Kita harus melihat setiap orang sebagaimana Tuhan
melihat mereka. Menurut Alkitab Matius 9:36, Yesus diperhatikan sebagai
seorang yang seperti itu: “Apabila Dia melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka
kerana mereka risau dan tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala”
(BM).
Perjanjian Baru menulis bahawa Yesus seringkali berasa begitu, “Dia mengasihani”;
“tergeraklah hati”
(TB),
“jatuhlah belas
kasihan-Nya” (TL); “Ia kasihan” (BIMK), lebih kurang lapan kali. Yesus melihat melebihi
kesalahan dan kekurangan mereka. Dia melihat keperluan rohani mereka – mereka seperti
kawanan domba tanpa gembala.
Kebanyakkan orang Kristian
merasa tidak selesa apabila bergaul dengan orang bukan Kristian. Memang sesetengah
daripada mereka hanya mementingkan diri sendiri dan kadang-kadang percakapan
mereka keterlaluan. Namun begitu, kita sering terlupa bahawa masalahnya
bukanlah tentang apa yang mereka lakukan, ianya tentang siapa diri mereka –
peribadi yang belum mengenal Yesus Kristus, Penyelamat kita. Sebagaimana Kristus
melihat melebihi perbuatan seseorang dan melihat keperluan rohani mereka
terlebih dahulu, kita juga harus melakukan perkara yang sama. Kita harus
memiliki hati yang mengasihani, berbelas kasihan kepada orang bukan Kristian
dan melihat sepertimana Yesus melihat mereka. Sikap Yesus harus menjadi sikap kita.
Beberapa tahun yang lalu,
para pelayan misi telah dibunuh oleh kaum Auca Indians di negara Ecuador. Bapa
kepada salah seorang daripada mereka berkata: “Saya merasa lebih sedih terhadap mereka kaum Indians berbanding dengan
kematian anak saya sendiri.” Ini ialah sikap yang mengasihi orang lain!
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment