Penulis Surat Ibrani tidak membuang masa memperkenalkan dirinya sendiri tetapi terus masuk ke subjek utama, iaitu, keperibadian Tuhan Yesus Kristus: "Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya..." (Ibrani 1:1-2). Yesus ialah antara watak atau karakter yang sangat popular dari dulu sampai sekarang. Ramai orang mempunyai idea mereka masing-masing tentang-Nya. Dia menjadi titik kontroversi, debat, dan sejarah. Agama-agama utama di dunia seperti Islam, Agama Yahudi moden, Hindu dan Buddha - malah cults, mitos, lagenda, New Age, dunia hiburan - mempunyai pendapat dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Tetapi menurut Alkitab Firman TUHAN yang hidup, siapakah Yesus yang sebenarnya?⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #SuratIbrani Untuk mendengar Lapan (8) Hal yang menunjukkan Supremasi Yesus diantara segala-galanya, PERGI KE http://spoti.fi/3MAzXuW (Spotify) atau http://apple.co/3MEZjYO (Apple Podcast)
Tuhan Yesus Kristus menyampaikan Amanat Agung kepada para murid-Nya: “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman" (Matius 28:18-20). Apakah perkara yang terutama yang harus para murid Yesus lakukan di dunia sekarang? PUJI SEMBAH? Kalau ya, maka lebih baik kita terus diangkat ke syurga... PERSEKUTUAN? Kalau ya, maka kita patut hanya ke gereja sahaja... PENGAJIAN ALKITAB? Kalau ya, maka semua kita harus pergi ke seminari... Semua ini penting tetapi ada satu yang terutama, iaitu, MISI & PENGINJILAN - mentaati Amanat Agung Yesus sementara di dunia! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Dalam episod yang terakhir ini, saya ingin mengajak kita untuk terus didorong dan dicabar untuk mentaati Amanat-Nya. Dengar melalui SPOTIFYhttp://spoti.fi/3JEe9Nf atau APPLE PODCASThttp://apple.co/37M2Ox7
Apakah kesannya jika Yesus Kristus tidak pernah bangkit semula? Rasul Paulus menjelaskan bahawa "jika Kristus tidak dibangkitkan, sia-sialah imanmu, dan kamu masih bergelumang dosa! Orang yang mati dalam Kristus juga tetap binasa. Sekiranya dalam hidup ini sahaja kita mempunyai harapan dalam Kristus, kitalah yang paling malang antara manusia!" (1 Korintus 15:17-19). Ya, paling malang, rugi, binasa, dan sia-sia JIKA Kristus tidak pernah bangkit semula... "Tetapi," sambung Paulus, "Kristus memang telah dibangkitkan daripada kematian" (ayat 20). Yeah! Dalam episod khas ini, saya akan berkongsi dengan pendengar lima belas (15) kesaksian - Alkitab dan luar Alkitab - tentang kebangkitan-Nya!✔ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mengetahui lanjut, pergi ke SPOTIFYhttp://spoti.fi/3jkk2En atau APPLE PODCASThttp://apple.co/3JqDeLl
Di taman Getsemani kita diberitahu bahawa Yesus Kristus "berasa dukacita dan resah" dan Dia sendiri menyatakan, "Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati..." (Matius 26:37-38; "Exceedingly sorrowful," KJV). Malah, jika kita merujuk Lukas 22:44 keadaannya lebih jelas lagi: "Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah." Apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa Yesus sangat bergumul di taman Getsemani? Dan yang paling utama, KENAPA Yesus harus melalui semua ini? Ini mesej yang sangat penting, berdoa dan fahami #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius Untuk mendengar penjelasan dan pengajaran daripada episod ini, KLIK DI SINIhttps://spoti.fi/3to0YLO
Soalan ini sangat relevan kerana inilah yang terjadi pada masakini dimana keagamaan dan kerohanian dijadikan sesetengah pihak sebagai tempat bisnes dan berjual beli. Memanipulasi, menakut-nakutkan orang dan beban agama yang berat menjadikan Rumah Ibadat yang sepatutnya menjadi tempat orang mengenal, menyembah dan berdoa kepada TUHAN Allah dijadikan sebagai markas atau sarang pencuri! Apa kata dan respon Yesus Kristus? ⚡
"Jika"? Saya TIDAK perlu ayat "jika" sebagai sebab kerana memang saya sentiasa "kekurangan hikmat" atau kebijaksanaan. Bagaimana saya boleh hidup dalam iman tanpa hikmat daripada TUHAN Allah? Mustahil! Tanpa hikmat, saya menimbulkan masalah sendiri, saya melakukan keputusan yang membawa kepada penyesalan dan saya bertutur kata-kata yang bodoh. Jadi, apa yang harus dilakukan? Firman Allah memberi jawapan yang mudah dan jelas:
"Jika di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah dia memintanya kepada Allah, yang dengan murah hati memberi kepada semua orang tanpa mencela, dan itu akan diberikan kepadanya" (Yakobus 1:5). Minta! Tanya! Doa! Pertama, bagi "yang kekurangan hikmat"; kedua, "kepada Allah" yang kita kenal dalam nama Yesus Kristus; dan ketiga, dengan kesabaran dan iman tanpa ragu "itu akan diberikan kepadanya.”
Kuda, rata, dan pasukan askar Aram yang besar mengepung kota Dotan dimana nabi Elisa tinggal. Apabila pembantu nabi melihat semuanya, dia cemas, "Apa yang harus kita lakukan?" Nabi Elisa tenang. Dia berdoa kepada TUHAN untuk membuka mata pembantunya itu lalu "dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa" (2 Raja-Raja 6:17).
Pada masakini, banyak hal yang mengepung kehidupan orang yang beriman. Semakin dekat kepada TUHAN, semakin hebat serangannya. Musuh-musuh utama kita ialah yang tidak kelihatan (baca Efesus 6:12). Oleh itu, adalah sangat penting agar mata rohani kita dibuka untuk melihat bahawa "yang menyertai kita lebih ramai" daripada pihak musuh. Selagi ada di dunia, kita masih lagi berperang tetapi kita tahu, dalam Yesus Kristus, kita dipihak yang SUDAH MENANG. Oleh itu, tenang, berjaga-jaga, lihat dan "Jangan takut.”
Sejak nubuat yang pertama dalam Kejadian 3:15 tentang kedatangan Mesias atau Kristus ("Yang Diurapi") yang akan menjadi Penyelamat bagi umat manusia dan yang akan mengalahkannya, Iblis (atau Setan) berusaha dengan pelbagai cara untuk memusnahkan Keturunan Adam dimana datangnya Keturunan Abraham dimana datangnya Keturunan Daud atau Keturunan Kaum Yehuda iaitu Keturunan Mesias. Namun begitu, rencana TUHAN Allah sentiasa menang dan sudah digenapi melalui kedatangan Yesus Kristus. "Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka" (Matius 1:21) Wow! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius
Untuk mendengar episod podcast yang berkaitan dengan hal ini, KLIK DISINICubaan Membunuh Yesus! (Matius 2:13-23) http://bit.ly/LegasiMatius6
Sekurang-kurangnya ada tiga teori atau pendapat popular tentang kematian Yesus Kristus: 1) Yesus gagal dalam misi pelayanan-Nya apabila Dia mati di kayu salib; 2) Yesus ialah seorang ketua pemberontak Zelot yang disalibkan kerana cuba untuk menentang Roma; dan 3) Yesus sebenarnya tidak dibunuh atau disalibkan tetapi telah diangkat oleh Allah*.
Apa yang terjadi sebenarnya? Apa kata Yesus sendiri melalui Injil Markus tentang kematian-Nya? ⚡#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus
Ini ialah nota bagi sesi temu bual saya dalam video ini tentang topik Celebrity Pastor vs. Biblical Pastor. Saya ada membuat penambahan dan penjelasan ringkas bagi setiap poin.
1) Kenapa Topik Ini Penting?
n Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana PENGINJILAN (EVANGELISM) yang Alkitabiah, maka ia memang perkara yang sudah dijangkakan
n Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana APOLOGETIK (APOLOGETIC) yang Alkitabiah, maka ia memang perkara yang sudah dijangkakan
n Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana TEOLOGI YANG PALSU atau TIDAK MEMADAI (FALSE or INADEQUATE THEOLOGY), maka ia ialah suatu masalah besar
n Jika orang menerima atau menolak Kristianiti kerana CARA HIDUP YANG DUNIAWI (WORLDLY LIFESTYLE), maka ia ialah suatu masalah besar
Masalah besar yang timbul dari budaya Celebrity Pastor ialah dua hal ini: 1) Teologi yang Palsu atau Tidak Memadai; dan 2) Cara Hidup yang Duniawi. Jika ada orang menerima Kristianiti kerana dua hal ini, maka besar kemungkinan mereka ialah para pengikut yang palsu atau delusi. Jika ada orang menolak Kristianiti kerana dua hal ini, maka mereka akan ada prejudis dan salah sangka dengan ajaran Kristianiti yang sebenarnya. Kedua-dua hal ini menutup orang daripada masuk ke Kerajaan Allah!
[Nota: Bolehkah TUHAN menggunakan Celebrity Pastor untuk kemuliaan-Nya? Tidak dinafikan, boleh. Dia ialah Tuhan. Sedangkan keldai dan ikan besar - kamu dan saya! - pun digunakan-Nya. Adakah semua Celebrity Pastor sesat? Tidak. Tetapi ini tidak bermaksud kita mengiyakan sikap dan budaya ini atau harus menutup mata untuk dua masalah besar yang telah dinyatakan di atas.]
2) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Pastor”?
Secara ringkas, ayat pastor berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “Shepherd” atau “Gembala.” Dalam Alkitab, TUHAN Allah ialah Gembala (Mazmur 23:1), Yesus Kristus memanggil diri-Nya sebagai Gembala yang Baik (Yohanes 10:11, 14) dan para pemimpin gereja dipanggil untuk menjadi gembala bagi jemaah Allah (1 Petrus 5:2). Pemilik atau Tuan jemaah yang sebenar ialah TUHAN Allah; model yang utama ialah Yesus Kristus; dan panggilan pastor ialah untuk menjadi gembala yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjaga jemaah-Nya.
Ada Tiga (3) Tugas Utama Pastor:
a) CARING & INVOLVING - melibatkan diri dalam hal ehwal dan kehidupan para jemaah
b) PROTECTING & EQUIPPING - menjaga para jemaah daripada ajaran, pengaruh dan guru palsu & membangunkan mereka dalam kematangan rohani
c) TEACHING & PREACHING - mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik jemaah melalui Firman Allah ke arah kebenaran
[Nota: Tidak semua pengkhutbah ialah seorang pastor. Tetapi salah satu tugas pastor ialah berkhutbah. Namun begitu, berkhutbah atau berkongsi Firman Allah ialah BUKAN satu-satunya tugas seorang pastor. Keep this in mind.]
3) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Celebrity”?
Dalam French “Celebrite” bermaksud celebration dan dalam Latin “Celibritatem” bermaksud frequented, popular atau well-known. Ada kamus yang memberi definasi ini: “which means to honor something with the proper ritual.” Orang yang terkenal atau yang diraikan atau diketahui ramai atau popular. Maksudnya hampir-hampir (tetapi tidak) menjurus kepada seorang yang disembah.
4) Apakah yang Dimaksudkan dengan “Celebrity Pastor”?
Atau lebih tepat lagi, apakah yang dimaksudkan oleh saya dengan istilah ini? Terlebih dahulu saya ingin berkata bahawa istilah ini ialah oxymoron (Bahasa Malaysia, oksimoron) kerana secara Alkitabiah, panggilan seorang pastor ialah BUKAN untuk menjadi seorang yang terkenal atau selebriti. Pastor tidak boleh menjadi selebriti; selebriti tidak boleh menjadi pastor. Mesti pilih satu dan tinggalkan yang satu lagi! Namun begitu, dia memang dia tidak boleh mengawal pendapat orang lain tentang siapa dia tetapi dia harus mengelak - malah menghindari dengan tegas - dirinya daripada dianggap sebagai seorang selebriti.
Definasi saya bagi Celebrity Pastor ialah seorang pastor* yang bersikap [attitude], berfikiran [thinking], berhasrat [expecting] untuk dilayan dan dilayani [treated] oleh para jemaah seperti atau sebagai seorang selebriti.
Pada pendapat saya, ada Tiga (3) Ciri-Ciri Utama Seorang Celebrity Pastor:
a) Become the Center in the Church - nama gereja dan dia sangat sinonim (contoh, orang akan berfikir bahawa gereja X ialah gereja pastor Y atau apabila dia seringkali berkata, “Gereja saya…”; “Jemaat saya…”), dia menjadi idola bagi para jemaat (dalam segala hal dan urusan gereja mereka berkata, “Pastor kami cakap macam ini itu…”, malah Firman Allah dianggap sebagai sekunder berbanding dengan kata-kata pastor itu), poster, iklan, latarbelakang dan sebagainya semuanya berpusat kepada dia. Dia menjadi ikon dan maskot gereja itu.
b) Entertainment Sermons - lebih kepada man-centered (you-you, I-I, me-me) berbanding dengan God-centered; lebih pleasure-focus (feel good, people pleaser) berbanding dengan the-whole-counsel-of-God; lebih relevant-concern berbanding dengan the Revelation-of-God. Khutbah mereka lebih dipengaruhi dengan ajaran motivasi, pemikiran positif, self-help, business, New Age dan apa sahaja yang menarik minat orang ramai. Firman Allah digunakan hanya untuk menguatkan hujah atau idea sendiri.
c) Worldly Lifestyle - cara hidup yang sangat duniawi sehinggakan tidak boleh dibezakan diantara seorang artis dan seorang pastor; fesyen mereka tidak mencerminkan kesederhanaan; dan secara luaran, sangat materialistik.
Banyak lagi hal yang boleh diperkatakan, contohnya apabila berkhutbah membaca beberapa petikan ayat Firman dan berleter panjang lari dari konteks ayat, menjadi hero dalam khutbah sendiri, hubungan mereka dengan orang-orang terkenal, network sesama sendiri, mengendalikan gereja seperti korporat sekular dan mereka sebagai CEO, pengaruh musik dalam latarbelakang mesej, memanipulasikan orang dengan menempatkan cheer leaders atau crowd controllers di baris depan pentas, strategi marketing, dan sebagainya.
[Nota: Pada pendapat saya, Emergent Church Movement, New Apostolic Reformation, The Pentecostal and Charismatic Movement (lebih-lebih lagi dengan ajaran Injil Kemakmuran) dan ditambahkan lagi dengan revolusi teknologi & perkembangan sosial media, banyak mempengaruhi kemunculan para Celebrity Pastor dahulu dan sekarang.]
5) Beberapa Perkara yang Kita Harus Berhati-Hati
Dalam kita menilai Celebrity Pastor, kita harus berhati-hati untuk tidak hanya menilai mereka dari segi luaran SAHAJA. Ada ramai juga pastor yang setia dan benar dan pada masa yang sama mereka juga terkenal dan popular.
a) Ianya BUKAN tentang berapa bilangan jemaah atau saiz gereja tetapi tentang bagaimana dia dianggap atau dilayan seperti selebriti
b) Ianya BUKAN tentang fesyen atau tren semata-mata tetapi apakah impresi (impression) yang ingin ditonjolkan sebenarnya
c) Ianya BUKAN tentang gaya (style) dia berkhutbah tetapi samada isi kandungannya Alkitabiah atau tidak
d) Ianya BUKAN tentang betapa terkenal dia sekarang tetapi adakah mesej dia benar atau berkompromi
e) Ianya BUKAN tentang berapa banyak harta yang dia kumpul dan miliki tetapi dimana hatinya tertumpu - harta di syurga atau di dunia - dan sedikit sebanyak boleh dinilai secara luaran iaitu bagaimana mereka menggunakannya
6) Apakah yang Dimaksudkan Dengan “Biblical Pastor” dan Apakah Ciri-Cirinya?
Secara ringkas, Biblical Pastor, dalam definasi saya ialah seorang pastor yang melakukan tiga (3) tugas utama yang saya sudah senaraikan tadi iaitu a) CARING & INVOLVING; b) PROTECTING & EQUIPPING; dan c) TEACHING & PREACHING. Tiga hal ini ada pada Tuhan Yesus Kristus sendiri, dalam kepimpinan rasul Paulus dan juga boleh diperhatikan dalam kehidupan beberapa pastor yang setia dalam gereja-gereja awal. Contohnya, Charles H. Spurgeon.
Ada banyak teks Alkitab yang boleh kita rujuk untuk melihat ciri-ciri pastor atau pemimpin gereja yang Alkitabiah, diantaranya ialah 1 Timotius 3:1-13 & Titus 1:5-9. Ini ada beberapa ciri-ciri yang sangat berbeza dengan Celebrity Pastor:
a) Mengamalkan kesederhanaan
b) Berkebolehan mengajar (Alkitab)
c) Tidak tamak akan wang
d) Bukan seorang yang baru beriman (iaitu matang kerohanian)
e) Pandai menguasai diri, tulus, suci dan tertib
f) Menggalakkan orang menerima ajaran benar
Oleh kerana kebanyakkan Celebrity Pastor berpegang kepada teologi yang palsu atau tidak memadai, jadi adalah penting bagi seorang pastor - jika ingin menjadi Biblical Pastor - untuk menyampaikan “ajaran yang selaras dengan asas kepercayaan yang benar” (Titus 2:1) atau “beritakanlah apa yang sesuai dengan ajaran yang sehat” (TB); “sound [or healthy] doctrine [or theology].” Rasul Paulus mengingatkan Timotius untuk: “Beritakanlah firman Allah [Preach the Word of God], bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran” (2 Timotius 4:2).
[Nota: Untuk pengetahuan, buat masa ini, TUHAN tidak memanggil saya sebagai seorang pastor dalam gereja walaupun dalam pelayanan saya ada melakukan tugasan seperti seorang pastor. Kurnia yang diberikan oleh Roh Kudus kepada saya ialah mengajar dan kepimpinan. Namun begitu, ciri-ciri di atas HARUS ada dalam sesiapa sahaja yang dipanggil dalam pelayanan Kristian. Ini saranan saya, jika kamu ingin menjadi efektif dan terus setia dalam pelayanan, baca, kaji dan ‘makan’ tiga surat ini: 1 Timotius, 2 Timotius dan Titus.]
7) Nasihat Saya Kepada Pastor atau Pelayan Kristian Amnya
i. You are no better than the Celebrity Pastors out there if it were not for the grace of God and the Holy Spirit restraining power.
ii. You are tempted too (even on a small scale) although you're not that popular or well known for now.
iii. Beware of the opposite sins, namely, jealousy ("Why my ministry is not like them?"), pride ("I'm not like them! I'm humble...") and wrong judgment (criticize without doing research or parroting what someone else says on social media)
iv. We are called to be FAITHFUL, not SUCCESSFUL like the Celebrity Pastor. If we are successful in some sense, praise the Lord; but if you're faithful, surely, you will be persecuted (read 2 Timothy 3:12).
v. Live, teach and lead with grace AND truth. Chris Hodges, in his book The Daniel Dilemma, said it well: "Here’s what we need to remember: Truth without grace is mean. Grace without truth is meaningless.” We need both.
8) Nasihat Saya Kepada Jemaah Gereja atau Orang Kristian Amnya
Jangan mengidolakan pastor kamu! Menghormati dan menghargai dia itu baik - dan seharusnya jika dia terus setia - tetapi jangan sampai kamu mengagung-agungkan dia. Layan hamba Allah seperti hamba (servant or fellow servant) yang mengembalakan kamu BUKAN Tuan (Lord or Master) atas kamu. Salah satu penyumbang kepada tercetusnya budaya Celebrity Pastor ialah apabila jemaah gereja sudah mulai berpaling daripada iman yang sebenar sebagaimana yang dinubuat oleh Roh Kudus kepada Paulus dalam 1 Timotius 4:1, “Roh Kudus menyatakan dengan jelas bahawa pada akhir zaman sesetengah orang akan berpaling daripada iman, mengikut roh-roh yang memperdayakan dan ajaran roh-roh iblis.”
Begitu juga, oleh kerana jemaah gereja dan orang Kristian sudah tidak mahu menerima ajaran yang benar, mereka ‘mencipta’ Celebrity Pastor menurut gambaran yang mereka ingini dan meninggikan dia sebagai ikon kehendak daging mereka! Dalam 2 Timotius 4:3 ada tertulis: “[Akan] sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.” Jadi, masalah budaya Celebrity Pastor secara tidak langsung mencerminkan masalah jemaah gereja juga. Berhati-hatilah dan bertanggungjawablah! Selidiki iman kamu dan berdoa untuk pastor(s) kamu kerana dia akan mempengaruhi kamu, dan kamu akan mempengaruhi dia.
9) Akhir Kata
Secara ringkas, kepada Celebrity Pastorbertaubatlah dan kepada para Pastor dan pelayan Kristian ingatlah: “Berhematlah tentang dirimu dan ajaranmu [Watch your life and doctrine closely, NIV]. Lakukan terus-menerus, kerana dengan demikian engkau akan menyelamatkan dirimu dan mereka yang mendengar kata-katamu” (1 Timotius 4:16). Amen.
Orang Saduki tidak percaya kepada kebangkitan daripada kematian (Matius 22:23). Selama bertahun-tahun mereka masih lagi berdebat dengan orang Farisi yang percaya tentang hari kebangkitan. Tidak ada satu pihak pun yang boleh menjawab atau mengemukakan hujah dengan jelas tentang kepercayaan mereka melalui firman Allah.
Namun begitu, orang Saduki ada satu formula soalan yang boleh memalukan hujah pihak musuh (22:24-28). Apa rational disebalik soalan orang Saduki itu? Bagaimana Yesus Kristus menjawabnya dengan mudah melalui firman Allah? Siapa TUHAN Allah yang kita sembah?Jika kamu perlu dorongan untuk iman dan pengharapan; dalam kehidupan seharian dan persiapan untuk kematian, dengar episod ini��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius