Asas dalam penginjilan ialah
Amanah
Agung. Firman Yesus ialah: “Pergilah ke seluruh
dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia”
(Markus 16:15, BM). Lukas 5:1-11 merupakan salah satu daripada ajaran
Yesus Kristus tentang penginjilan kepada pengikut-pengikut-Nya. Dengan
menggunakan gambaran seperti menjala ikan, Yesus mengajar mereka tentang bagaimana
untuk menjala (atau memenangkan) manusia. Selepas mereka menjala semalaman
tanpa menangkap apa-apa pun, Yesus berkata kepada Petrus, “Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu
tebarkanlah jala untuk menangkap ikan” (5:4). Setiap nelayan yang
sudah biasa dengan Tasik Genesaret tahu bahawa jika mereka tidak berjaya mendapat
ikan pada waktu malam sebelumnya, mereka harus sedar yang mereka tidak akan
mendapat ikan langsung. Walaupun Petrus sedar dengan kenyataan ini, dia
menjawab, “Tetapi
kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala”
(5:5). Kemudian, mukjizat terjadi! Oleh kerana ikan terlalu banyak, jala mereka
hampir putus! Perahu hampir tenggelam! Dan Yesus berkata, “Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala
orang supaya menjadi pengikut-Ku” (5:10). Secara ringkas Dia seperti
berkata: “Apabila Aku sudah berfirman, lakukanlah!”
Kita kadang-kadang
beranggapan bahawa kita tidak layak untuk bersaksi tentang Berita Baik dengan
orang yang belum percaya kerana kita takut jika mereka bertanya banyak soalan,
kita tidak mampu untuk menjawab kembali. Kadang-kadang kerisauan itu ada kebenarannya.
Tetapi kebanyakan masa kita menggunakan alasan itu supaya kita boleh
bersembunyi daripada bersaksi kepada orang lain. “Jangan takut!” kata Yesus. Pergilah
bersaksi tentang Dia. Ingat: Yesus
yang memanggil pengikut-pengikut-Nya dan kita sekarang untuk “menjala orang”
akan juga melakukan mukjizat yang sama! Mukjizat akan terjadi jika kita
mentaati Firman-Nya. Ikan banyak! Jala hampir putus! Perahu hampir tenggelam!
Taat kepada Yesus, bukan memberi alasan
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment