Showing posts with label Kasih. Show all posts
Showing posts with label Kasih. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Yesus Menyerahkan Roh-Nya dengan Nafas Terakhir (Matius 27:45-56)


Seluruh Israel diselubungi kegelapan. Kemudian, "Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir" (Matius 27:50). Puluhan malah ratusan ribu orang telah mati di kayu salib sebelum dan sejak Roma menjadikan kaedah penyaliban terkenal di seluruh dunia.

Persoalannya, jadi, apakah yang unik atau istimewa tentang kematian Yesus di kayu salib? Kenapa Penyelamat harus mati? Dan apa yang terjadi disekitar peristiwa yang penting dalam sejarah ini? Jangan biarkan kebiasaan menjadikan kita tidak melihat betapa luar biasa SALIB YESUS! ✝#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Saya membahagikan petikan Matius 27:45-56 ini kepada
Tujuh (7) Bahagian, KLIK DISINI untuk mendengar penjelasannya http://spoti.fi/3wsORie 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, April 30, 2022

Penyangkalan Dahsyat Petrus, Kasih Radikal Yesus (Matius 26:69-76)

Kurang daripada beberapa jam sahaja selepas Rasul Petrus berkata dengan yakin kepada Tuhan Yesus, "Aku tidak akan goyah!" (Matius 26:33) dan "Aku tidak akan menyangkal-Mu!" (v.35), dia tiga kali akan menyangkal Yesus dihadapan semua orang dengan kutuk dan sumpah, "Aku tidak kenal orang itu!" (v.70-74).

Berapa serius dan dahsyatkah penyangkalan Petrus ini? Kenapa dia sanggup berbuat begitu setelah sekian lama bersama Yesus? Bolehkah dosanya diampuni dan apakah kesudahan baginya? Episod ini sangat penting bagi orang Kristian masakini sebagai peringatan dan bagi mereka yang sedang jatuh dalam dosa dan memerlukan pengharapan... Mari melihat diri kita sendiri di dalam dilema Petrus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk melihat dan mendengar tentang kasih radikal Tuhan Yesus,
 KLIK DI SINI  http://spoti.fi/3sBnui6 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Lima (5) Cara untuk Menyambut Hari Merdeka 2021

1) HARGAI SEJARAH. Dulu saya langsung tidak peduli dan menghargai sejarah Malaysia tetapi apabila saya sudah berkerjaya dan memasuki pelayanan, saya mendapati bahawa sejarah banyak mempengaruhi bagaimana kita berfikir, bergaul, berkomunikasi dan mengenal identiti sesama kita. Sumber terbaik untuk mengetahui sejarah Malaysia - dan isu-isu semasa - ialah melalui buku-buku yang diterbitkan oleh Gerakbudaya (https://www.gerakbudaya.com). Selain itu, dokumentari seperti Road to Nationhood: Formation of Malaysia juga sangat membantu (https://youtu.be/WP3NsJVU-78). Tak kenal Malaysia maka tak cinta.

2) MENGUBAH MINDSET. Syukur kepada TUHAN Allah kerana kebanyakkan kita tidak perlu pergi berperang untuk mendapatkan kemerdekaan. Tabik dan hormat penghargaan kepada para pejuang kita dahulu! Namun begitu, kemerdekaan sebenar ialah holistik termasuk dari segi minda atau mindset. Lirik rap Joe Flizzow dalam lagu Negaraku sangat cun: "Nak merdeka dijasad harus bebas diakal." Apabila ada isu* yang melibatkan keutamaan dan kepentingan sesama kita timbul, salah satu mindset yang penting ialah ini: I am Malaysian first, then my race or tribe second (*bergantung kepada konteks).

3) KURANGKAN SIKAP PERKAUMAN. Saya memahami sesetengah orang yang optimistik yang mengatakan bahawa mereka ada sifar (zero) sikap perkauman. Namun begitu, ianya mustahil. TIADA seorang pun yang langsung tidak ada prejudis dan stereotaip. Apa yang kita boleh buat ialah mengakui bahawa kita ada sikap itu, memiliki kesedaran apabila kita bersikap begitu dan hari demi hari cuba mengurangkan sikap itu. Berkawan dan berkomunikasi dengan orang daripada pelbagai kaum ialah cara yang ideal untuk melakukan semua ini. Tetapi oleh kerana kita sekarang berdepan dengan isu pendamik, jadi, empat cara lain yang disenaraikan di sini boleh membantu.

4) BERDOA BAGI NEGARA. Yesus Kristus berfirman: "Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu" (Matius 5:44). Jika kamu marah kepada musuh kamu, cuba kamu berdoa sesuatu yang baik untuk dia. Bolehkah kamu kekal marah dan terus berdoa? Tidak! Malah, kasih mulai timbul. Begitu juga, kita mungkin pasrah, kecewa dan marah tentang apa yang terjadi dalam negara kita sekarang. Berdoa. Berdoa untuk para pemimpin, keadaan & isu-isu semasa dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Bagi orang Kristian, ebook The 40-Days Fast & Prayer 2021 (https://www.necf.org.my/index.cfm?&menuid=200&parentid=144) boleh membantu kita untuk mendapatkan perkara-perkara doa bagi Malaysia.

5) BUKA & TUTUP MULUT. Penjelasan ini mudah tapi sukar dilakukan oleh kerana sifat manusia. Jika ada perkara yang melibatkan keadilan, kebenaran dan mempertahankan orang yang lemah, kita harus berani membuka suara dan bertindak atau melakukan sesuatu. Bukan hanya merungut, jadi keyboard warrior atau mahu going viral tapi benar-benar terbeban. Sebaliknya, tutup mulut. Jika tidak ada apa-apa yang baik, jelas, membina atau benar-benar penting untuk diperkatakan. Ataupun tangguhkan respon dahulu dan berfikir sebelum bersuara. Malaysia boleh berpecah lebih cepat melalui konflik dalaman berbanding dengan pengaruh secara luaran. Bukankah itu yang kita lihat dalam 'drama' politik negara?

#ServeToLead #SelamatHariMerdeka #MalaysiaYangTercinta


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Markus 10:46-52 Bagaimana Orang Buta Boleh 'Melihat' Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.82)


Orang buta 'melihat.' Orang melihat 'buta.'
 Oleh itu, Yesus Kristus menyembuhkan orang buta yang 'melihat' dan membiarkan orang melihat 'buta.' Sebelum kisah tentang bagaimana Bartimeus boleh melihat semula diceritakan, para murid Yesus masih lagi berebut tentang kedudukan dalam Kerajaan Allah, jadi mereka masih 'buta.'

Selepas ia diceritakan, orang ramai menyambut Yesus masuk ke Yerusalem dengan gilang-gemilang, namun mereka masih lagi 'buta' tentang siapa Dia yang sebenarnya. Persoalannya, bagaimana Bartimeus boleh 'melihat' Yesus sedangkan yang lain tidak? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Perintah Yang Terutama & Yang Penting dalam Kitab Taurat (Matius 22:34-40)

Seorang ahli Taurat bertanya kepada Yesus Kristus, "Guru, perintah manakah yang terutama dalam Taurat?" (Matius 22:36). Bagi pembaca sekarang, kita berfikir bahawa soalan ini mudah dijawab. Tetapi kita harus melihat soalan ini berdasarkan latarbelakang pada masa itu.

Guru-guru agama orang Yahudi telah membahagikan keseluruhan Taurat kepada 316 perintah atau mitzvah! ��� Jadi, yang ditanyakan ialah: Mana satu antara 316 perintah ini yang terutama? Juga, adakah ajaran Yesus selaras dengan Musa atau Dia mengajar ajaran baru? Perhatikan bagaimana Yesus menjawab soalan ini dengan bijaksana - dan nilai diri sendiri samada kita benar-benar mentaati perintah TUHAN ������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius158 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:13-16 Adakah Kamu Mendorong atau Menghalang Kanak-Kanak Datang Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.74)

Mengutuk. Mendera. Menggugurkan. Ini tiga hal yang orang lakukan kepada kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya. Ini tidak seharusnya berlaku dan berwaspadalah bagi sesiapa yang menghalang mereka untuk datang kepada TUHAN! Lihat bagaimana Yesus Kristus melayani mereka ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Raja Alam Semesta Menunggang Seekor Keldai (Matius 21:1-11)

 

Pada tahun 1981, kos perkahwinan Putera Charles and Puteri Diana telah dijangkakan menelan sebanyak $48 juta, yang menurut kadar masakini dalam $110 juta; Pada tahun 1996, apabila Sultan Brunei menyambut hari kelahirannya yang ke-50, dia dikatakan telah membelanjakan lebih kurang $27 juta; dan menurut sebuah NGO Bruno Manser Fund (BMF) suatu masa dahulu telah menganggarkan aset kekayaan Tun Taib Mahmud bernilai US$15 billion!

Bandingkan segala kekayaan dan kemewahan yang telah dinyatakan di atas dengan sambutan pertabalan Raja Yesus Kristus, Mesias iaitu Anak Daud, dalam Matius 21:5, “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.'" Raja menunggang seekor keldai, binatang bagi orang miskin dan untuk mengangkut barang? Wow! Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi? 😮🙏🕊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius148

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:30-32 Apakah Lima (5) Sebab Kenapa Mesias HARUS Mati? (#InjilMarkus S.1 E.66)

Ini kali kedua Yesus Kristus menyatakan bahawa Dia akan mati dan bangkit semula kepada murid-murid-Nya (9:31). Dari segi sejarah, kita cukup yakin bahawa Yesus benar-benar mati; dari segi apologetik, kita boleh membuktikan bahawa Yesus sudah bangkit semula; tetapi hanya dari segi teologi, kita dapat menjawab KENAPA Dia melakukannya. Menurut Firman Allah, ada banyak sebab... mari saya kongsikan lima 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Pengikut Kristus BUKAN Boss Tetapi Hamba (Matius 20:20-28)

Sebelum ini, Yesus Kristus sudah menyatakan kepada para murid-Nya bahawa mereka harus menyangkal diri dan memikul salib (Matius 16:24), merendahkan diri dan bersikap seperti kanak-kanak (18:3-4) dan meninggalkan segalanya untuk nama-Nya (Matius 19:29). Dia juga sudah tiga kali menyatakan kepada mereka tentang penganiayaan, kematian dan kebangkitan-Nya (Matius 16:21; 17:22-23; 20:17-19).

Tetapi apa yang bermain dalam fikiran mereka? Mereka berebut kuasa, autoriti dan kedudukan! Mereka mahu menjadi BOSS bukan HAMBA 😤 Sikap ini tidak asing bagi para pengikut Kristus masakini 😒 Ada lima (5) hal yang kita harus pelajari daripada respon Yesus kepada mereka 😊⚡💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius146 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Markus 9:14-29 Apakah Kaitannya diantara PERCAYA dan DOA? (#InjilMarkus S.1 E.65)

Seorang bapa yang anaknya kerasukkan roh jahat berdoa kepada Yesus Kristus dengan berkata, "Kasihanlah kami dan tolonglah kami, kalau Engkau dapat menolong" (Markus 9:22). Melalui apa yang dia dengar, dia tahu Yesus BOLEH menyembuhkan anaknya, cuma, dia tidak pasti samada Yesus MAHU melakukannya. "Kalau..." Percaya, doa dan keperibadian Yesus, apakah kaitannya? 😊⚡🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Apabila Kemurahan Hati Allah Dipersoalkan (Matius 20:1-16)

Bayangkan kamu bekerja sebagai Foodpanda rider shift selama 12 jam, dalam panas terik, hujan lebat dan menerima beberapa rungutan daripada pelanggan kerana service lambat dan kamu hanya mendapat RM200 sehari. Kemudian, datang seorang rider yang baru, hanya bekerja 1 jam, dia mendapat RM50 dan juga angpao daripada team leader RM150. Jika kamu yang bekerja bertungkus lumus selama 12 jam, bagaimana reaksi kamu? Merungut? Marah? Tidak puas hati?


Jika kamu yang baru datang pula bekerja hanya 1 jam dan mendapat semua berkat itu, apa respon kamu? Terkejut? Berterima kasih? Terus mengucap syukur? Dalam ibarat tentang pekerja di ladang anggur (Matius 20:1-16) yang diceritakan oleh Yesus Kristus, ini respon watak utama itu: "Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?" (20:15) Perh!!! 🤔😲😅 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Jika kamu mahu tahu KENAPA, dengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius144 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Berita Manah: Jesus Kena Tangkap & Ukum Bunoh (John 18)


John pasal 18 tu dibaca ari Berita Manah Ka Rebak Diatu: Sempekat Baru dalam Jako Iban (Iban New Testament, 2nd Edition) ari The Bible Society of Singapore, Malaysia & Brunei, 1981 📖⚡😊 #ServeToLead​ #InjilJohn​ #BeritaManah​#SempekatBaru​


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Mendapat Keselamatan Itu MUSTAHIL bagi Manusia (Matius 19:16-22)

 

Sebelum Berita Baik, ini Berita Buruk yang manusia tidak suka dengar tetapi ia ialah realiti yang sebenarnya: mendapat keselamatan itu MUSTAHIL bagi manusia. Bukan sukar atau susah tetapi MUSTAHIL. Lagu-lagu rohani, kata-kata semangat, motivasi pagi dan pedoman harian Kristian, ini orang suka dengar. Tetapi buat apa ada semua ini kalau belum beroleh keselamatan? Atau dengan erti kata lain, jika menuju kepada kebinasaan?

Manusia sangat tidak suka apabila dikatakan ia MUSTAHIL bagi mereka. Jadi, manusia CUBA mendapatkan keselamatan melalui: 1) Keagamaan; 2) Perbuatan baik; dan 3) Perbenaran sendiri. Seorang pemuda datang kepada Yesus Kristus bertanya, "Apakah perbuatan baik yang harus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?" (Matius 19:16) dan "Adakah lagi yang harus kulakukan?" (19:20). Semuanya berdasarkan usaha dia sendiri... MUSTAHIL 
🙅‍♀️ Jadi, kenapa dan bagimana? 📖🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini
👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius142 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]