Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Wednesday, June 23, 2021

Markus 10:23-27 Siapakah Yang Dapat Diselamatkan? (#InjilMarkus S.1 E.76)

Bagi orang Yahudi dalam Perjanjian Baru, mereka melihat kekayaan sebagai simbol berkat TUHAN kepada seseorang. Ia menandakan bahawa orang itu benar dan salih. Contohnya Abraham dan Ayub. Jadi, apabila Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya, “Betapa susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah!” (Markus 10:23), mereka berasa "sungguh hairan" (10:24, 26) ���

Oleh itu, mereka bertanya, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan? (10:26) ��� Soalan ini membuka peluang untuk Yesus mengajar satu kebenaran yang mutlak tentang keselamatan! ⚡������ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus

��� Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, May 25, 2021

Autoriti Yesus Yang TIDAK DAPAT Disangkal (Matius 21:23-27)


Musuh-musuh Yesus Kristus datang bukan kerana ingin tahu tetapi cuba mempersoalkan autoriti-Nya di khalayak ramai:
"Dengan kuasa apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?" (Matius 21:23). Dia pula menjawab dengan bertanya kepada mereka: "Baptisan Yohanes [Pembaptis] dari manakah asalnya? Daripada syurga atau daripada manusia?" (21:25)

Yesus bukan cuba untuk memberi jawapan licik (seperti kaedah Socratic) atau mahu lari tajuk (seperti ahli politik), tetapi JAWAPAN kepada soalan Dia ialah JAWAPAN kepada soalan mereka. Jika mereka menjawab dengan jujur, maka, mereka akan menjawab soalan mereka sendiri. Respon dan jawapan mereka sangat penting kerana ia akan berbalik dengan kita - sebagai pembaca dan pendengar - Apa autoriti Yesus melakukan semua hal yang telah dilakukan-Nya? Beware: This question has consequences! ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui autoriti Yesus, dengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius152 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Saturday, May 8, 2021

Markus 9:43-48 Siapa Yang Layak Dihumban ke Neraka? (#InjilMarkus S.1 E.70)


Yang dihumban ke nerakafirman Yesus Kristus, "cacingnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam" (Markus 8:48). Ada tiga hal yang ramai orang kurang sedar atau jarang diperkatakan pada masa kini atau sangat sedikit - hampir tidak! - dikhutbahkan di gereja sekarang1) Kekudusan Allah; 2) Kerosakkan Dosa; dan 3) Realiti Neraka. Dengan inikita bertanyaSiapa yang layak dihumban ke neraka😮🙏📖#ServeToLead #PreachTheWord #InjilMarkus 

🤳Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINIhttp://bit.ly/LegasiInjilMarkus 

👂Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINIhttp://bit.ly/LegasiSpotify 
 
FB Pagehttps://facebook.com/LEGASI.tv/                     
Podcasthttps://anchor.fm/LEGASI.tv/             
YouTubehttps://www.youtube.com/c/LEGASItv/   
 

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP. 

 

 

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]