Showing posts with label Kejahatan. Show all posts
Showing posts with label Kejahatan. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Para Musuh Ingin Menghalang Kebangkitan Yesus (Matius 27:62-66)

Bolehkah kita menghalang matahari daripada terbit? Bolehkah kita membatalkan matahari daripada terbenam? Bolehkah kita menghentikan matahari daripada bersinar? Tentu TIDAK! Begitu juga, para musuh sampai akhir masih lagi berusaha dengan segala kekuatan, autoriti dan sumber untuk menghalang Yesus Kristus daripada bangkit semula.

Amsal 19:21 tertulis:
"Ada banyak rancangan dalam hati manusia, tetapi keputusan (atau kehendak atau rancangan) TUHAN sahajalah yang terlaksana." Apa yang para musuh lakukan untuk memastikan jenazah Yesus kekal di makam? Kenapa semakin kuat usaha mereka semakin kukuh bukti kematian dan kebangkitan Yesus? Apa relevannya bagi kita masakini? ⚡#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar penjelasan untuk soalan-soalan ini dan banyak lagi,
KLIK MANA-MANA PAUTAN di bawah:

Spotify Podcast
: http://spoti.fi/3IIeAFD 
Apple Podcast: http://apple.co/3JQYcUS 
Google Podcast: http://bit.ly/3DeiAwH 


LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Yesus Raja Orang Yahudi & Anak Allah Disalibkan! (Matius 27:32-44)

Sejak Yesus Kristus ditangkap sampai Dia disalibkan, orang ramai masih lagi tidak berhenti-henti mengejek-Nya. Orang Roma memaparkan tulisan sindiran di atas salib-Nya: "Inilah Yesus Raja Orang Yahudi" (Matius 27:37). Orang Yahudi yang ada disitu menguji-Nya: "Kalau Engkau Anak Allah, turunlah dari salib itu" (ayat 40). Para pemimpin dan guru agama pula berkata: "Dia telah menyelamatkan orang lain tetapi Dia tidak dapat menyelamatkan diri-Nya" (ayat 42). Dua orang yang disalibkan bersama-Nya pun turut mencela-Nya (ayat 44).

Bagaimana tuduhan-tuduhan mereka ini sebaliknya membuktikan siapa Yesus yang sebenarnya? Adakah penyaliban Yesus ini sahih dari segi sejarah dan nubuat? Apakah makna penyaliban-Nya bagi kita sekarang? ✝#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk menjawab persoalan-personalan ini, dengar
LEGASI.tv Podcast, KLIK DISINI https://spoti.fi/36m2y7s 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Ciri-Ciri Pemimpin Agama Yang Palsu vs. Yang Benar (Matius 23:1-12)


Pada masa sekarang, lebih-lebih lagi dengan adanya social media, ramai guru-guru dan pemimpin-pemimpin palsu muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kejahatan berleluasa, penyesatan menjadi-jadi, akhir zaman semakin dekat. Adalah penting sebagai pengikut Yesus Kristus masakini untuk mengenalpasti siapakah pemimpin-pemimpin yang benar ✔ atau palsu ✖

Ada Lima (5) Ciri-Ciri Pemimpin yang Benar dan Palsu yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus sendiri dalam Matius 23:1-12 ini. Gunakan akal dan nilai dengan kebijaksanaan Allah! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius160 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Yohanes Pembaptis Mati. Adakah Kejahatan Menang? (#InjilMarkus S.1 E.46)


Yohanes Pembaptis bukan mati biasa-biasa, dia mati dipancung kepala (Markus 6:27). Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes lebih daripada seorang nabi (Matius 11:9), tiada yang dilahirkan oleh perempuan lebih daripadanya (11:11) dan dia ialah Elia yang telah dinubuatkan kedatangannya (11:14). Malah, raja Herodes yang telah membunuhnya mengakui bahawa Yohanes "seorang yang benar dan suci" (Markus 6:20).

Jadi, kalau Yohanes ialah hamba Allah yang setia, taat dan benar, kenapa TUHAN membenarkan dia mati sebegitu? Adakah kejahatan menang? 😮📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 6:19-29 Apakah Lima (5) Jenis Orang Yang Dipakai Oleh Iblis? (#InjilMarkus S.1 E.45)

Dengan "dipakai oleh Iblis" saya tidak bermaksud Iblis ada autoriti ke atas manusia. Apa yang saya maksudkan ialah Iblis boleh mempengaruhi dan mengambil kesempatan atas keadaan hati dan tindakkan kita supaya kita jatuh, melanggar hukum Allah dan melakukan kejahatan kepada orang lain. Ada lima (5) jenis orang yang dipakai oleh Iblis yang saya lihat dalam Markus 6:19-29 🙏📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 13, 2020

Keagamaan Yang Mati Tanpa Hati Yang Baru (Matius 15:10-20)



 Setiap kita perlukan hati yang baru! Kenapa? Kerana segala percakapan dan fikiran yang jahat datang daripada hati yang jahat. Yesus Kristus mengingatkan kita: "Apa yang keluar dari mulut datang dari hati, dan inilah yang menajiskan. Dari hati timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, mencuri, memberi kesaksian palsu, dan memfitnah" (Matius 15:18-19). Masalah yang sebenarnya BUKAN perbuatan ataupun agama tetapi HATI 💔

Apa yang menyedihkan ialah ramai orang menutup hati mereka yang sebenarnya dengan keagamaan secara luaran. Di luar berhias bagaikan malaikat, namum hati sangat jauh daripada TUHAN. Tukar hati dahulu, barulah keagamaan lebih bermakna. Bagaimana? 😊💔👉❤ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius118

FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/             
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/          
YouTubehttp://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Apabila Kejahatan & Kerajaan Syurga Wujud Bersama (Matius 13:24-30; 36-43)

 


Saya tidak tahu samada kamu pernah berfikir begini atau tidak, saya berfikir: Kalau dengan kedatangan Yesus Kristus menunjukkan juga bahawa Kerajaan Syurga sudah tiba, jadi, kenapa masih ada kejahatan di dunia ini? Kenapa kejahatan tidak berkurangan, malah makin banyak? Bolehkah kejahatan dan Kerajaan-Nya wujud bersama? 😗🤔⚡#ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius105 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Mengasihi Musuh: Tindakan Bodoh atau Bijak? (Matius 5:43-47)



Semakin dalam semakin sukar ajaran-ajaran Yesus di atas bukit ini (Matius 5-7). Cuba kamu dengar, Yesus berfirman: "Jangan membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu" (5:39a). Ini cukup susah. Dan apa yang menyebabkannya mustahil ialah apabila Dia menambah, "Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya" (5:39b). Apa??? Bagaimana kita boleh hidup menurut firman ini? Selamat mendengar 👂 dan jangan lupa untuk FOLLOW dan SHARE FB Page LEGASI.tv 😉 #ServeToLead #InjilMatius


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, January 15, 2015

Refleksi tentang Pengganas ISIS: Pergi, Menukar Agama atau Mati?


Pengganas-pengganas ISIS di Iraq, sedang mereka menakluki banyak lagi kawasan, telah membuat ramai orang Kristian dan orang bukan Islam (malah orang Islam sendiri yang tidak bersependapat dengan mereka) terpaksa membuat keputusan samada untuk meninggalkan kawasan mereka atau memasuki Islam secara paksa atau mati dibunuh dengan kejam. Pada hari ini ramai orang di dunia terkejut dan takut kerana mereka menyangka bahawa tindakkan untuk menukar agama melalui pedang adalah sesuatu perkara yang lepas. Mereka sudah silap. Bagi kita yang tahu perkembangan isu semasa tentang pemahaman radikal Islam (merujuk kepada istilah ‘radikal’ yang negatif) dan tentang tindakkan pengganas yang kejam, ini sudah menjadi perkara biasa – tidak mengejutkan kita.  Dan bagi orang Kristian yang mengkaji Alkitab, kita seharusnya sudah tahu bahawa ini akan terjadi.

Tuhan Yesus Kristus sendiri sudah memberi amaran: “Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa and dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku” (Matius 24:9, BM); “Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan kamu kerana Aku” (Lukas 6:22); “Jika dunia membenci kamu, ingatlah bahawa dunia sudah membenci Aku lebih dahulu” (Yohanes 15:18).

Rasul-rasul Yesus juga menulis: “Semua orang yang mahu hidup beribadat dan bersatu dengan Kristus akan dianiaya” (2 Timotius 3:12); “Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa” (1 Petrus 4:12); “Oleh itu, saudara-saudaraku, janganlah hairan jika orang di dunia ini membenci kamu” (1 Yohanes 3:13).

Akan ada masanya nanti bila dunia akan membenci dan menganiaya semua pengikut Kristus yang benar. Ianya tidak akan terhad kepada mereka yang tinggal di tempat negara-negara pengganas, malahan juga kota-kota kecil yang namanya tidak pernah kita peduli selama ini. Keganasan dan penganiayaan lambat-laun akan berlaku – mahu ataupun tidak – di tempat kita sendiri. Saya tidak pasti samada orang Kristian sudah bersedia untuk perkara seperti ini. Saya berharap ramai diantara kita sudah bersedia. Masanya akan tiba. Adakah kita akan lari meninggalkan tempat ini atau menjual iman kita atau terus mempertahankan iman kita walaupun ianya akan membawa kepada kematian. Ini persoalan saya.

Orang Kristian di negara barat sudah semakin lemah. Kebanyakkan mereka sekarang mendefinasikan dan memperkecilkan maksud “kasih” sebagai “toleransi” terhadap apa saja termasuk ajaran sesat, palsu dan menyeleweng. Orang Kristian di Asia terutamanya dan di dunia khususnya harus bersatu dan bersedia untuk mempertahankan iman kita dengan kasih Kristus. Kasih yang benar harus diberitakan dan dipertahankan pada masa yang sama. Tragedi yang terjadi kepada saudara-saudari Kristus kita yang mengalami penderitaan di tangan kumpulan pengganas ISIS harus menjadi siren untuk kita bangkit semula dan bangun daripada tidur rohani kita! Kita harus berdoa untuk mereka dan bersedia jika ada apa-apa yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka. Tetapi, kita juga harus sedar bahawa apa yang terjadi kepada mereka akan terjadi kepada kita suatu hari nanti.

Saya tidak bertanya adakah kamu bersedia dengan senjata dan alat perang kamu; saya bertanya, “Adakah kita sedia untuk meninggalkan tempat asal kita atau sedia untuk menukar agama dengan menjual iman yang hidup kepada yang lain atau sedia untuk dianiaya yang mungkin membawa kepada kematian kerana Yesus?” Apakah keputusan yang kita akan buat? Meninggalkan tempat asal kita mungkin satu keputusan yang harus dibuat. Berdiri teguh dan sanggup mati demi iman kepada Yesus juga satu keputusan yang mungkin kita harus ambil (Begitu sukar… saya tidak dapat bayangkan). Bertukar agama juga satu keputusan yang mungkin akan dibuat, tetapi ini menunjukkan bahawa orang itu tidak pernah menjadi pengikut Kristus yang sebenar. Ada satu lagi pilihan yang boleh dibuat, iaitu, melawan balik. Tetapi di dalam Alkitab Yesus secara peribadi dan dalam ajaran-Nya tidak pernah melawan balik musuh. (Dia akan menghakimi pada Akhir Zaman setiap tindakkan orang yang melakukan kesalahan setimpal dengan perbuatan mereka) Secara manusiawi saya ingin melawan balik, tetapi Yesus tidak mengajar begitu. Oleh itu, Tuhan Yesus, Engkau kuatkanlah kami yang lemah ini!

Namun begitu, saya optimis bahawa penganiayaan yang berlaku di Iraq pasti telah membawa ramai lagi orang untuk mencari kebenaran dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Memang tidak mudah untuk saya berkata begini kerana ramai penduduk Iraq dan orang-orang disekeliling mereka bukan hanya dianiaya dan dibunuh, malah, ada diantara mereka disembelih, dipenggal dan digantung seperti daging yang dijual di pasar. Semuanya dilakukan atas nama “TUHAN.” Apa yang berlaku sekarang tidak ada bezanya dengan sejarah dahulu. Oleh itu, ini juga yang berlaku sekarang: Sejarah membuktikan bahawa apabila orang Kristian dianiaya, Berita Baik akan cepat lagi tersebar dan ramai lagi orang akan menerima kebenaran tentang Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Kenapa ini berlaku? Saya berkata demikian kerana penganiayaan “memaksa” kita untuk mencari kebenaran dan memberi fokus kepada kita tentang apa yang terutama di dalam hidup ini. Membayangkan pisau atau senapang diacukan di atas kepala kita akan menyebabkan kita fokus kepada apa yang penting sekali. Yesus. Yesus. Yesus.

Wahai saudara-saudari Kristus yang saya kasihi sekalian, jika menjadi seorang Kristian, iaitu, pengikut Kristus yang benar akan mengakibatkan nyawa kita terancam, jadi, adalah lebih baik (malah tindakkan yang bijak) sekiranya kita hidup untuk Tuhan Yesus Kristus. “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati” (Matius 10:39). Jika mengikut Yesus bermaksud kita harus pergi ke kayu salib, maka kita harus memberitakan Berita Baik tentang kematian dan kebangkitan-Nya dengan seluruh kehidupan kita. Jika ada orang yang ingin membunuh kita kerana kita seorang Kristian, maka mereka tidak perlu bertanya atau ragu-ragu samada kita adalah benar-benar Kristian atau tidak. Roh Kudus menyertai kamu. Amen.

Senang untuk saya menulis, tetapi sama-samalah kita merenungkannya.
[Jika saya ditahan oleh polis kerana menulis artikel ini, tolong ikat jamin saya okay?]
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, August 16, 2014

(18SX) Yusuf Berlari Apabila diajak melakukan Hubungan Sex: Homoseksual, Gila atau Setia?

Gambar yang mungkin akan mencetus kontroversi...
Dalam Alkitab Perjanjian Lama, kisah tentang Yusuf sangat menarik sekali. Pada permulaan kisahnya, dia sangat dicemburui oleh sepuluh orang abang-abangnya kerana dia selalu mendapat perhatian (yang utama) oleh bapa mereka, Yakub. Bahkan, mereka sangat membenci Yusuf sehinggakan dia dicampak ke dalam perigi dan dijual sebagai hamba dan kemudian berbohong kepada bapa mereka, Yakub, bahawa dia sudah diterkam oleh binatang buas sehingga mati (baca Kitab Kejadian bab 37 ayat 12 hingga 33). Kejam, kan?

Yusuf yang tercedera itu dijual dan dibawa oleh pedagang-pedagang Midian ke Mesir. Di sana dia dibeli oleh seorang pengawai raja yang menjadi ketua pengawal istana yang bernama Potifar. Bagaikan sebuah cerita dongeng kanak-kanak (tetapi yang ini benar-benar berlaku dalam sejarah), kisah hidup Yusuf menjadi semakin menarik. “TUHAN menolong Yusuf sehingga dia selalu berjaya dalam segala pekerjaannya. Dia tinggal di rumah tuannya, orang Mesir itu. Tuannya melihat bahawa TUHAN menolong Yusuf dan memberi dia kejayaan dalam segala yang dilakukannya. Potifar suka kepada Yusuf dan melantik dia menjadi pelayan peribadinya; lalu Potifar memberikan tugas kepada Yusuf untuk menguruskan rumah tangganya dan segala kepunyaannya” (Kejadian 39:2-4, BM). Potifar sangat kagum dengan kebolehan Yusuf sehinggakan “segala sesuatu yang dimiliki oleh Potifar dipercayakannya kepada Yusuf” (39:6). Wow!

Nota: Kisah ini terlalu menarik dan banyak ‘kebetulan’ sehinggakan saya berfikir jika ini tidak ditulis di dalam Firman Allah dan mempercayai bahawa TUHAN seringkali melakukan mukjizat dalam kehidupan kita – saya mungkin tidak percaya. Oh TUHAN, Engkau yang sangat baik!

Yusuf dikurniakan sebagai seorang yang “berbadan segak dan kacak” (39:6). Pendek kata – lelaki yang cun! Kelebihan menjadi seorang lelaki yang cun empat ribu tahun dahulu sama seperti sekarang: gadis-gadis pasti terpikat dan sentiasa mendapat perhatian ramai wanita. Dalam kes Yusuf, gadis itu atau wanita itu ialah isteri Potifar (bunyi latarbelakang jeng jeng jeng). Dia “berahi terhadap Yusuf... mengajak pemuda itu tidur bersama dengan dia” (39:7). Apa yang kamu akan lakukan jika kamu berada dalam keadaan Yusuf? Jika kamu mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh majikanmu, bukankah ini peluang terbaik? Tidak bagi Yusuf! Dia teguh dengan pendiriannya dan menjawab,

Maaf, puan, Tuan Potifar sudah mempercayakan segala miliknya kepada saya. Dia tidak perlu memikirkan apa-apa lagi di rumah ini. Kuasa saya sama besar dengan kuasanya di dalam rumah ini. Tiada sesuatu pun yang tidak dipercayakannya kepada saya kecuali puan. Bagaimana mungkin saya melakukan perbuatan sejahat itu dan berdosa terhadap Allah?” (Kejadian 39:8-9, BM).

Yusuf menyedari bahawa jika dia meniduri isteri Potifar dia berdosa terhadap TUHAN dan menyalahgunakan kepercayaan tuannya. Walaupun Yusuf menunjukkan bahawa dia seorang yang setia dan sangat berintegriti – isteri Potifar tidak peduli. Isteri Potifar menggoda Yusuf dengan berkata “Marilah kita tidur bersama” (39:12). Yusuf meronta sehingga dapat lepas lalu lari keluar. Marah dan kecewa dengan tindakkan Yusuf, isteri Potifar mereka-reka cerita yang Yusuf ingin merogolnya kepada pelayan-pelayannya dan kemudian kepada suaminya. Oleh itu, Yusuf ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Namun begitu, “TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya” (39:23). [Kisahnya tidak habis disini, baca bab 40 hingga 47 untuk mengetahui kisah Yusuf selanjutnya].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Dua perkara yang saya belajar melalui kisah ini ialah; Pertama, bak kata Yusuf dalam akhir-akhir kehidupannya, “Kamu sudah bermuafakat untuk melakukan kejahatan kepadaku, tetapi Allah mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan” (Kejadian 50:20). Abang-abangnya menjual dia menjadi hamba di Mesir, Tuhan menjadikan dia “Gabenor seluruh Mesir” (41:43). Iblis ingin mengurung dia di dalam penjara, Tuhan memberikan kebijaksanaan dan membebaskan dia. Dunia mahu dia gagal dan keluarga meninggalkannya, Tuhan menyertai dan membuat dia berjaya dalam semua pekerjaannya. Sebagai umat TUHAN kita jangan mudah kecewa dan putus asa terhadap kejahatan yang dilakukan kepada kita. Ketahuilah bahawa Allah itu baik, Dia akan mengubah kejahatan menjadi kebaikan.

Kedua, dalam percubaan dan penggodaan (terutamanya sebagai seorang lelaki) jangan percaya kepada diri sendiri, tetapi tetap teguh dalam iman danlari ke luar” (39:12). Ramai daripada kita mempunyai iman tetapi kita tidak bertindak sesuai dengan iman itu. Secara rohani, iman itu cukup untuk menghindari kita daripada berbuat dosa. Tetapi secara praktikal, jika kita tidak lari daripada cubaan dosa kita akan mudah jatuh walaupun pada mulanya kita mempunyai iman yang kuat. Yusuf merupakan seorang yang jujur, setia, beriman dan menyembah TUHAN yang benar tetapi dalam pencubaan – dia lari ke luar. Begini, apabila kita lari dari percubaan dosa kerana iman dan kesetiaan kita kepada TUHAN, pada masa yang sama, iblis juga akan lari daripada kita. Inilah yang dimaksudkan dalam Kitab Yakobus 4:7: “Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah iblis, maka iblis akan lari daripada kamu.Bagaimana melawan iblis?Jangan percaya kepada diri sendiri tetapi lari kepada TUHAN! Seperti Yusuf, kita harus setia kepada Allah!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]