Showing posts with label Radikal. Show all posts
Showing posts with label Radikal. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Penyangkalan Dahsyat Petrus, Kasih Radikal Yesus (Matius 26:69-76)

Kurang daripada beberapa jam sahaja selepas Rasul Petrus berkata dengan yakin kepada Tuhan Yesus, "Aku tidak akan goyah!" (Matius 26:33) dan "Aku tidak akan menyangkal-Mu!" (v.35), dia tiga kali akan menyangkal Yesus dihadapan semua orang dengan kutuk dan sumpah, "Aku tidak kenal orang itu!" (v.70-74).

Berapa serius dan dahsyatkah penyangkalan Petrus ini? Kenapa dia sanggup berbuat begitu setelah sekian lama bersama Yesus? Bolehkah dosanya diampuni dan apakah kesudahan baginya? Episod ini sangat penting bagi orang Kristian masakini sebagai peringatan dan bagi mereka yang sedang jatuh dalam dosa dan memerlukan pengharapan... Mari melihat diri kita sendiri di dalam dilema Petrus #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk melihat dan mendengar tentang kasih radikal Tuhan Yesus,
 KLIK DI SINI  http://spoti.fi/3sBnui6 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, April 16, 2021

Markus 9:42-48 Seberapa Radikal Kamu Mengikuti Yesus? (#InjilMarkus​ S.1 E.69)


Sejak bila kita menjadikan ajaran-ajaran Yesus Kristus seperti pendidikan moral atau seperti ahli politik yang meraih undi? Mahu dengar ajaran yang radikal? "Jika tanganmu [kakimu, matamu] menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan [kaki, cungkillah mata] itu! Lebih baik kamu memasuki hidup [kerajaan Allah] dalam keadaan kudung sebelah tangan [kaki, mata], daripada mempunyai dua tangan tetapi terhumban ke dalam neraka, ke dalam api yang tidak terpadam. Di sana cacingnya tidak akan mati dan apinya tidak akan padam" (Markus 9:42-48) 📖🤔🔥#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Menjadi Murid Yesus Yang Radikal (Matius 10:34-39)



Dalam Matius 10:34, Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, "Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang." Wow! Bukankah Yesus "Raja Damai"? Kenapa membawa pedang? Adakah kita dipanggil sebagai teroris yang radikal? 😮

Kaedah mentafsir Firman Allah yang paling asas ialah membiarkan firman mentafsir firman ("let Scripture interpret Scripture"). Melalui konteks Matius 10 dan Injil Matius secara keluruhan, kita akan mendapati bahawa panggilan untuk menjadi murid Kristus yang radikal ialah sesuatu yang sangat berbeza maksudnya 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius81 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]