Showing posts with label Triniti. Show all posts
Showing posts with label Triniti. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

Amanat Agung Yesus Kepada KITA (Matius 28:16-20)

Tuhan Yesus Kristus menyampaikan Amanat Agung kepada para murid-Nya: “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman" (Matius 28:18-20).

Apakah perkara yang terutama yang harus para murid Yesus lakukan di dunia sekarang?
PUJI SEMBAH? Kalau ya, maka lebih baik kita terus diangkat ke syurga... PERSEKUTUAN? Kalau ya, maka kita patut hanya ke gereja sahaja... PENGAJIAN ALKITAB? Kalau ya, maka semua kita harus pergi ke seminari... Semua ini penting tetapi ada satu yang terutama, iaitu, MISI & PENGINJILAN - mentaati Amanat Agung Yesus sementara di dunia! #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Dalam episod yang terakhir ini, saya ingin mengajak kita untuk terus didorong dan dicabar untuk mentaati Amanat-Nya. Dengar melalui
SPOTIFY http://spoti.fi/3JEe9Nf atau APPLE PODCAST http://apple.co/37M2Ox7 

    
LEGASI.tv Media: https://linktr.ee/LEGASI.tv 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Yesus Kristus Ialah Anak-Hamba Yahweh (Matius 12:15-21)



Yesus Kristus ialah "Hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai" (Matius 12:18; Yesaya 42:1). Kata nama 'pais' selalunya diterjemahkan sebagai 'hamba' dan juga sebagai 'anak.' Semasa pembaptisan Yesus, suara Bapa berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan" (3:17). Apabila Yesus dimuliakan di atas gunung, suara itu sekali lagi berkata, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!" (17:5). Kupilih. Kukasihi. Kuredai. Kuberkenan.

Jadi, Yesus ialah Hamba Yahweh (untuk membezakan istilah hamba Allah dalam Al-Quran [19:30] yang TIDAK sama dalam Al-Alkitab. 'Isa' dan 'Yesus' TIDAK sama) yang bukan hanya sekadar hamba biasa-biasa tetapi "dalam Nama-Nya [Yesus], bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya" (Matius 12:21). Kepada siapa? 🤔 Jom dengar episod ini! 😊📖🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius95 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Hanya Yesus Kristus Mengenal Allah Bapa (Matius 11:27)



Yesus Kristus berkata begini: "Bapa-Ku telah menyerahkan segala-segalanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa" (Matius 11:27). Ayat ini sangat jelas menyatakan keunikan, keilahian dan ke-eksklusif-an Yesus.

Bapa telah "menyerahkan segala-segalanya" kepada Anak. Bukankah ini mustahil dan tidak patut sekiranya Yesus hanya manusia biasa walau betapa hebat pun dia? Ayat "mengenal" ini bermaksud lebih daripada sekadar tahu atau rapat, tetapi hubungan yang sangat intim. Hanya Bapa mengenal Yesus? Hanya Yesus mengenal Bapa melebihi bapa-bapa leluhur, para nabi, malah para malaikat? 😮😊📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius91 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sesiapa Menyambut Yesus Kristus, Dia Juga Menyambut Allah Bapa (Matius 10:40)



"Sesiapa yang menyambutmu," kata Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku" (Matius 10:40). Ada hubungan yang saling berkaitan disini: Dia iaitu Bapa mengutus Yesus, Yesus mengutus para murid-Nya.

Ini jelas sekali: Yang mengutus harus lebih besar daripada yang diutus. Yesus lebih besar daripada para murid-Nya - ini tiada masalah. Tetapi adakah ini juga bermaksud Bapa lebih besar daripada Anak iaitu Yesus? (Lihat Yohanes 14:28). Dan, jika setiap orang akan dihakimi samada "mengakui" atau "menyangkal" Yesus (Matius 10:32), bukankah menolak Anak juga menolak Bapa? 🤔⚡📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius82 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Wednesday, January 16, 2019

#AskAngelus_2: Bagaimana Cara Untuk Menerangkan Konsep Triniti dalam Ajaran Kristian?


Patricia Peter #AskAngelus:
“Bagaimana cara untuk menerangkan konsep triniti dalam ajaran Kristian?”

Soalan yang lazim yang akan ditanyakan oleh orang bukan Kristian, khususnya ahli-ahli pendakwah yang beragama Islam (bukan semua, tetapi segelintir orang yang rasa ala-ala para pengikut Zakir Naik) apabila berdebat tentang doktrin-doktrin agama, ialah tentang isu triniti. Soalan ini bagus malah sangat membantu dan patut ditanya asalkan tidak ada unsur membuli (pembuli agama selalunya akan menyasarkan orang yang lemah), menyesatkan (berputar-belit, tidak rational) dan sombong (bila dijawab mereka tidak mahu mendengar, hanya mahu menguji. Mereka sahaja yang betul). Elakkan menjawab dan dimanipulasikan orang-orang seperti itu. Tutup telinga, dengar khutbah Ravi Zacharia atau mendiang Nabeel Qureshi lebih baik! Firdaus, kawan Muslim saya di kampus dulu pernah berkata, “Iboh dilayan orang kedak ya Chard. Mun mok mendakwah sekalipun iboh la sampei menyoalkan agama orang lain. Masing-masing kita ada agama sendirik… Lain la mun orang ya sikda agama.” Setuju!

Tetapi untuk pengetahuan kamu sendiri, untuk menyiapkan diri kamu, dan untuk meningkatkan keyakinan iman kamu, disini saya sediakan beberapa fakta dan cara yang ringkat (dan sangat asas) untuk kamu memahami lebih lagi tentang konsep triniti. Ia juga boleh digunakan sebagai respon kamu apabila ditanya:

#1 Pada pendapat saya, ada tiga (3) fakta yang harus kamu sedar terlebih dahulu: 1) Ayat ‘triniti’ tidak ada di dalam Alkitab. Triniti ialah “sebuah konsep” yang digunakan untuk menjelaskan kebenaran tentang keperibadian TUHAN (nanti saya akan jelaskan dengan lebih lanjut lagi); 2) Tidak ada orang di dunia ini yang boleh menjelaskan konsep triniti 100%!; dan 3) Alkitab ialah asas kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti. Jika kamu tidak percaya kepada Alkitab, maka konsep triniti sudah tidak penting lagi. Tetapi jika kamu percaya dengan Alkitab, maka konsep triniti sangat penting bagi kamu memahami keperibadian TUHAN dengan lebih menyeluruh lagi.

#2 Apakah definasi “triniti” dalam kepercayaan orang Kristian? Apabila saya menerangkan ia kepada para pelajar saya, saya akan berkata: “Kamu semua ialah para pelajar di universiti. Universiti ialah gabungan diantara ayat ‘unity’ iaitu kesatuan dan ayat ‘diversity’ iaitu kepelbagaian. Jadi, adakah universiti itu satu atau dua?” Jadi, Allah Triniti (tri = tiga, niti = unity) boleh dilihat sebagai TUHAN itu satu (kesatuan) tetapi ada tiga keperibadian (kepelbagaian). TUHAN tidak boleh ada dua atau tiga, mesti SATU. Tetapi pada masa yang sama, Dia boleh memiliki keperibadian yang berbeza. Contoh, saya ialah seorang manusia (satu), tetapi bagi ibu, saya ialah anak dia; bagi protégé saya, saya ialah bapa rohani dia; bagi teman wanita saya, saya ialah kekasih dia. Adakah saya tiga orang? Tidak, satu! Triniti dalam kepercayaan orang Kristian yang Alkitabiah ialah: TUHAN itu SATU [100%] tetapi mempunyai tiga keperibadian yang berbeza Allah Bapa [100%], Allah Anak [100%], dan Roh Kudus [100%]!

"Trinity Knot"
#3 Banyak ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan konsep triniti, tetapi setiap ilustrasi itu tidak akan 100% mencapai maksud yang sebenar kerana konsep triniti ini agak kompleks bagi minda manusia (sebab itu saya golongkan ia sebagai “konsep” dan awal tadi saya sudah menjelaskan bahawa “Tidak ada orang di dunia ini yang boleh menjelaskan konsep triniti 100%!”). Saya bahagikan ilustrasi triniti yang lazim digunakan pada masakini kepada 3 tahap: a) Lemah, b) Boleh Tahan, dan c) Bagus. Contoh-contoh tahap ilustrasi a) Lemah: Telur [kulit, kuning, putih telur], H20 [keadaan cecair, wap, pejal], dan Kopi 3-dalam-1 [gula, krimer, kopi]. Contoh-contoh ilustrasi b) Boleh Tahan pula ialah (1 x 1 x 1 = 1) dan (manusia = tubuh, jiwa, roh). Dan ilustrasi yang paling c) Bagus pada pendapat saya ialah “trinity knot” [lihat gambar rajah] dan cahaya. Cahaya, menurut quantum physic, pada masa yang sama ialah partikel dan gelombang. Ia dipanggil sebagai Gelombang-Partikel Dualitas Cahaya. Penjelasannya agak kompleks… tetapi biar saya simpulkan disini: Jika kamu ingin memahami dan menjelaskan konsep triniti melalui ilustrasi-ilustrasi di atas, kamu akan lebih keliru jika kamu tidak memulakannya melalui Alkitab (Ingat apa yang saya tulis dari awal tadi? (“Alkitab ialah asas kepada kepercayaan kita tentang konsep triniti”).

#4 Jadi, bagaimana kamu mahu memahami dan menerangkan konsep triniti dengan lebih baik lagi? Ambik kertas atau nota telefon kamu dan tulis ayat ini (ini paling penting): Jangan mulakan dengan menjelaskan apa itu triniti, mulakan dengan melihat apa kata Alkitab tentang TUHAN! (baca ini kekurang-kurangnya tiga kali lagi). Alkitab terdiri daripada dua bahagian: Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Apa kata Alkitab tentang keperibadian TUHAN? Lihat jadual di bawah:


Secara ringkas, apa yang saya tulis ialah:

Alkitab
Perjanjian Lama (PL)
Perjanjian Baru (PB)
Kesatuan
TUHAN itu Satu (Ulangan 6:4; Yesaya 43:10-11; Mazmur 86:10)
TUHAN itu Satu (Markus 12:29; Galatia 3:20; Yakobus 2:19)






Keperibadian
Allah Bapa. Ini sangat ketara di dalam PL.
Allah Bapa. Ini juga sangat ketara di dalam PB.
Malaikat TUHAN. Secara umumnya, apabila PL menulis tentang malaikai, ia merujuk kepada malaikai iaitu ciptaan Allah. Tetapi ada masanya kita akan membaca tentang ‘Malaikat TUHAN’ yang mempunyai ciri-ciri keilahian. Contoh, Abraham tunduk menyembah-Nya apabila melihat malaikat TUHAN datang ke tempatnya dan Dia bercakap tidak seperti seorang utusan tetapi seperti TUHAN sendiri (baca Kejadian 16:9, 13. Lihat juga Yosua 5:14-15). Malaikat yang sebenar tidak akan membiarkan dirinya disembah (lihat Wayhu 22:8-9).
Yesus Kristus, Anak Allah. Dia dipanggil sebagai “Tuhan” (Markus 1:3), “Tuhan atas hari Sabat” (Markus 2:28), mengakui “Aku ialah Aku”, mengampuni dosa orang, Paulus memanggil Yesus sebagai “Tuhan” (Filipi 2:10-11) dan sebagainya. Yesus, sebagai manusia dilihat seperti meyembah Allah dan berdoa kepada-Nya… jadi, bagaimana ini boleh terjadi? Untuk ini, sila rujuk: https://www.youtube.com/watch?v=LoTSqXY5uhc

Roh TUHAN atau Roh Allah. Di dalam PL, kita melihat Roh Allah memberi kekuatan (1 Samuel 10:10), berfirman seperti Allah (2 Samuel 23:2-3), Iya kadang-kadang disamakan dengan ‘TUHAN’ (Yesaya 48:16), dan Iya juga ada semasa penciptaan (Ayub 33:4). Roh Allah mempunyai ciri-ciri keilahian tetapi pada masa yang sama berbeza dengan Allah Bapa.
Roh Kudus. Di dalam PB, kita melihat bahawa Roh Kudus juga dipanggil dan bersifat seperti memiliki peribadi (1 Tesalonika 5:19), Roh juga memberi kuasa, berfirman seperti Allah dan firman-Nya sama seperti iya datang daripada TUHAN sendiri (baca Kisah Para Rasul).

Letak ke tepi konsep triniti seketika… Lihat semula gambar dan jadual di atas. Isunya ialah: Bagaimana kita boleh menjelaskan bahawa di dalam Alkitab memang terang-terang TUHAN itu dikatakan adalah SATU, tetapi pada masa yang sama, Malaikat TUHAN (merujuk kepada jadual di atas) dan Roh Allah dalam Perjanjian Lama, dan Yesus Kristus dan Roh Kudus di dalam Perjanjian Baru juga mempunyai ciri-ciri keilahian seperti TUHAN yang satu? Ketiga-tiga peribadi itu ada di dalam PL, ketiga-tiga peribadi itu ada di dalam PB, tetapi kedua-dua bahagian Alkitab – PL dan PB – juga menyatakan bahawa TUHAN itu satu? Penyelesaiannya? Konsep triniti! Ia digunakan untuk menyatakan bahawa – selepas menyelidiki Firman Allah – TUHAN itu satu tetapi mempunyai tiga peribadi!

#5 Kenapa konsep triniti ini sangat penting? Kerana dua (2) sebab utama:

a) “Allah itu kasih (1 Yohanes 4:8). Kasih hanya bermakna apabila kasih itu diluahkan/diberikan/dikongsikan kepada lebih daripada satu peribadi. Bapa mengasihi Anak, Anak mengasihi Bapa – itu kasih. Dan oleh kerana Allah itu kasih, Dia juga boleh mengongsikannya dengan kita. TUHAN tidak menciptakan kita supaya Dia beroleh kasih daripada kita, Dia menciptakan kita supaya kasih-Nya – seperti kasih-Nya kepada Anak-Nya – juga menjadi milik kita! Wow!

b) Kita anak-anak Allah! Bapa kita disyurga, Anak-Nya bersama kita (Emmanuel), dan Roh Kudus di tinggal di dalam kita. Bukankah itu sangat indah???!

Apabila kamu berhadapan dengan soalan tentang triniti, buat tiga (3) perkara ini:

1) Jangan sesekali mula dengan menerangkan maksud dan konsep triniti secara terus. Jika tidak ada masa, jawab, “Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya.” Tetapi jika ada masa (jika dia iklas bertanya juga), tunjukkan dia semua rujukkan tentang Bapa, Anak dan Roh Kudus di dalam Alkitab dan kemudian buat kesimpulan dari sana. Alkitab dulu, barulah konsep triniti.

2) Rujuk orang itu untuk membaca artikel blog ini dan kemudian berbincang.

3) Jika kamu betul-betul tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya… jika kamu cuba berkali-kali tetapi masih tidak dapat… Jadi, kamu harus berdoa begini: “Bapa, saya akan berusaha untuk cuba belajar lagi tetapi walauapapun, saya tetap akan mengabdikan iman saya kepada Anak-Mu, Tuhan Yesus Kristus. Keselamatan saya tidak bergantung kepada doktrin triniti tetapi ia berdasarkan kebenaran Firman-Mu, darah Yesus dan kuasa Roh Kudus. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, April 27, 2014

Sebab #6: Yesus Mati... Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa (6/10)


Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.

Sebab #6: Untuk Menunjukkan Kasih Allah kepada Orang yang Berdosa

Besarnya kasih Tuhan kepada kita boleh dilihat melalui kesanggupan-Nya untuk mengorbankan diri bagi segala dosa kita: “Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal” (Yohanes 3:16, BM). Apabila kita melihat betapa dahsyatnya pengorbanan yang dialami oleh Kristus di kayu salib, ia menjadi sangat jelas bahawa kasih Bapa dan Anak tiada terhingga hebatnya!

Kebesaran kasih Tuhan semakin bertambah nyata apabila kita sedar bahawa kita tidak layak dihadapan-Nya. “[Allah] telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8, BM) Hutang kita terlalu banyak, hanya pengorbanan-Nya sahaja yang dapat membayarnya.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers) 
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]