Showing posts with label Kekhuatiran. Show all posts
Showing posts with label Kekhuatiran. Show all posts

Tuesday, May 19, 2020

Lima (5) Sebab Jangan Khuatir Menurut Matius 6:25-34

Ada Lima (5) Sebab Jangan Khuatir berdasarkan firman Yesus Kristus dalam Matius 6 #ServeToLead #InjilMatius #FirmanAllah #JanganKhuatir








Untuk mendengar episod podcast berikut, KLIK PAUTAN di bawah:

Matius 6:25-27 bit.ly/LegasiMatius47  
Matius 6:28-32 bit.ly/LegasiMatius48
Matius 6:33-34 bit.ly/LegasiMatius49


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Lima (5) Sebab Jangan Khuatir berdasarkan Matius 6:28-32


Untuk mendengar episod podcast Ringgit, Risau & Raja Kita: 5 Sebab Jangan Risau berdasarkan Matius 6:28-32 & untuk mengetahui konteks sebab-sebab di bawah, KLIK DI SINI > bit.ly/LegasiMatius48 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Ringgit, Risau dan Raja Kita: 5 Sebab Jangan Khuatir (Matius 6:28-32)


Mulanya Yesus Kristus berkata "lihatlah burung di udara" (Matius 6:26) dan kemudian, Dia berkata lagi "lihatlah bunga bakung di padang" (6:28). Apakah persamaan diantara mereka? Kedua-dua mereka tidak pernah khuatir! namun Allah Bapa tetap memberikan burung makan dan menghiasi bunga dengan indah. Bukankah kita lebih bernilai daripada burung dan lebih berharga daripada bunga? Tiga kali Yesus memerintah kita supaya "Jangan khuatir!" (6:25, 31, 34) #ServeToLead #InjilMatius #JanganKhuatir

Ada Lima (5) Sebab Kenapa Kita Jangan Khuatir, KLIK DI SINI untuk mendengar episod podcast ini > bit.ly/LegasiMatius48 ATAU melalui Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Saturday, May 16, 2020

Tiga (3) Kenyataan Yang Kamu Harus Garis dalam Alkitab berdasarkan Matius 6:25-27


Ibu pernah marah kepada saya dahulu dan berkata, "Cuba kamu ikut sikap abang kamu tu!" Kamu pernah dibandingkan sebegitu? Apabila kamu membaca Injil Matius bab 6 ayat 26, Yesus (oh, Dia bukan marah) juga pernah menggunakan teguran melalui perbandingan. Dia berfirman, "Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung?" Kita dibandingkan dengan burung. Wow!

Ambil Alkitab kamu dan buka kepada Matius 6:25-27, dengar episod podcast ini bit.ly/LegasiMatius47 ATAU melalui Spotify: http://bit.ly/LegasiSpotify & garis tiga ayat ini. Selamat mengkaji Alkitab #InjilMatius #ServeToLead



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, December 3, 2018

Angelus' Quote: Jangan Khuatiri Hari Esok


Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan mengkhuatiri hidupnya?... Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi
(Matius 6:27, 34,
BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian.

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati.

Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran. Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir. TUHAN sudah ada di masa depan kita.

Instagram --------> Richard_Angelus
Blog -> richardangelus.blogspot.my

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, November 28, 2018

Angelus' Quote: Iman Boleh Menjatuhkan Goliat dengan Sebiji Batu


Ketakutan menjadikan sesuatu itu lebih besar daripada apa yang sebenarnya. Kucing menjatuhkan pinggan di dapur pada waktu malam… hantu! Lampu kelap-kelip… Iblis! Suara macam Malik Noor dan badan penuh dengan tatu… gangster! Jika ketakutan ditambahkan dengan imaginasi negatif, kadang-kadang perkara yang kita bayangkan akan menjadi kenyataan. Kalau kamu takut tentang sesuatu atau dengan seseorang – JANGAN LARI KE BELAKANG, TETAPI MAJU KE DEPAN (bahasa kiasan dan kadang-kadang buat seperti apa yang dinyatakan). Kamu harus menghadapi iya atau dia dengan berfikiran bahawa dalam setiap ketakutan, yang menjadikan ia lebih menakutkan ialah – imaginasi kamu sendiri.

Pernah mendengar tentang pertarungan diantara Daud dan Goliat? Ketika Goliat, seorang yang berbadan gergasi, mencemuh orang Israel dan mencaci Nama TUHAN selama 40 hari berturut-turut, kesemua tentera Israel dan termasuk raja “kecut perut… dan sangat ketakutan” (1 Samuel 17:11). Kenapa? Kerana Goliat berbadan besar, berpengalaman dalam perang, mempunyai kelengkapan perang yang banyak dan berkemungkinan apabila dia mencemuh orang Israel, suara dia besar dan sangat menakutkan. Dikatakan lagi, “mereka dalam ketakutan yang amat sangat” (1 Samuel 17:25).

Tetapi apa yang Daud cakap dan fikir ketika melihat Goliat? Dia tidak memanggil Goliat sebagai gergasi tetapi seorang yang “cela… [dan] yang tidak bersunat” (17:26). Dia tidak memandang kelengkapan dan pengalaman Goliat tetapi dia mengingatkan kembali bagaimana dia pernah berlawan dengan singa dan beruang – dan menang! (17:34-36). Daud tidak mengendahkan suara Goliat yang merendah-rendahkannya tetapi dia berseru dengan “nama TUHAN” (17:45). Sekarang lihat perbuatannya: “Pada waktu [Goliat] maju mendekat untuk menghadapi Daud, berlarilah Daud dengan cepat…” Kemana? Kebelakang? Tidak! Daud berlari “…ke arah barisan perang musuh untuk menghadapi [Goliat] itu” (17:48). Daud maju ke depan MENGHADAPI musuh! Kamu pasti tahu apa yang terjadi seterusnya, kan? Daud berjaya menjatuhkan musuh dengan hanya menggunakan sebiji batu. Itu dikatakan iman yang hidup.

Rupa-rupanya, Goliat yang tinggi, gagah dan mempunyai suara yang besar dan menyeramkan ini sebenarnya tidaklah sekuat mana. Imaginasi orang Israel yang negatif telah melumpuhkan semangat mereka. Jika kamu berani pergi ke dapur, kamu akan menjumpai kucing, bukan hantu. Jika ada masalah lampu yang kelap-kelip, selalunya, kamu hanya perlu tukar starter, tidak perlu usir iblis. Jika kamu mendengar seorang bersuara besar seperti Malik Noor dan bertatu, kamu tidak perlu terlalu takut dengan menampilan fisikal dia, setiap hati seseorang ada taman. Semakin kamu lari daripada ketakutan kamu, semakin besar ‘Goliat’ yang akan kamu bayangkan; tetapi semakin kamu berani dengan iman (walaupun secara realitinya kamu masih takut) lari atau maju ke depan, semakin kecil ‘Goliat’ yang kamu lihat. Kalau betul apa yang kamu takut itu memang menakutkan, seperti anjing liar, jangan berimaginasi dengan liar juga… ambil sebiji batu [atau lima], kemudian – baling!

Instagram ---> Richard_Angelus

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, March 23, 2015

Orang Muda, Jangan Takut akan Sesama Manusia (Renungan tentang Yeremia 1:4-10)


TUHAN berfirman kepadaku [Yeremia], ‘Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, Aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.’ Aku menjawab, ‘Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda.’ Tetapi TUHAN menjawab, ‘Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!’ Kemudian TUHAN menghulurkan tangan-Nya, menyentuh mulutku dan berfirman, ‘Dengarlah, Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan. Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya” (Yeremia 1:4-10, BM).

TUHAN berfirman terus kepada Yeremia. Yeremia dipilih sebagai nabi khas bagi umat Israel. Yeremia ada misi khas dari TUHAN. Oleh itu, apa yang dijanjikan kepada nabi Yeremia (seperti “kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya”) tidak semesti apa yang dijanjikan oleh TUHAN kepada kita. Tetapi Firman-Nya; “Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu” harus menjadi dorongan dan kekuatan bagi setiap kita yang ingin mentaati-Nya dan melayani orang disekeliling kita.

Kita sebagai orang-orang muda seperti nabi Yeremia yang ingin mentaati TUHAN dan melayani orang lain pasti akan melalui banyak rintangan terutama sekali tentangan dan penolokkan daripada orang lain. Kita takut apabila kita tidak diterima. Saya sendiri kadang-kadang terfikir kalau-kalau ada orang yang tidak berpuas hati terhadap saya. Mungkin ada yang tidak suka dengan cara dan bagaimana saya melakukan sesuatu. Ada yang tidak setuju dan akan ada yang tersinggung. Saya sendiri juga mungkin ada melakukan kesilapan atau tersalah cakap dan mendapat kritikkan yang negatif. Takut akan sesama manusia adalah faktor utama yang menghalang kita dalam pelayanan bagi TUHAN.

Jadi TUHAN berfirman, “Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu.” Hadirat dan penyertaan-Nya lebih berharga dan penting daripada apa yang orang lain katakan tentang kita. TUHAN akan menyertai dan melindungi kita semasa dan melalui masalah yang kita akan alami kerana Nama-Nya. Melalui Yesus Kristus, janji yang sama juga sudah diberikan kepada kita sekarang; “Allah sudah berfirman, ‘Aku tidak akan membiarkan kamu, Aku tidak akan meninggalkan kamu.’ Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, ‘Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?’” (Ibrani 13:5-6); dan “Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?” (Roma 8:31).

Jadi, TUHAN berfirman kepada nabi Yeremia dan juga kepada kita orang-orang muda sekarang yang telah dipanggil oleh-Nya untuk mentaati dan melayani orang lain, “Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda... Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu.” Kerana TUHAN yang kita ada ialah Tuhan yang tidak akan meninggalkan kita. Kerana Dia telah memilih dan mempunyai rencana yang indah dalam kehidupan kita. Kerana Roh-Nya akan memimpin setiap pergerakkan dan percakapan kita. Kerana TUHAN sendiri akan bersama kita semasa kita mengalami tentangan atau penolakkan. Jangan takut. Jangan takut. Jangan takut.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Friday, December 5, 2014

Pengajaran kepada Si Khuatir


Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit
dengan mengkhuatiri hidupnya? …Oleh itu, jangan khuatiri hari esok,
kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok.
Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi” (Matius 6:27, 34, BM)

Kita tidak boleh mengubah masa silam, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan mengkhuatiri hari esok. Soalan: Berapa ramai daripada kita telah merosakkan hari ini dengan kekhuatiran? Kekhuatiran akan ada kesan sampingannya seperti ulser, perasaan tidak tenteram, tidur yang tidak lena dan sebagainya. Ia membuat kita berasa teruk dan tidak gembira. Ia akan menambahkan lagi masalah dan langsung tidak membawa kepada jalan penyelesaian. 

Soalan Yesus sebenarnya adalah kenyataan bahawa kita tidak dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan kekhuatiran – tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia! Jadi, betapa bodohnya kita jika kita sentiasa risau dan khuatir! Tetapi, kita mudah lupa tentang hal ini… Dalam kemanusiaan kita, kita boleh mencari 1001 alasan untuk sentiasa khuatir. Khuatir seperti ini adalah dosa kerana ia menunjukkan betapa kita tidak percaya kepada TUHAN. Bagi orang Kristian, jika kita khuatir, kita mungkin percaya bahawa TUHAN itu maha kuasa. Tetapi pada masa yang sama, perbuatan dan sikap kita mencerminkan pemikiran seperti ini: “Saya tidak pasti samada TUHAN peduli dan menjaga saya.” Jangan berfikir begini!

Kita harus yakin dan percaya bahawa TUHAN itu sentiasa setia. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak mudah mengubah fikiran-Nya. Dia tidak akan lupa tentang kita dan janji-janji-Nya untuk sentiasa mencukupkan dan memberkati kita. Dia akan sentiasa menjaga kita – setiap sudut dan ketika dalam kehidupan kita. Kekhuatiran tidak dapat menyembuhkan penyakit, memberi kita makan minum, membayar bil, dan menyelesaikan masalah. Tetapi TUHAN boleh! Dia seringkali menunggu kita untuk datang kepada-Nya dalam doa dan kerendahan hati. Permulaan iman adalah pengakhiran kepada kekhuatiran.

Serahkan semuanya kepada TUHAN – kerisauan, masalah, perkara doa – dan biarkan Dia menguruskannya. Lakukanlah yang terbaik dan buatlah sesungguhnya hari ini, kemudian serahkanlah semuanya kepada TUHAN dan jangan khuatir.

Jangan khuatiri hari esok,
TUHAN sudah ada di masa depan kita.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]