Showing posts with label Penganiayaan. Show all posts
Showing posts with label Penganiayaan. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Yesus Disebat, Diejek, Diludahi & Dipukul (Matius 27:26-31)

Ini antara episod yang paling sukar dan emosional yang pernah saya kaji dan kongsikan dalam podcast ini. Ia tidak susah untuk dijelaskan tetapi sangat tragik apabila difikirkan. Tuhan Yesus Kristus dalam kemuliaan-Nya, saya membayangkan "wajah-Nya bersinar-sinar laksana matahari pada waktu tengah hari" (Wahyu 1:16). Tetapi dalam kemanusiaan-Nya pula, Dia diperlakukan dengan hina sekali.

"Mereka meludahi-Nya dan memukul kepala-Nya"
 (Matius 27:30). Wajah-Nya berlumuran darah Anak Manusia dan air ludahan dosa manusia! Adakah Dia ini Mesias dan Penyelamat Dunia? Adakah Dia Kristus Raja dan Anak Allah? Menurut kamu, siapakah Dia ini? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini,
KLIK DISINI http://spoti.fi/36gAIt9  

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Apa Yang Harus Kamu Buat dengan Yesus? (Matius 27:11-26)

Gabenor Pontius Pilatus bertanya kepada orang ramai: "Jadi, apa yang harus kubuat dengan Yesus yang dipanggil Kristus?" (Matius 27:22). Mereka menjawab: "Salibkan Dia!" (ayat 22 dan 23). Pontius Pilatus dan orang ramai sudah membuat keputusan. Mereka secara tidak langsung bersepakat "menyerahkan-Nya untuk disalib" (ayat 26).

Sebagai pembaca dan pengkaji Firman Allah, soalan ini harus ditanyakan kepada kita juga: Apa yang harus kita - kamu dan saya - buat dengan Yesus Kristus setelah mengetahui tentang perbuatan, firman dan siapa diri-Nya yang dinyatakan dalam Kitab Injil? Ingat, setiap keputusan yang kita buat - tidak membuat keputusan ialah suatu keputusan juga - terhadap siapa Yesus ada kesannya #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk membantu kamu membuat keputusan, dengar episod podcast ini
DISINI  https://spoti.fi/3J6PMs6 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, September 8, 2021

Meme-logy: Khutbah vs. FB Post vs. Firman Allah


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tanda Akhir Zaman #2 Penganiayaan, Penyangkalan, Kejahatan & Penginjilan (Matius 24:9-14)

"Kamu akan ditangkap dan akan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku" (Matius 24:9). Menurut statistik oleh World Watch List, pada tahun 2020 sahaja (yang dilaporkan): ada lebih kurang 340 million orang Kristian mengalami penganiayaan dan diskriminasi di seluruh dunia; 4,761 dibunuh kerana iman mereka; 4,277 ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan; dan 4,488 bangunan gereja diserang dan dirobohkan.

Penganiayaan ialah salah satu hal yang terjadi dalam Tanda Akhir Zaman ke-2 ini. Begitu juga kejahatan akan semakin berleluasa. Namun begitu, cahaya PENGHARAPAN masih ada. Bagi pengikut Kristus, sudahkah kamu bersedia? Bagi yang belum mengenali Kristus sebagai Juruselamat, bagaimana kamu akan menghadapinya? Bagi para pemimpin, adakah kamu menyiapkan jemaah gereja untuk semua ini dan memberitakan tentang kedatangan Kristus kali kedua?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius166 

 
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Markus 10:35-40 Sanggup Dianiaya & Berkorban Kerana Mengikuti Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.79)


 Sebagai pengikut Yesus Kristus, adalah salah - malah bodoh - jika kita meminta-minta penganiayaan atau berbangga dengan pengorbanan diri. Fokus kita hanya satu: mengikuti Yesus dengan iman dan kesetiaan. Namun begitu, ada kosnya jika kita benar-benar mengikuti-Nya. Yesus memberi cabaran: “Sanggupkah kamu minum dari cawan yang Kuminum, dan dibaptiskan dengan baptisan yang Kuterima?” (Markus 10:38). Kamu sanggup? #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 8:35 - 9:1 Apakah KOSnya Mengikuti Yesus? (#InjilMarkus S.1 E.62)

 

"Ramai anak-anak muda sudah tidak mahu mengikuti Yesus lagi," jelas seorang kawan. Apabila diminta untuk menunjukkan statistik atau apa-apa data, dia tidak dapat beri. Saya meragui kenyataan ini tetapi jika benar, ia sesuatu yang baik. Baik dari segi ini: Jika seseorang ingin benar-benar mengikuti Tuhan Yesus Kristus, maka, dia harus mengira dan mempertimbangkan kosnya dahulu. Apakah kosnya? Tonton ☝✝🔥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Markus 8:31-33 Mesias Menurut Perspektif Allah atau Manusia? (#InjilMarkus S.1 E.61)

 

Dapat saya bayangkan, apabila Petrus mengakui bahawa Yesus "Engkau ialah Kristus" (Markus 8:29; wahyu ini sebenarnya datang daripada Bapa yang di syurga, baca Matius 16:17), semua para murid-Nya berkata, "Amen!" Tetapi apabila Yesus berkata bahawa Dia akan dianiaya, dibunuh dan akan bangkit semula, mereka pula berkata, "Tidak!" Yang pasti, menurut perspektif mereka, Kristus atau Mesias tidak boleh mati! Adakah ini perspektif Allah atau manusia? 📖💪😮 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus 

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Markus 6:14-18 Kenapa Dunia Membenci Orang Benar? (#InjilMarkus S.1 E.44)

 

Jika kamu mengasihi TUHAN dan milik-Nya, maka, dunia akan membenci kamu. Jika dunia menerima, mengasihi dan tidak menganiaya kamu, maka, kamu milik dunia (baca Yohanes 15:18-19). Adakah kamu milik Tuhan Yesus atau dunia? Lihat tindakkan raja Herodes yang duniawi kepada Yohanes Pembaptis, hamba Allah yang benar 💪📖⚡ #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, July 4, 2020

Tiga (3) Sebab Jangan Takut Akan Manusia (Matius 10:26-31)



"Jangan takut akan manusia," kata Yesus Kristus kepada para murid-Nya (Matius 10:26). Atau, jangan fobia (phobia) terhadap manusia. Galakkan ini bukan diberikan kepada nominal 'Kristian' yang memikul kayu salib beberapa jam pada hari minggu sahaja (ah, salah satu tujuan koronavirus ialah untuk membezakan komited Kristian daripada keagamaan Kristian) atau bukan kepada mereka yang individualistik "Yesus untuk saya, saya, saya sahaja."

Galakkan atau dorongan ini diberikan Tuhan Yesus kepada mereka yang berani untuk pergi (bertindak) dan mengkhabarkan (berita) Injil Kristus tentang Kerajaan Syurga (Matius 10:7; 28:18-20). Jangan takut akan manusia! Kenapa? Sekurang-kurang ada tiga (3) sebab utama. Dengar podcast ini 👂😉⚡ #ServeToLead #InjilMatius #JanganTakut #KerajaanSyurga



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.


Best Blogger Tips

Para Murid Tidak Boleh Melebihi Gurunya (Matius 10:24-25)



Yesus Kristus memberi peringatan kepada para murid-Nya, "Tiada murid yang melebihi gurunya; tiada hamba yang melebihi tuannya. Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya!" (Matius 10:24-25).

Bagaimana kita "tidak melebihi" Yesus? Apa yang dimaksudkan dengan "seperti"-Nya? Kenapa Dia dipanggil "Beelzebul" dan apa kaitannya dengan kita? Untuk mengetahui, dengar episod podcast ini 😉⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius #Pemuridan #SayaPengikutKristus



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Penganiayaan Pasti, Persediaan Harus & Penyertaan Ada (Matius 10:16-20)



Dua kali Yesus Kristus berkata "kamu akan" (Matius 10:17-18). Akan apa? Akan ditangkap lalu diseret ke mahkamah, akan disebat di rumah ibadat, dan akan dibawa ke hadapan para pemimpin. Kenapa? "Kerana-Ku," firman Yesus. Penganiayaan itu pasti. "Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya" (2 Timotius 3:12). Sekali lagi... AKAN.

Jadi, jika kamu tidak mahu dianiayai, jangan beritakan hal tentang Yesus Kristus dan tutup mulut tentang Kerajaan-Nya (jangan risau, majoriti orang Kristian diam). Tetapi, jika kamu serius (minoriti orang), kamu AKAN dianiaya. Dan sebagaimana penganiyaan itu pasti, penyertaan-Nya juga pasti! 😉🙏⚡ #ServeToLead #InjilMatius #BeritakanTentangYesusKristus

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius76 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Monday, May 25, 2020

Kos Menjadi Pengikut Yesus Kristus Yang Benar (Matius 8:18-22)


Jika kamu beragama lain dan kemudian membuat keputusan untuk menjadi pengikut Yesus, apa kos yang akan kamu tanggung? Jika kamu pada mulanya menyangkal Yesus dan menghasut orang lain untuk melakukan hal yang sama juga dan apabila disiasat dan berdoa kamu mendapati Dia ialah Anak Allah, apa kos yang akan menimpa kamu? Jika kamu tahu kamu akan dianiaya secara fisikal dan/atau emosi, adakah kamu tetap ingin mengikut Yesus?

Dalam Yesus, kamu akan mendapat keamanan, keselamatan, perbenaran, hidup kekal dan hubungan dengan Bapa yang disyurga. Tetapi ada kosnya. Adakah kamu pengikut Kristus yang sebenar? #ServeToLead #InjilMatius #KosMenjadiPengikutSebenar

Untuk mendengar episod ini, KLIK LINK di bawah:

Episod Podcast > http://bit.ly/LegasiMatius63 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, February 28, 2020

Lapan (8) Berkat yang Difirmankan oleh Yesus Kristus (#InjilMatius)


Semua orang ingin diberkati. Tetapi idea atau pandangan Yesus Kristus tentang "berkat" adalah sangat berbeza dengan kebanyakkan kita, termasuk orang Kristian sendiri. Kenapa ada kesombongan rohani? Kenapa masih hidup dalam dosa? Kenapa banyak perpecahan dan perceraian? Kenapa isu-isu social berleluasa? Kenapa tidak pernah atau kurang mengalami penganiayaan sebab iman? Matius 5:3-12 ialah dimana Yesus memberikan asas-asas sikap dan karakter para pengikut-Nya. Kamu ingin hidup diberkati? Baca, pelajari dan aplikasikan Firman Allah 😉 Untuk mendengar komentari #InjilMatius KLIK LINK di bawah 👇👇👇 #ServeToLead

Diberkatilah Mereka yang Miskin Kerohanian (Matius 5:3) https://bit.ly/LegasiMatius15

Diberkatilah Mereka yang Bersedih (Matius 5:4) https://bit.ly/LegasiMatius16

Diberkatilah Mereka yang Lemah Lembut (Matius 5:5) https://bit.ly/LegasiMatius17

Diberkatilah Mereka yang Lapar dan Dahaga (Matius 5:6) https://bit.ly/LegasiMatius18

Diberkatilah Mereka yang Murah Hati (Matius 5:7) https://bit.ly/LegasiMatius19

Diberkatilah Mereka yang Suci Hati (Matius 5:8) https://bit.ly/LegasiMatius20

Diberkatilah Mereka yang Mendamaikan Manusia (Matius 5:9) https://bit.ly/LegasiMatius21

Diberkatilah Mereka yang Dihina, Dianiaya dan Difitnah (Matius 5:10-12) https://bit.ly/LegasiMatius22

________________________________

Untuk mendengar komentari-komentari #InjilMatius yang lain, FOLLOW


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Diberkatilah Kamu Apabila Orang Menghina, Menganiaya & Memfitnahmu (Matius 5:10-12)


Dalam 2 Timotius, Paulus menulis: "Memang, semua orang yang ingin hidup warak [atau hidup beribadah atau hidup saleh] dalam Kristus Yesus AKAN dianiaya." Tuhan Yesus sendiri pernah berkata: "Jika dunia membencimu, ketahuilah, dunia telah membenci-Ku terlebih dahulu" (Yohanes 15:18). Jika kamu terus-menerus "lapar dan dahaga akan perbenaran" (Matius 5:6) dan "mendamaikan manusia" dengan perbenaran (5:9), PASTI, kamu akan "dianiaya demi perbenaran" (5:10) dan kerana-Nya (5:11) 📖💪🙇

Apakah sebab ada penganiayaan? Apakah kesan penganiayaan? Apakah janji Allah kepada mereka yang dianiaya demi nama-Nya? #ServeToLead #InjilMatius

_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]