargai pengorbanan mereka dengan mencurahkan air itu “sebagai persembahan kepada Tuhan.” Lihat sikap para kesatria ini. Lihat bagaimana Daud memimpin mereka. Lihat contoh yang diberikan oleh Daud kepada mereka… siapa yang tidak mahu mengikut pemimpin seperti ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI
LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv 

Best Blogger Tips

Tuesday, April 2, 2019

Hati Seorang Pemimpin #6 Apabila Misi Lebih Kuat daripada Besi Penjara


Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil. Dengan demikian, nyatalah dalam kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana Kristus. Juga, kebanyakkan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.”
(Filipi 1:12-14,
AVB)

Saya rasa tidak salah kalau rasul Paulus mahu mengambil cuti sementara daripada penginjilan. Apabila dia dipenjarakan di Rom, tiada siapa yang boleh salahkan dia jika dia mengambil keputusan untuk berehat daripada pelayanan. Akan tetapi, Paulus tetap ingin mengambil peluang sepenuhnya untuk memberitakan Injil tentang Yesus Kristus dimana sahaja dia berada. Paulus ialah seorang pemimpin yang tidak mudah menyimpang daripada misinya. Dia bertekat untuk meninggalkan legasi (ya, seperti LEGASI.tv) dimana sahaja dia pergi atau ditempatkan.

Paulus berada di penjara apabila dia menulis Surat kepada Para Jemaat di Filipi. Bagaimana misi boleh memberi semangat kepada Paulus untuk terus melayani walaupun dia dipenjarakan kerana Injil Kristus? Apa yang kita boleh belajar daripada Paulus tentang misi? Bagi saya, ada beberapa hal para pemimpin boleh belajar:

Misi akan membangkitkan semangat dan motivasi kamu
Misi akan membolehkan kamu tahu apa yang penting dan apa yang tidak
Misi akan meningkatkan potensi kepimpinan kamu
Misi akan memberi tujuan bagi hidup kamu
Misi akan menolong kamu mengukur kejayaan atau perkembangan kamu sekarang
Misi akan mendorong orang lain mengikuti teladan atau contoh kamu

Apabila Paulus berpegang kepada misi yang diberikan Tuhan Yesus kepadanya, dia bukan hanya menjadi lebih berani, malah dia juga menyebabkan para pengikut Kristus yang lain “menjadi yakin” dan “tanpa ketakutan.”

Apakah misi yang TUHAN letakkan di dalam hati kamu sebagai pemimpin?
Adakah kamu hidup (atau melayani) berdasarkan misi itu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI


LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Sunday, March 17, 2019

Hati Seorang Pemimpin #5 Mengambil Tanggungjawab Apabila Mengalami Kegagalan

Jawab manusia itu, ‘Perempuan yang kautempatkan bersama-samaku itulah yang memberikan kepadaku buah daripada pokok itu, maka aku memakan buah itu’
(Kejadian 3:12, AVB)

Apabila ada perkara yang tidak diingini berlaku, reaksi yang biasa akan kita lakukan ialah menunding jari kepada orang lain (atau tidak mahu bertanggungjawab). Semua ini pernah terjadi suatu masa dahulu, dari awal penciptaan manusia – di Taman Eden. Apabila TUHAN bertanya kepada Adam, Adam menuduh Hawa. Kemudian, bila TUHAN bertanya kepada Hawa, dia menuduh si ular. Perkara yang sama juga terjadi sekarang.

Jika kamu ada mengalami kegagalan, fikirkan tentang kenapa kamu gagal dahulu dan bukannya siapa yang bersalah. Cuba melihat situasi itu secara objektif supaya kamu boleh melakukan yang terbaik lagi untuk masa akan datang. Tanya diri kamu sendiri tiga soalan-soalan ini:

Pemimpin yang suka menunding jari dan menuduh orang lain (dulu) apabila mengalami kegagalan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik. Untuk mencapai potensi kamu, kamu harus cuba untuk memperbaiki diri kamu sendiri, dan ia tidak akan terjadi sekiranya kamu tidak mengambil tanggungjawab atas perbuatan dan tindakkan kamu dan tidak mahu belajar daripada kesilapan.

Bagaimana kamu menghadapi kegagalan?
Adakah kamu akan menuduh orang lain dulu
atau kamu cuba untuk memperbetulkan diri sendiri dulu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKEFOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv


Best Blogger Tips

Tuesday, March 12, 2019

Hati Seorang Pemimpin #4 Berhati-Hati dari Mana Kamu Beroleh Nasihat

Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN,
dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.”
(Mazmur 1:1-3, AVB)

Penulis Mazmur 1 menulis tentang perbezaan diantara orang yang benar dan orang yang berdosa. Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua orang ini ialah – dari mana mereka mendapat nasihat atau dari siapa mereka menerima nasihat. Perhatikan apa yang terjadi kepada pemimpin yang bodoh: a) Mereka menurut nasihat yang salah; b) Mereka mendengar ajaran yang menyimpang; dan c) Mereka mengikut para pemimpin yang sesat.

Pemimpin yang bijak pula “merenung hukum-Nya siang dan malam.” Perhatikan apa yang terjadi kepada mereka apabila mereka mentaati Firman Allah dan mendengar nasihat orang yang benar:


Jadi, biar saya bertanya dua soalan: Dari mana kamu mendapat nasihat atau siapa yang memberikan nasihat kepada kamu? Jika ia datang dari sumber yang negatif, bagaimana kamu boleh menjauhinya?

Ingat: Berhati-Hati Dari Mana Kamu Beroleh Nasihat.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, March 5, 2019

Hati Seorang Pemimpin #3 Memilih Untuk Melayani Orang Lain

Dengan demikian, Yesus berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di pinggang-Nya.
Kemudian Dia menuang air ke dalam sebuah baldi lalu membasuh kaki murid-murid-Nya
dan mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya
.”
(Yohanes 13:4-5, AVB)

Apabila kamu memikirkan tentang pemimpin yang mempunyai hati hamba, apa yang kamu bayangkan? Pemimpin seperti ini bukannya mengenai posisi atau kedudukan. Ianya adalah suatu sikap. Kamu tentu sekali pernah berjumpa dengan seorang ‘pemimpin’ yang memiliki posisi yang tinggi tetapi mempunyai sikap yang rendah. Sama juga, kamu mungkin pernah berjumpa dengan seorang yang ikhlas melayani walaupun dia tidak mempunyai kedudukan yang tinggi. Pemimpin yang sebenar ialah seorang yang memilih untuk melayani orang lain, bukan seorang yang hanya bergantung dengan posisi atau kuasa. Pemimpin yang mempunyai hati hamba:


Pemimpin yang sebenar tidak akan menggunakan manipulasi dan mempromosikan diri sendiri sebagai motivasi untuk melayani. Bukti utama seorang pemimpin yang sebenar – yang mempunyai hati hamba – ialah dia memilih untuk melayani orang lain. Dari mana sumber atau motivasi dia sebenarnya? Dari Kasih Allah.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Friday, March 1, 2019

Hati Seorang Pemimpin #2 Siapa Diri Kamu akan Mempengaruhi Para Pengikut


Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-sama [Daud], dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.”
(1 Samuel 22:2, AVB)

Orang yang tertarik dan mengikuti Daud semasa dia melarikan diri daripada Saul akhirnya menjadi seperti Daud sendiri. Ada dikalangan mereka juga pernah menewaskan para perwira gergasi orang Filistin, sama seperti Daud pernah membunuh Goliat dulu. Ini menunjukkan bahawa siapa diri kamu sebagai pemimpin akan menhasilkan para pengikut [yang juga para pemimpin] yang sama seperti kamu. Baca Kitab 1 & 2 Samuel dan kamu akan mendapati bahawa ada empat (4) kebenaran yang nyata di dalam kepimpinan Daud:


Cuba kamu lihat beberapa contoh para pengikut Daud. Dalam 2 Samuel 23, Alkitab mengatakan bahawa Yoseb Basebet menewaskan 800 orang musuh dengan menggunakan tombak dalam satu pertempuran (ayat 8); Eleazar menewaskan orang Filistin sehingga tangannya penat dan melekat pada pedangnya (ayat 9-10); Sama mengalahkan orang Filistin seorang diri ketika berdiri ditengah-tengah ladang (ayat 11-12). Daud menarik para pengikut yang sama seperti dia – orang yang berada dalam kesusahan. Dia juga melahirkan para pengikut seperti dia – pahlawan dan pemenang. Ingat: Siapa diri kamu sebagai pemimpin akan menhasilkan para pengikut yang sama seperti kamu.*

*diterjemah dan diubahsuai dari A Leader’s Heart: 365-Day Devotional Journal (2010) oleh John C. Maxwell

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

Hati Seorang Pemimpin #1 TUHAN Masih Memanggil dan Mengutus Pemimpin


“Berfirmanlah Allah, ‘Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.’
(Kejadian 1:26,
AVB)

TUHAN ialah Pemimpin yang Sebenar, dan Dia telah memanggil setiap orang yang percaya kepada-Nya untuk menjadi pemimpin. Tuhan boleh membuat penciptaan dengan pelbagai cara, tetapi Dia telah memilih untuk mencipta manusia yang mempunyai roh, jiwa dan kelebihan untuk mengenali dan mengikuti-Nya. Walaupun TUHAN menciptakan kita, Dia tidak pernah memaksa manusia untuk mengikuti-Nya.

Apabila umat manusia jatuh ke dalam dosa, TUHAN boleh sahaja membuat rancangan Keselamatan tanpa melibatkan manusia, tetapi Dia telah memilih kita untuk terlibat di dalam rancangan-Nya dan untuk memimpin orang lain mengikuti-Nya. TUHAN telah membuatkan semua ini jelas apabila Dia berfirman, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi…” (Kejadian 1:28).

Panggilan untuk menjadi pemimpin adalah sangat konsisten dengan ajaran Alkitab. Apabila TUHAN mengingini satu bangsa untuk menjadi umat-Nya, Dia tidak memanggil semua orang. Dia memanggil seorang pemimpin – Abraham. Apabila TUHAN ingin menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan di Mesir, Dia tidak mengutus beberapa nabi. Dia mengutus seorang pemimpin – Musa. Apabila sudah tiba masanya untuk orang Israel pergi ke Tanah Perjanjian, mereka mengikuti seorang pemimpin – Yosua.

Setiapkali TUHAN ingin melakukan sesuatu yang luar biasa, Dia akan mengutus seorang pemimpin yang menyahut panggilan-Nya. Hari ini, TUHAN masih lagi memanggil para pemimpin untuk melakukan kehendak-Nya – bagi umat-Nya dan orang lain; di gereja dan di tempat kerja; di kampus dan dimana sahaja – tidak kira besar ataupun kecil.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Untuk menonton video-video Siri Pemimpin CF, sila KLIK DI SINI

LIKE, FOLLOW dan SHARE FB Page: LEGASI.tv
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]