Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Bawa Anak-Anak kepada Yesus (Matius 19:13-15)

 

Memang ini yang harus ditekankan bahawa kita sebagai anak-anak harus menghormati ibu bapa kita dan menjaga kebajikan mereka (Keluaran 20:12; Matius 15:4, 15:6, 19:19). Tetapi begitu juga, ibu bapa harus bertanggungjawab memerihara, memberi nasihat benar dan membawa anak-anak kepada Tuhan Yesus Kristus iaitu satu-satunya jalan kebenaran (Yohanes 14:6). Didiklah mereka untuk mengikuti-Nya "maka pada masa tuanya dia tidak menyimpang dari laluan itu" (Amsal 22:6).

Selepas kita melihat konteks dan mengkaji petikan dalam Matius 19:13-15, saya akan berkongsi lima (5) cara untuk membawa anak-anak kepada-Nya, samada sebagai ibu dan bapa atau sebagai umat Allah yang melihat mereka sebagai anak-anak rohani dalam Kristus 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius141

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, March 12, 2019

Hati Seorang Pemimpin #4 Berhati-Hati dari Mana Kamu Beroleh Nasihat

Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN,
dan merenung hukum-Nya siang dan malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.”
(Mazmur 1:1-3, AVB)

Penulis Mazmur 1 menulis tentang perbezaan diantara orang yang benar dan orang yang berdosa. Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua orang ini ialah – dari mana mereka mendapat nasihat atau dari siapa mereka menerima nasihat. Perhatikan apa yang terjadi kepada pemimpin yang bodoh: a) Mereka menurut nasihat yang salah; b) Mereka mendengar ajaran yang menyimpang; dan c) Mereka mengikut para pemimpin yang sesat.

Pemimpin yang bijak pula “merenung hukum-Nya siang dan malam.” Perhatikan apa yang terjadi kepada mereka apabila mereka mentaati Firman Allah dan mendengar nasihat orang yang benar:


Jadi, biar saya bertanya dua soalan: Dari mana kamu mendapat nasihat atau siapa yang memberikan nasihat kepada kamu? Jika ia datang dari sumber yang negatif, bagaimana kamu boleh menjauhinya?

Ingat: Berhati-Hati Dari Mana Kamu Beroleh Nasihat.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 16, 2018

Angelus' Quote: TubuhMu itu Tempat Kediaman Roh Kudus


Jika kamu belajar tentang doktrin akhir zaman (atau eskatologi), kamu akan diajar tentang apa yang akan terjadi kepada kita setelah kita mati secara fizikal. Dipendekkan cerita, kita tetap akan memiliki tubuh di dunia akhirat nanti. Kita tetap akan ada tubuh atau jasad tetapi ia akan berbeza daripada sekarang.

Apa yang cacat, akan dipulihkan; apa yang hilang, akan diadakan; apa yang cela, akan disempurnakan. Tubuh kamu akan berbeza tetapi ia tetap sama, atau, ia tetap sama tetapi berbeza dari yang dulu (atau dalam bahasa canggih sekarang, "mengalami tranfomasi"). Tubuh kamu yang ada sekarang akan sama dengan diakhirat kelak. Adakah doktrin ini mengubah perspektif kamu tentang tubuh kamu? Saya harap ia dapat menyedarkan kamu tentang betapa pentingnya kamu menjaga tubuh kamu.

TUHAN memandang tinggi tentang tubuh kamu. Jika tubuh kita dikatakan sebagai "tempat kediaman Roh Kudus" (1 Korintius 6:19), maka, haruslah kita "menjauhi perbuatan cabul" (6:18) atau perkara yang merosakkan dan mengotorkan tubuh kita. Jika Allah peduli, kamu juga harus peduli tentang tubuh kamu. Hormati tubuh kamu. Ya, hormati, tetapi bukan menyembah ia. Saya katakan lagi: hormati tubuh kamu. Ia ialah tempat kediaman Roh Kudus yang suci. Berwaspada tentang apa yang kamu lakukan dan berikan kepada tubuh. Jaga ia dengan baik dan penuh hormat.

Saya tidak menyuruh kamu berhenti merokok atau minum arak, saya cuma mengingatkan kamu untuk menghargai tubuh kamu. Saya tidak mengarahkan kamu supaya tidak membuat tatu di badan kamu, saya katakan bahawa kamu harus menghormati tubuh kamu. Saya bukan menyindir berat badan dan kesihatan kamu, saya hanya berkata bahawa kamu harus menjaganya dengan baik. Pernah kamu menyuruh orang asing menyelerakkan rumah kamu? Pernah kamu membiarkan bilik kamu dipenuhi dengan najis? Pernah kamu bersukacita bila melihat sampah di katil kamu? Tidak, kan?! Jadi bagaimana dengan "tempat kediaman Roh Kudus"? Malah, bukankah tubuh kamu itu sebenarnya "milik Allah"? Jadi, "gunakanlah tubuhmu untuk memuliakan Allah" (6:20).

Instagram -> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, September 26, 2014

Tanamlah Benih Wahai Rakan Pelayan PelajarKu


Aku [Paulus] menanam benih dan Apolos menyiramnya,
tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh” (1 Korintus 3:6, BM).

Firman ini mengingatkan saya tentang pekerjaan saya sebagai seorang pelayan pelajar Kristian.  Saya mengaku bahawa agar sukar untuk saya mengukur sejauh mana efektifnya pelayanan yang saya lakukan sekarang. Kadang-kadang saya merasakan bahawa saya hanya “menanam benih”, kadang-kadang hanya “menyiram”, dan kadang-kadang merasakan bahawa “musim menuai” akan lambat tiba. Melayani dikalangan pelajar adalah seperti itu. Menanam banyak benih, menyiramnya, berdoa bersungguh-sungguh, dan kemudian memerhati dan menunggu. Tidak semua benih akan tumbuh, tetapi pasti ada yang akan tumbuh.

Dan ini ialah Berita Baik bagi saya (dan kamu yang melayani TUHAN): Saya tidak perlu menjadi seorang yang terkenal atau bijak untuk melayani pelajar. Saya tidak perlu berpendidikan tinggi. Saya tidak perlu menjadi seorang yang pintar atau pandai bercakap atau memiliki penampilan yang menarik. Saya tidak perlu menjadi apa-apa, kecuali hati yang ingin melayani. Tiada pengorbanan yang diperlukan, kecuali keseluruhan hidup saya sendiri. Jika saya tidak kisah untuk menjadi penanam “benih,” maka saya boleh menjadi pelayan pelajar. Ada ramai orang yang belum mendengar kebaikan Yesus, dan ada banyak jiwa yang belum tahu tentang perbuatan-Nya. Peluang untuk mengkhabarkan Berita Baik dikalangan pelajar masih lagi terbuka luas.

Ini nasihat saya kepada kita semua: Kebanyakkan kita tahu banyak perkara tentang Yesus. Masalah kita bukanlah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan. (Sebenarnya, kita tahu terlalu banyak.) Kita telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengetahuan samada melalui internet, buku-buku, guru-guru, seminari, persekutuan Kristian, kelas Alkitab, dan sebagainya. Persoalan bagi kita pada abad ke-20 ini ialah bukan, ‘Apa yang kamu tahu?’ tetapi, ‘Apa yang kamu akan lakukan tentang apa yang kamu sudah tahu?’ Lihat semua “benih” yang TUHAN telah berikan kepada kamu. Cukup untuk kita sendiri and cukup untuk seluruh keluarga kita, dengan banyak lagi bakinya. Bukankah sudah tiba masanya untuk kamu dan saya menanam dan menyiram “benih” yang sedia ada? Pergilah “menanam benih… dan menyiramnya”; biar “Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh.” Amen.


THINK BIG .START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]