Friday, September 26, 2014

Tanamlah Benih Wahai Rakan Pelayan PelajarKu


Aku [Paulus] menanam benih dan Apolos menyiramnya,
tetapi Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh” (1 Korintus 3:6, BM).

Firman ini mengingatkan saya tentang pekerjaan saya sebagai seorang pelayan pelajar Kristian.  Saya mengaku bahawa agar sukar untuk saya mengukur sejauh mana efektifnya pelayanan yang saya lakukan sekarang. Kadang-kadang saya merasakan bahawa saya hanya “menanam benih”, kadang-kadang hanya “menyiram”, dan kadang-kadang merasakan bahawa “musim menuai” akan lambat tiba. Melayani dikalangan pelajar adalah seperti itu. Menanam banyak benih, menyiramnya, berdoa bersungguh-sungguh, dan kemudian memerhati dan menunggu. Tidak semua benih akan tumbuh, tetapi pasti ada yang akan tumbuh.

Dan ini ialah Berita Baik bagi saya (dan kamu yang melayani TUHAN): Saya tidak perlu menjadi seorang yang terkenal atau bijak untuk melayani pelajar. Saya tidak perlu berpendidikan tinggi. Saya tidak perlu menjadi seorang yang pintar atau pandai bercakap atau memiliki penampilan yang menarik. Saya tidak perlu menjadi apa-apa, kecuali hati yang ingin melayani. Tiada pengorbanan yang diperlukan, kecuali keseluruhan hidup saya sendiri. Jika saya tidak kisah untuk menjadi penanam “benih,” maka saya boleh menjadi pelayan pelajar. Ada ramai orang yang belum mendengar kebaikan Yesus, dan ada banyak jiwa yang belum tahu tentang perbuatan-Nya. Peluang untuk mengkhabarkan Berita Baik dikalangan pelajar masih lagi terbuka luas.

Ini nasihat saya kepada kita semua: Kebanyakkan kita tahu banyak perkara tentang Yesus. Masalah kita bukanlah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan. (Sebenarnya, kita tahu terlalu banyak.) Kita telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengetahuan samada melalui internet, buku-buku, guru-guru, seminari, persekutuan Kristian, kelas Alkitab, dan sebagainya. Persoalan bagi kita pada abad ke-20 ini ialah bukan, ‘Apa yang kamu tahu?’ tetapi, ‘Apa yang kamu akan lakukan tentang apa yang kamu sudah tahu?’ Lihat semua “benih” yang TUHAN telah berikan kepada kamu. Cukup untuk kita sendiri and cukup untuk seluruh keluarga kita, dengan banyak lagi bakinya. Bukankah sudah tiba masanya untuk kamu dan saya menanam dan menyiram “benih” yang sedia ada? Pergilah “menanam benih… dan menyiramnya”; biar “Allah sendiri yang menyebabkan tanaman itu tumbuh.” Amen.


THINK BIG .START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]