Showing posts with label Berita Baik. Show all posts
Showing posts with label Berita Baik. Show all posts

Saturday, April 30, 2022

Kesudahan Bagi Hamba Yang Baik & Setia (Matius 25:14-30)

Konteks ibarat tentang talenta ini berkaitan dengan kedatangan Tuhan Yesus Kristus kali kedua (lihat Matius 24 ayat 37, 39, 42 dan 44). Jika ibarat tentang sepuluh anak dara mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia dan berjaga-jaga, ibarat ini menerangkan kepada kita BAGAIMANA untuk bersedia sementara menantikan kedatangan-Nya. Ini perkara yang serius kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan dan destinasi setiap manusia samada akan menikmati kehidupan kekal atau menanggung hukuman selama-lamanya (Matius 25:30, 46). Persoalannya: Adakah kamu hamba yang baik dan setia? Atau, hamba yang zalim dan malas? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DI SINI http://bit.ly/SpotifyMatius172  

LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv          

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Membaca #InjilMatius Secara Menyeluruh: Yesus Ialah Mesias

Apakah tujuan Injil Matius ditulis? Rujuk Bab 1 Ayat 1: "Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud..." Tujuannya ialah untuk menyatakan Berita Baik tentang Yesus iaitu Anak Daud atau Mesias yang telah dinubuatkan kedatangan-Nya dalam Perjanjian Lama. Disini saya membaca keseluruhan Injil Matius secara LIVE. Jom buka Alkitab bersama-sama!

Untuk mendengar Podcast pengajian Alkitab ayat-demi-ayat (ekposisi) Injil Matius KLIK DI SINI http://bit.ly/LegasiSpotify 

#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, June 23, 2021

Perintah Yang Terutama & Yang Penting dalam Kitab Taurat (Matius 22:34-40)

Seorang ahli Taurat bertanya kepada Yesus Kristus, "Guru, perintah manakah yang terutama dalam Taurat?" (Matius 22:36). Bagi pembaca sekarang, kita berfikir bahawa soalan ini mudah dijawab. Tetapi kita harus melihat soalan ini berdasarkan latarbelakang pada masa itu.

Guru-guru agama orang Yahudi telah membahagikan keseluruhan Taurat kepada 316 perintah atau mitzvah! ��� Jadi, yang ditanyakan ialah: Mana satu antara 316 perintah ini yang terutama? Juga, adakah ajaran Yesus selaras dengan Musa atau Dia mengajar ajaran baru? Perhatikan bagaimana Yesus menjawab soalan ini dengan bijaksana - dan nilai diri sendiri samada kita benar-benar mentaati perintah TUHAN ������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius158 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 10:23-27 Siapakah Yang Dapat Diselamatkan? (#InjilMarkus S.1 E.76)

Bagi orang Yahudi dalam Perjanjian Baru, mereka melihat kekayaan sebagai simbol berkat TUHAN kepada seseorang. Ia menandakan bahawa orang itu benar dan salih. Contohnya Abraham dan Ayub. Jadi, apabila Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, “Betapa susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!” (Markus 10:23), mereka berasa "sungguh hairan" (10:24, 26) ���

Oleh itu, mereka bertanya, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan? (10:26) ��� Soalan ini membuka peluang untuk Yesus mengajar satu kebenaran yang mutlak tentang keselamatan! ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Markus 10:13-16 Adakah Kamu Mendorong atau Menghalang Kanak-Kanak Datang Kepada Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.74)

Mengutuk. Mendera. Menggugurkan. Ini tiga hal yang orang lakukan kepada kanak-kanak yang lemah dan tidak berdaya. Ini tidak seharusnya berlaku dan berwaspadalah bagi sesiapa yang menghalang mereka untuk datang kepada TUHAN! Lihat bagaimana Yesus Kristus melayani mereka ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Wednesday, March 31, 2021

Markus 9:30-32 Apakah Lima (5) Sebab Kenapa Mesias HARUS Mati? (#InjilMarkus S.1 E.66)

Ini kali kedua Yesus Kristus menyatakan bahawa Dia akan mati dan bangkit semula kepada murid-murid-Nya (9:31). Dari segi sejarah, kita cukup yakin bahawa Yesus benar-benar mati; dari segi apologetik, kita boleh membuktikan bahawa Yesus sudah bangkit semula; tetapi hanya dari segi teologi, kita dapat menjawab KENAPA Dia melakukannya. Menurut Firman Allah, ada banyak sebab... mari saya kongsikan lima 😊 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Kenapa Yesus Harus Mati (Matius 20:17-19)

Ada orang mati kerana kecuaian sendiri. Apa orang mati kerana kecuaian orang lain. Ada orang mati tiba-tiba. Ada orang mati kerana penyakit. Ada pula orang mati kerana keputusan sendiri. Tetapi tidak ada orang yang datang ke dunia semata-mata atau bertujuan untuk mati, kecuali Yesus Kristus! Dan kebangkitan-Nya juga sudah direncanakan "sebelum dunia dicipta" (1 Petrus 1:20-21); lihat juga Efesus 3:11) ⚡

Kristianiti ialah agama tentang kematian kerana hanya melalui kematian-Nya, kita boleh beroleh KEHIDUPAN KEKAL 🌬 Dalam episod ini, kita akan mengkaji tentang dimana, kenapa, bagaimana dan apa yang akan terjadi kepada Yesus? Dan, lebih penting lagi, kenapa Dia HARUS mati? 🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini 🤳 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius145 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Markus 9:9-13 Jika Yesus Ialah Mesias, Siapa Elia? (#InjilMarkus S.1 E.64)


Petrus, Yohanes dan Yakobus bertanya kepada Yesus Kristus,
“Mengapa ahli Taurat berkata Elia mesti datang dahulu?” (Matius 9:11). Menurut Perjanjian Lama, sebelum Mesias datang, nabi Elia harus datang dahulu. Mungkin mereka berfikir: jika Yesus ialah Mesias, siapa dan dimana Elia? Bagaimana pengetahuan tentang nubuat ini sangat releven untuk kita masakini? 📖💪🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus 

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Keselamatan Itu Tidak Mustahil bagi Allah (Matius 19:23-30)


Yesus Kristus berkata: "Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil" (Matius 19:26). BERITA BURUK ialah: bagi manusia, keselamatan itu mustahil. Ini hal yang manusia tidak suka dengar dan cuba sebaik mungkin untuk mengelak. Tetapi kenyataan ini tidak boleh diendahkan dengan berfikiran positif atau berkhutbah melalui motivasi. Selagi ada langit dan bumi, mustahil bermaksud mustahil.


Tetapi ini BERITA BAIK (Injil!): bagi Allah, keselamatan - atau apapun - tidak mustahil 😍 Jika manusia tidak boleh melakukannya, maka, untuk mendapatkannya, ia harus dikurniakan kepada kita. Jadi, bagaimana Allah mengurniakan keselamatan? 📖🙏🔥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius


Untuk mendengar episod ini👂 KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius143 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            

Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            

YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Allah Bapa Tidak Mahu Seorang Pun Anak-Anak-Nya Hilang (Matius 18:11-14)

 

Dalam Matius 18:3-10, istilah "kanak-kanak kecil" merujuk kepada dua ini: 1) Dari segi umur, iaitu memang kanak-kanak kecil; dan 2) Dari segi status, iaitu orang "yang percaya kepada-Ku" (ayat 6), para pengikut Kristus atau anak-anak Allah. Oleh itu, tentang mereka, Yesus berkata: "Bapamu yang di syurga tidak mahu seorang pun yang kecil ini hilang" (ayat 14). Wow! 😮 Wahai pengikut Kristus, lihat hati Bapa Dia sangat proaktif dan berinisiatif untuk mencari umat-Nya yang hilang atau sesat.

Bagaimana dengan kamu - pengikut Kristus yang hilang - sudahkah kamu datang kembali kepada-Nya? Bagi yang belum menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat, tidakkah kamu mahu mengenali hati Bapa yang penuh dengan kasih dan belas kasihan ini melalui-Nya? Datanglah! 😊🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Jom dengar episod ini👂KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius136 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius136

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, January 23, 2021

Markus 7:24-30 Yesus Memanggil Seorang Perempuan Anjing? (#InjilMarkus S.1 E.54)

 

Jangan tapis-tapis, jangan sorok-sorok, memang dengan terang Yesus Kritus sedang berinteraksi dengan seorang perempuan bangsa asing dan berkata, "Anak-anak harus diberi makan dahulu. Tidak patut mengambil roti anak-anak dan mencampakkannya kepada anjing" (Markus 7:27). Kepada anjing??? 🐕 Huh~ 😯😑🤔 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 7:14-23 Sudah Melakukan Pembedahan Pemindahan Hati? (#InjilMarkus S.1 E.53)

 
Sebagai seorang Doktor pakar (Markus 2:17), Yesus Kristus tahu masalah sebenar kita ialah bukan perbuatan jahat, walau seteruk manapun, tetapi punca utama ialah HATI 💔 Hati kita jahat 👿 Apabila melakukan radiografi x-ray rohani, Dia mendapati, "Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku" (7:6) dan banyak kejahatan sebenarnya "timbul dari dalam hati" (7:23). Ini memo Jabatan Kesihatan Kerajaan Allah: KES POSITIF, SEMUA KENA MENJALANI PEMBEDAHAN PEMINDAHAN HATI! 💯 #ServeToLead #InjilMatius

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 6:53-56 Kenapa Kesembuhan Tidak Menjaminkan Keselamatan? (#InjilMarkus S.1 E.50)

 

Jika kamu ada Apps Alkitab, buat carian "orang ramai" dalam Injil Markus atau keempat-empat cerita Injil. Kamu akan mendapati "orang ramai" mendengar Yesus Kristus berkhutbah, mencari Dia, malah "ramai" disembuhkan-Nya. Tetapi, berapa ramai yang menemui keselamatan (salvation)? Sebelum pendamik, ramai orang - beratus-ratus, beribu-ribu - datang ke KKR, konferen, healing rally, tetapi berapa orang yang benar-benar telah diselamatkan? 🤔🤳 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 6:45-52 Dimana Yesus Apabila Kita Hampir Tenggelam? (#InjilMarkus S.1 E.49)

 

Selepas Yesus Kristus "mengarahkan murid-murid-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida," Dia kemudiannya "naik ke bukit untuk berdoa" (Markus 6:45-46). Pendek cerita, Yesus tidak bersama dengan mereka pada masa itu. Tiba-tiba, para murid Yesus mengalami masalah di laut/tasik Galilea. Mereka cemas dan takut. Mungkin ada diantara mereka - kamu juga - bertanya: Dimana Yesus ketika kami hampir tenggelam??? 🙏⚡😮 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                 
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Markus 6:19-29 Apakah Lima (5) Jenis Orang Yang Dipakai Oleh Iblis? (#InjilMarkus S.1 E.45)

Dengan "dipakai oleh Iblis" saya tidak bermaksud Iblis ada autoriti ke atas manusia. Apa yang saya maksudkan ialah Iblis boleh mempengaruhi dan mengambil kesempatan atas keadaan hati dan tindakkan kita supaya kita jatuh, melanggar hukum Allah dan melakukan kejahatan kepada orang lain. Ada lima (5) jenis orang yang dipakai oleh Iblis yang saya lihat dalam Markus 6:19-29 🙏📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Bila Mesias Ada Semua Akan Kenyang (Matius 14:15-21)

 

Semasa kecil saya tidak pernah pergi ke sekolah minggu atau mengajar di sana. Tetapi saya boleh menjangka bahawa cerita tentang Yesus Kristus memberi makan kepada 5,000 orang (sebenarnya lebih daripada itu) pasti akan diajar di sekolah-sekolah minggu. Mukjizat ini sangat popular dan mudah diingat tetapi kebiasaan kita tentang cerita ini mungkin telah mengurangkan kesan dan sebab kenapa ia ditulis dalam Alkitab.

Dalam episod kali ini, saya akan menerangkan tiga (3) pengajaran yang kita boleh dapat dalam cerita ini >>> tentang Yesus >>> tentang gereja >>> tentang kamu. Bagi yang lapar secara rohani, dengar 😉 Bagi yang lapar mahu makan, juga dengar 🤭 ✔✔✔ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius114 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Kerajaan Syurga Samada Berita Baik Atau Tidak (Matius 13:47-50)

 

Kerajaan dunia. 2016: Hillary Clinton kecundang, Donald Trump berjaya! Ada yang bersorak sokong, ada pula yang tidak percaya. 2018: Najib kalah, Mahathir menang! Ada orang bersuka, ada orang kecewa. 2020: PH tumbang, BERSATU memerintah! Ada yang kata khianat, ada pula kata demokrasi. Satu hal, sekurang-kurangnya dua respon berbeza.

Selepas menceritakan ibarat tentang pukat, Yesus Kristus berkata: "Demikianlah yang akan terjadi pada akhir zaman. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjana daripada orang yang benar. Orang durjana itu akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi" (Matius 13:49-50). Akhir zaman akan menentukan samada Kerajaan Syurga ialah Berita Baik atau tidak. Satu Kerajaan, dua destinasi berbeza 📖⚡🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius109 ATAU Spotifyhttp://bit.ly/LegasiSpotify  

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Yesus Kristus Mati Pada Hari Rabu? Khamis? Jumaat? (Matius 12:40)



Yesus Kristus berfirman tentang kematian dan kebangkitan-Nya dengan berkata: "Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Anak Manusia akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi" (Matius 12:40). 3 hari 3 malam.

Dengan memetik ayat ini, mendiang Ahmed Deedat, pendakwah Islam, cuba membuktikan bahawa Alkitab salah: kalau Yesus mati pada hari Jumaat (yang kita panggil 'Good Friday') dan bangkit semula pada hari Ahad ('Easter Day'), itu hanya 3 hari 2 malam. Make sense! Zakir Naik pula menggila, dia mengira dari Jumaat sampai Ahad, "2 nights and 1 day" (tonton YouTube). Matematik gagal!

Jadi, adakah Yesus mati pada hari Jumaat atau Khamis atau Rabu? Dan apakah pro dan kontranya? Apakah yang dimaksudkan dengan 3 hari 3 malam dan bagaimana kita harus mengiranya? Apa kata Firman TUHAN? 😊⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius100 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]