Showing posts with label Keutamaan. Show all posts
Showing posts with label Keutamaan. Show all posts

Tuesday, May 25, 2021

Autoriti Yesus Yang TIDAK DAPAT Disangkal (Matius 21:23-27)


Musuh-musuh Yesus Kristus datang bukan kerana ingin tahu tetapi cuba mempersoalkan autoriti-Nya di khalayak ramai:
"Dengan kuasa apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?" (Matius 21:23). Dia pula menjawab dengan bertanya kepada mereka: "Baptisan Yohanes [Pembaptis] dari manakah asalnya? Daripada syurga atau daripada manusia?" (21:25)

Yesus bukan cuba untuk memberi jawapan licik (seperti kaedah Socratic) atau mahu lari tajuk (seperti ahli politik), tetapi JAWAPAN kepada soalan Dia ialah JAWAPAN kepada soalan mereka. Jika mereka menjawab dengan jujur, maka, mereka akan menjawab soalan mereka sendiri. Respon dan jawapan mereka sangat penting kerana ia akan berbalik dengan kita - sebagai pembaca dan pendengar - Apa autoriti Yesus melakukan semua hal yang telah dilakukan-Nya? Beware: This question has consequences! ��������� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mengetahui autoriti Yesus, dengar episod ini ��� KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius152 

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                      
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/              
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/    

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

 

Best Blogger Tips

Wednesday, January 20, 2021

Yesus Yang Membina Gereja-Nya (Matius 16:16-20)

 

"Saya pergi ke gereja"; "Saya beribadah di gereja"; "Ini gereja saya." Sebagai perbualan atau komunikasi, berkata-kata begini tidak salah. Tetapi secara realitinya, gereja ialah bukan sebuah bangunan atau sesuatu tempat, malah, ia bukan milik kita (ini berita baik!). Gereja ialah ekkelsia, umat yang dipanggil (keluar) dan dipilih (masuk) oleh TUHAN. Ia ialah persekutuan atau perkumpulan para pengikut Kristus ✝👫👨👩👦👨👩👧

Dalam Matius 16:16-20, saya mendapati ada empat (4) ciri-ciri gereja Kristus yang benar. Jika salah satu daripada ciri-ciri ini tidak ada, maka, ia bukanlah gereja yang sebenar menurut pengertian Perjanjian Baru. Dan jika kamu sedar tentang ciri-ciri ini, kamu akan dikuatkan dan semangat kamu akan dipulihkan. Jangan peduli tentang statistik gereja masakini, ia hanya luaran. Gereja Kristus yang sebenar kukuh senantiasa! 🔥📖⚡ #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 👂 episod ini, KLIK DI SINI > Open Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius127 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius127

FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/               
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Dimana Hartamu Sebenarnya? berdasarkan Matius 6:19-21




Dalam Matius 6:19-21, Yesus Kristus berfirman: "Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya. Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu." Firman Allah ini sangat berkaitan dengan keadaan masakini... ingat itu! #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod podcast 'Dimana Harta Kamu Sebenarnya?' berdasarkan petikan Firman di atas, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius44 atau bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, February 3, 2020

Angelus' Quote: Orang Bijak vs Orang Bodoh



Haruslah kita memandang tinggi nilai pendidikan - secara formal dan tidak formal - dalam merubah kehidupan dan berusaha menambah ilmu pengetahuan kita yang sedia ada 😉 Bagi pemimpin, salah satu caranya ialah dengan MEMBACA BUKU 📖🔥☑ #ServeToLead #LetsMakeReadingCoolAgain
______________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, November 29, 2015

Resolusi (Tahun Baru) Membaca Keseluruhan Alkitab


Dibawah adalah petikkan dari artikel sebelum ini, Pengetahuan Asas tentang Alkitab (Klik disini untuk membaca keseluruhan artikel).

Siapa yang Menulis Alkitab?
Dari sudut pandangan/sejarah manusia, Alkitab ditulis oleh lebih kurang 36 penulis dalam jarak masa 1,600 tahun (Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status; gembala, raja, nabi, imam, doktor, pelayan misi, nelayan, pemungut cukai, pegawai tentera dan sebagainya). Tetapi adalah sangat penting untuk kita fahami bahawa penulis-penulis ini menulis dengan bimbingan Roh Allah. TUHAN memberi mereka ilham untuk menulis setiap perkataan yang ada di dalam Alkitab. Inilah yang kita katakan bahawa Alkitab ialah sebuah buku hasil inspirasi Allah sendiri. Firman-Nya mengatakan bahawa:

“...tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah” (2 Petrus 1:21, BM).

Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik” (2 Timotius 3:16-17, BM).

Oleh itu, Alkitab ialah Firman Allah. Tidak cukup untuk kita mengatakan bahawa Alkitab mengandungi Firman Allah (kerana ayat ‘mengandungi’ juga boleh bermaksud ada yang diinspirasi dan ada yang tidak); tetapi, setiap perkataan yang tertulis di dalam Alkitab ialah hasil inspirasi atau ilham Allah sendiri. “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah.

Satu lagi perkara yang kita patut ingat ialah Alkitab merupakan satu-satunya sumber wahyu utama yang diilhami dan ditulis kepada manusia. Jika kita membaca Firman Allah pada muka surat yang terakhir di Kitab Wahyu, TUHAN memberi peringatan yang keras bahawa tiada sesiapa pun yang boleh menambahkan atau mengurangkan apa yang tertulis di dalam Alkitab (22:18-19).

Apakah Perkara Utama di dalam Alkitab?
Walaupun Alkitab mengandungi 66 buah buku, ditulis (lebih kurang) oleh 36 penulis dari pelbagai lapisan masyarakat dan status, dan disampaikan pada masa yang berbeza sepanjang 1,600 tahun – ia mengandungi satu perkara atau watak utama iaitu Yesus Kristus. Dia ialah tema utama di dalam Alkitab. Buku-buku Perjanjian Lama mengandungi banyak ramalan dan nubuat tentang kedatangan Tuhan Yesus sebagai Penyelamat yang akan menyelamatkan kita daripada dosa; manakala, buku-buku Perjanjian Baru pula mengatakan tentang kedatangan Raja Yesus kali kedua pada akhir zaman sebagai Hakim yang akan menghakimi setiap manusia.


Disini saya ada menyediakan “Edisi Bacaan Alkitab Setahun” iaitu jadual membaca Alkitab secara kronologi. Jika kamu mengikuti jadual membaca ini, dalam masa satu (1) tahun, kamu sudah habis membaca keseluruhan Alkitab. Ada 3 cara untuk kamu memiliki jadual bacaan ini secara percuma:

1)     Jika kamu mengenal saya secara peribadi, sila SMS atau WhatsApp atau hubungi saya terus dan saya akan memberikan kamu hard copy;
2)     Jika kamu ingin berhubung melalui Facebook account, kamu boleh meminta PDF file melalui FB Inbox ke “Richard Angelus” atau sila beri e-mail kamu supaya saya boleh mengirim soft copy kepada kamu;

3)     Jika kamu tidak keberatan, di bawah artikel ini juga disediakan jadual membaca dalam format JPG.


Best Blogger Tips

Sunday, July 26, 2015

Yesus ialah Peribadi yang Hidup, Bukan Suatu Sistem Kepercayaan


Ikutlah Aku” (Matius 9:9).

Salah satu cubaan atau godaan yang paling bahaya bagi kita orang Kristian ialah mengalihkan pandangan kita dari keperibadian Yesus kepada perkara tentang Yesus seperti doktrin-Nya, umat-Nya, gereja-Nya, Firman-Nya atau misi-Nya. Ini ialah godaan yang paling bahaya kerana tidak salah untuk kita mengetahui dan melakukan perkara tentang Yesus. Malah, tanpa kita mengetahui semua perkara ini, kita tidak boleh menjadi pengikut-Nya yang baik dan setia. Semua perkara tentang Yesus adalah mustahak.

Apa yang sebenarnya menyebabkan ia paling bahaya ialah fokus kita (tanpa kita sedari) kepada semua ini – jika tidak diseimbangkan – akan mengakibatkan hubungan kita dengan Yesus secara peribadi akan terjejas. Jika kita terlalu fokus dengan perkara tentang Yesus, seperti ajaran-Nya, kita akan mudah hilang arah hidup sebagai pengikut Kristus, mempelajari Alkitab semata-mata untuk meningkatkan pengetahuan bagi tujuan akedemi, menjadi guru Alkitab yang mementingkan luaran seperti orang Farisi yang mengajar dan mengikut Hukum Taurat Allah. Atau, jika kita terlampau fokus dengan misi-Nya, ialah boleh menjadi suatu perkara peribadi untuk tujuan peribadi bagi kejayaan peribadi. Kita seperti sangat bersemangat dan berkobar-kobar untuk melakukan kehendak-Nya tanpa ada hubungan peribadi dengan Yesus dan Roh-Nya dalam kita melakukan kehendak-Nya.

Inilah sebabnya Yesus tidak memanggil pengikut-pengikut-Nya, “Ikutlah ajaran-Ku,” atau “Ikutlah teladan-Ku,” atau, “Ikutlah misi-Ku,” atau “Ikutlah pemikiran-Ku.” Setiap kali apabila Yesus memanggil kita, ia melibatkan hubungan peribadi. Yesus berkata, “Ikutlah Aku.”Aku” bukan ajaran-Nya, bukan teladan-Nya, bukan misi-Nya, bukan pemikiran-Nya (walaupun semua ini sangat penting dan sangat Alkitabiah), tetapi – “Ikutlah Aku.” Terlalu kerap kita menjadikan hidup dan iman Kristian kita berpusat kepada apa yang boleh kita lakukan kepada Yesus. Tetapi Yesus tidak mengutamakan semua itu, yang paling utama ialah – hubungan peribadi kita dengan-Nya. Bukan perbuatan. Bukan keagamaan. Bukan perkara tentang Yesus.

Walau betapa penting dan sungguh digalakkan bagi kita untuk mengetahui perkara tentang Yesus (seperti dokrin dan teologi Kristian), kita tidak harus menjadikan semua itu sebagai teras bagi iman kita. Semua perkara tentang Yesus seharusnya datang dari hubungan kita dengan Tuhan Yesus. Yesus bukan suatu sistem kepercayaan. Yesus ialah Peribadi yang hidup. Dia ialah TUHAN. Ini harus menjadi keutamaan kita dahulu. Mengkaji Alkitab tentang Yesus dan melakukannya setiap hari tidak cukup. Hubungan peribadi diantara kita dan Yesus harus terjadi dahulu. Inilah yang paling utama. Oleh sebab itu, Yesus mengurniakan Roh Kudus untuk tinggal bersama kita dan di dalam kita. Sebagai pengikut Kristus pastikan bahawa kamu mempunyai hubungan dengan Yesus Kristus yang hidup. “Ikutlah Yesus.”

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]