Dibawah adalah petikkan dari
artikel sebelum ini, Pengetahuan Asas tentang Alkitab (Klik
disini untuk membaca keseluruhan artikel).
Siapa yang Menulis Alkitab?
Dari sudut
pandangan/sejarah manusia, Alkitab ditulis oleh lebih kurang 36 penulis dalam
jarak masa 1,600 tahun (Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan
status; gembala, raja, nabi, imam, doktor, pelayan misi, nelayan, pemungut
cukai, pegawai tentera dan sebagainya). Tetapi adalah sangat penting untuk kita
fahami bahawa penulis-penulis ini menulis dengan bimbingan Roh Allah. TUHAN memberi mereka ilham untuk menulis setiap perkataan yang ada di dalam Alkitab.
Inilah yang kita katakan bahawa Alkitab ialah sebuah buku hasil inspirasi Allah sendiri. Firman-Nya
mengatakan bahawa:
“...tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada
kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan
perkhabaran yang datang daripada Allah” (2 Petrus 1:21, BM).
“Semua yang tertulis di dalam Alkitab
diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur
dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut
kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang mengabdikan diri kepada Allah dapat
dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik”
(2 Timotius 3:16-17, BM).
Oleh itu, Alkitab ialah Firman Allah. Tidak cukup
untuk kita mengatakan bahawa Alkitab mengandungi Firman Allah (kerana ayat
‘mengandungi’ juga boleh bermaksud ada yang diinspirasi dan ada yang tidak);
tetapi, setiap perkataan yang tertulis di dalam Alkitab ialah hasil inspirasi
atau ilham Allah sendiri. “Semua yang
tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah.”
Satu lagi
perkara yang kita patut ingat ialah Alkitab
merupakan satu-satunya sumber wahyu utama yang diilhami dan ditulis kepada
manusia. Jika kita membaca Firman Allah pada muka surat yang terakhir di
Kitab Wahyu, TUHAN memberi peringatan yang keras bahawa tiada sesiapa pun yang
boleh menambahkan atau mengurangkan apa yang tertulis di dalam Alkitab
(22:18-19).
Apakah Perkara Utama di dalam Alkitab?
Walaupun Alkitab mengandungi 66 buah buku, ditulis
(lebih kurang) oleh 36 penulis dari pelbagai lapisan masyarakat dan status, dan
disampaikan pada masa yang berbeza sepanjang 1,600 tahun – ia mengandungi satu perkara atau watak utama iaitu Yesus
Kristus. Dia ialah tema utama di dalam Alkitab. Buku-buku Perjanjian Lama
mengandungi banyak ramalan dan nubuat tentang kedatangan Tuhan Yesus sebagai
Penyelamat yang akan menyelamatkan kita daripada dosa; manakala, buku-buku
Perjanjian Baru pula mengatakan tentang kedatangan Raja Yesus kali kedua pada
akhir zaman sebagai Hakim yang akan menghakimi setiap manusia.
Disini saya ada
menyediakan “Edisi Bacaan Alkitab Setahun” iaitu jadual membaca Alkitab
secara kronologi. Jika kamu mengikuti jadual membaca ini, dalam masa satu (1)
tahun, kamu sudah habis membaca keseluruhan Alkitab. Ada 3 cara untuk kamu
memiliki jadual bacaan ini secara percuma:
1)
Jika
kamu mengenal saya secara peribadi, sila SMS atau WhatsApp atau hubungi saya
terus dan saya akan memberikan kamu hard
copy;
2)
Jika
kamu ingin berhubung melalui Facebook account, kamu boleh meminta PDF file melalui FB Inbox ke “Richard
Angelus” atau sila beri e-mail kamu supaya saya boleh mengirim soft copy kepada kamu;
3)
Jika
kamu tidak keberatan, di bawah artikel ini juga disediakan jadual membaca dalam
format JPG.
No comments:
Post a Comment