Showing posts with label Nabi. Show all posts
Showing posts with label Nabi. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Empat (4) Kebenaran dalam Pembaptisan Yesus Kristus (Berdasarkan Matius 3:13-17)

Untuk mendengar podcast, Kenapa Yesus Kristus yang TIADA Dosa Perlu Dibaptiskan? KLIK DISINI http://bit.ly/LegasiMatius8 



FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Ratapan Mesias Terhadap Yerusalem (Matius 23:37-39)

Apabila kita membaca Alkitab, selain daripada menggunakan akal fikiran, kita juga harus menjiwainya. Cuba bayangkan emosi dan intonasi Yesus Kristus apabila Dia berkata: "Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu" (Matius 23:37).

Marah? Kecewa? Sedih? Semuanya? Mari kita menyelidiki KENAPA Yesus berkata begini, APA yang akan terjadi kepada Yerusalem & SIAPA Yesus bagi mereka - dan BAGAIMANA semua ini sangat relevan kepada kamu dan saya masakini?

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius163 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, June 22, 2021

Yesus Kristus: 1 Peribadi Tetapi Memiliki 2 Sifat berdasarkan Matius 1

Menurut Alkitab, Yesus Kristus ialah seorang yang unik dalam sejarah - 1 Peribadi (1 Person) tetapi memiliki 2 Sifat (2 Natures). Sebagai manusia, Dia layak dicontohi; sebagai Ilahi, Dia layak disembah. Dua sifat ini boleh jelas dilihat dalam Matius bab 1 ��������� ��� #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod untuk petikan ini, KLIK DISINI: http://bit.ly/SpotifyMatius3

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                       
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify         
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/     

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Saturday, October 17, 2020

Mengapa & Bagaimana Yohanes Pembaptis Mati (Matius 14:1-12)

 

Herodes "telah memerintahkan supaya Yohanes ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus. Yohanes telah memberitahu Herodes, 'Mengambil Herodias sebagai isterimu adalah haram.' Herodes hendak membunuh Yohanes tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi" (Matius 14:3-5).

Kenapa saya berpendapat bahawa Herodes ialah seorang psikopat a.k.a. sakit jiwa? Tahukah kamu bahawa kerana dendam cita-cita Herodes tercapai? Bagaimana sumpah bodoh boleh menyebabkah kepala Yohanes dipancung? 😲😯😮 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius112 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/            
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/         
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Thursday, August 6, 2020

Yesus & Petanda Yunus (Matius 12:38-42)



Bermula dari Injil Matius bab 4 dan bab 8 sehingga bab 12, Yesus Kristus melakukan banyak mujizat: menyembuhkan pelbagai sakit, mengusir roh-roh iblis, membangkitkan orang mati, mengarahkan ribut dan ombak, dan sebagainya. Tetapi para ahli Taurat dan orang Farisi tetap juga mahu meminta mukjizat, “Guru," kata mereka kepada Yesus, "kami ingin melihat suatu tanda mukjizat daripada-Mu."

Jawab Yesus, “Manusia zaman yang durjana dan setia ini ingin melihat tanda mukjizat. Tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali tanda nabi Yunus" (Matius 12:38-39). Wow! Apakah yang dimaksudkan dengan "tanda nabi Yunus"? Jom dengar episod ini 🤔😊🙏 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius99 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Jangan Mengkufuri Roh Kudus (Matius 12:22-29)



Dengan memetik nubuat nabi Yesaya tentang Yesus Kristus, TUHAN berfirman, "Aku akan menaruh Roh-Ku ke atas-Nya" (Matius 12:18), apa yang Matius ingin sampaikan ialah: segala perkerjaan Yesus di dunia dilakukan dengan kuasa "Roh Allah" (12:28) atau Roh Kudus. Tetapi bagi orang Farisi - yang ada kesombongan rohani dan buta rohani - mereka menuduh bahawa Yesus melakukan semua hal itu kerana "diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh jahat" (12:24). Apa respon Yesus? Apa bukti Yesus? Kenapa Yesus melakukan semua ini? 😊⚡📖 #InjilMatius #ServeToLead

Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius96 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/       
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/      
Instagram: https://instagram.com/legasi.tv/      
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Tuesday, July 7, 2020

Yohanes Pembaptis, Nabi Yang Paling Hebat (Matius 11:7-15)



Yesus Kristus berkata bahawa Yohanes Pembaptis "lebih daripada seorang nabi" (Matius 11:9). Malah, "di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis" (ayat 11). Wow! Jika Yesus berkata begitu, maka, Yohanes betul-betul hebat.

Tetapi "lebih" dari segi apa? Apakah keunikan pelayanannya? Dan kenapa Yesus mahu orang mengetahui dan mengenali siapa Yohanes sebenarnya? SEBABNYA pasti akan membuka mata kamu! 🙂💪📖 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius86 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Menyambut Seorang Nabi, Menerima Murid Yesus & Secawan Air Sejuk (Matius 10:41-42)



Kenapa dalam Matius bab 10, Yesus Kristus selalu menekankan tentang topik "disambut" atau tidak? "Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu..." (ayat 14); "Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga..." (ayat 40); "Sesiapa yang menyambut seorang nabi [dan] seorang yang benar... (ayat 41).

Ayat "menyambut" dalam konteks ini bermaksud menerima orang yang mengkhabarkan DAN pengkhabaran tentang Injil Kerajaan Syurga. Orang dan mesejnya tidak boleh dipisahkan. Tetapi kenapa para murid Yesus perlu tahu tentang hal ini? Kenapa ganjaran para murid-Nya juga akan diberikan kepada orang yang menyambut mereka? Apa ganjaran itu? 😉⚡📖 #InjilMatius #ServeToLead

Untuk mendengar episod Podcast ini, KLIK DI SINI > http://bit.ly/LegasiMatius83 ATAU Spotify > http://bit.ly/LegasiSpotify

YouTube: http://bit.ly/LEGASItv   

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, May 24, 2020

Nabi Palsu: Serigala Dengan Pakaian Domba (Matius 7:15-20)


"Berjaga-jagalah," amaran Yesus Kristus kepada para murid-Nya, "tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas" (Matius 7:15). Rasul Paulus juga berkata, "Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini..." (Kisah Para Rasul 20:29). Nabi-nabi dalam Perjanjian Lama, Tuhan Yesus sendiri dalam kitab-kitab Injil dan surat-surat para rasul dalam Perjanjian Baru banyak kali sudah memberi amaran tentang guru-guru dan nabi-nabi palsu. Berjaga-jaga!

Dalam episod podcast kali ini, saya akan menerangkan tentang bagaimana kita boleh mengenalpasti samada guru-guru atau 'nabi-nabi' yang kamu dengar, tonton dan pelajari itu PALSU atau datang daripada Allah ✅❎ KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius55 atau Spotify > https://anchor.fm/LEGASI.tv/ 


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Tuesday, May 19, 2020

Satu (1) Prinsip Untuk Seluruh Ajaran Taurat dan Nabi-Nabi (Matius 7:12)


Ayat Matius 7:12 sangat ringkas tetapi juga seringkali disalah tafsir: "Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi." Apa konteks ayat ini? Bagaimana untuk mentafsir ayat ini? Kenapa ayat ini ialah prinsip utama dalam ajaran Taurat dan nabi-nabi? #ServeToLead #InjilMatius #TheGoldenRule

Untuk mendengar episod podcast Pengajian Alkitab Injil Matius 7:12, KLIK DI SINI > https://bit.ly/LegasiMatius53 ATAU melalui Spotify > https://anchor.fm/LEGASI.tv/


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Monday, January 13, 2020

Yesus & Hukum Taurat: Menunaikan, BUKAN Menghapuskan (Matius 5:17-18)



Yesus datang bukan untuk menentang atau menghapuskan Taurat Allah tetapi untuk menggenapi atau menunaikannya. Jika kamu membaca Matius bab 5 hingga 7, malah seluruh kitab-kitab Injil, Yesus seakan-akan menolak dan melanggar Hukum Taurat tetapi sebenarnya TIDAK! Yesus SEBENARNYA menolak "ajaran nenek moyang" (5:21, 33) atau hukum-hukum manusia yang diajar oleh orang-orang Farisi dan guru-guru Taurat yang menyimpang dan lari daripada tafsiran yang benar #ServeToLead #InjilMatius Dalam podcast ini, kita akan belajar apa maksud:

* "Taurat dan ajaran nabi-nabi" (ayat 17a)
* "bukan untuk menghapuskan... tetapi... menunaikan" (ayat 17b)
* "satu titik atau huruf terkecil" (ayat 18a)
* dan apakah sikap dan pengertian kita tentang Hukum Taurat pada masa sekarang
_____________


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, August 13, 2017

Seluruh Rakyat Yehuda Berkata kepada Yeremiah, "Engkau Harus Mati!" (Yeremiah 26:8-11)


Setelah Yeremia selesai menyampaikan [Firman] yang diperintahkan TUHAN untuk dikatakan kepada seluruh rakyat itu, maka para imam, para nabi, dan seluruh rakyat menangkapnya sambil berkata, ‘Engkau harus mati! Mengapa engkau bernubuat atas nama TUHAN, mengatakan, ‘Bait ini akan menjadi seperti Silo dan kota ini akan menjadi reruntuhan sehingga tidak berpenduduk?’ Lalu seluruh rakyat mengerumuni Yeremia di Bait TUHAN. Ketika para pembesar Yehuda mendengar tentang hal itu, datanglah mereka dari istana raja ke Bait TUHAN lalu duduk di depan Pintu Gerbang Baru di Bait TUHAN. Para imam dan para nabi berkata kepada para pembesar dan kepada seluruh rakyat demikian, ‘Orang ini patut dihukum mati, kerana dia telah bernubuat menentang kota ini seperti yang kamu dengar dengan telingamu sendiri’
(Yeremia 26:8-11,
AVB)

Tugas seorang nabi bukannya senang. Nabi Yeremia – nabi Allah yang benar – mempunyai tugas yang sukar. Dia seringkali memberitakan perintah dari TUHAN, kebenaran yang keras kepada seluruh rakyat Yehuda. Oleh itu, mereka sangat membenci dia. Sebagai nabi, dia tidak boleh berdiam, dia harus memberitakan Firman Allah. “Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak” (Yeremia 20:8). Jika dia berdiam, “maka dalam hati[nya] ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulang[nya]” (20:9). Secara ringkas, firman yang harus Yeremia beritakan ialah: Bertaubatlah, atau kota Yerusalem akan dimusnahkan!

Saya berasa sedih dengan sikap dan respon orang Yehuda. Mereka seolah-olah meletakkan identiti mereka bukan kepada TUHAN Allah Israel, tetapi kepada Kota Yerusalem. Kesedaran bahawa dosa dan carahidup mereka yang membuatkan Allah murka tidak menjadi suatu masalah bagi mereka. Mereka mencintai Kota Yerusalem, tetapi Allah itu seakan-akan tiada dalam fikiran mereka. Bila Yeremia bernubuat “kota ini akan menjadi reruntuhan,” mereka terus melenting dan marah kepadanya. Bagi mereka, kata-kata Yeremia ini merupakan suatu ancaman besar. Mereka berkata “Engkau harus mati!” Kemarahan menjadi kebencian, kebencian menjadi malapetaka! Mereka sedar bahawa Yeremia “bernubuat atas nama TUHAN” tetapi tetap mereka berkata, “Orang ini patut dihukum bunuh.”

Perkara yang membuatkan kita marah merupakan suatu petanda tentang apa sebenarnya yang tersimpan di dalam hati kita. Orang Farisi marah kepada Yesus disebabkan Dia menentang ajaran mereka; Yesus marah bila melihat Rumah TUHAN menjadi sarang perompak. Satu kerana ego dan dosa, satu lagi kerana kehormatan Allah dan mengasihi sesama kita. Apakah perkara yang membuatkan kamu marah? Apakah kebenaran yang ternyata yang menyebabkan kamu marah? Selidiki kemarahan itu. Punca dan kenapa. Kemungkinan ia ialah kemarahan yang benar. Atau, seperti seluruh rakyat Yehuda yang ingin membunuh nabi Yeremia itu, kamu marah kerana disebalik respon dan tindakan kamu itu – kemarahan kamu – ada dosa yang gelap dan berhala yang masih lagi tersimpan di dalam hidup dan hati kamu…

Kembalilah…” (iaitu bertaubah) kata TUHAN,
“…kerana Aku ini pemurah… Akulah tuanmu” (3:12, 14)
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.



Best Blogger Tips

Saturday, August 12, 2017

Allah Menyeru Umat-Nya, "Kembalilah!" (Yeremia 3:12-14)


Pergilah, serukanlah kata-kata ini ke utara. Katakanlah, ‘Kembalilah, wahai Israel, perempuan murtad… Aku tidak akan memandang kamu dengan murka, kerana Aku ini pemurah,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku tidak akan memendam murka untuk selama-lamanya. Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad kerana Akulah tuanmu’”
(Yeremia 3:12-14,
AVB)

Kerajaan Israel di Utara telah dimusnahkan hampir seratus tahun dahulu semasa Firman ini difirmankan oleh nabi Yeremia kepada Kerajaan Yudah di Selatan. Ianya sebenarnya untuk mengajar dan menegur mereka supaya tidak mengikuti jejak langkah Israel yang telah musnah. Dahulu Israel, sekarang Yudah yang diibaratkan sebagai “perempuan murtad” dan “anak-anak murtad” telah menderhaka dan curang kepada Allah dengan menyembah berhala-berhala dan tuhan-tuhan palsu yang disembah oleh bangsa-bangsa asing disekeliling mereka. Namun begitu, TUHAN Allah masih memanggil Yudah seperti seorang Bapa yang rindu memanggil anak-anaknya untuk kembali kepangkuannya: “Kembalilah!

Dia tidak mengarah umat-Nya untuk kembali. Dia seolah-olah seperti merayu demi kebaikkan mereka untuk kembali semula kepada-Nya. “Kamu telah membuat Aku murka,” kata TUHAN, “tetapi Aku ini pemurah.”

Bagi saya, sangat sukar dan segan untuk saya kembali semula kepangkuan ibubapa yang hati telah saya sakiti. Tetapi seperti kebanyakkan ibubapa, tidak kira betapa degil seorang anak itu, tidak kira betapa anaknya telah memalukan mereka, ibubapa tetap ibu dan bapa, dan mereka tetap akan mengasihi anak mereka. Mereka akan menyambut anak itu dengan sukacita sekiranya dia kembali semula. Ya, memang ada ibubapa yang tidak sanggup menerima anak itu kembali walaupun dia telah menyesal akan perbuatannya. Tetapi TUHAN kita tidak seperti itu. Dia masih menunggu kepulangan kita: “Kembalilah!

Aku ini pemurah,” kata TUHAN Allah. “Aku penuh belas kasihan” (BM)
Kamu masih belum terlambat.
Adakah hari ini kamu akan kembali semula kepada-Nya?
                                                       THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.                     


Best Blogger Tips

Friday, August 19, 2016

Apakah Respon Musa Apabila Ada Orang Lain Bernubuat Seperti Nabi? (Bilangan 11)


Maka keluarlah Musa lalu disampaikannya firman TUHAN kepada bangsa itu. Dia mengumpulkannya tujuh puluh orang daripada kalangan tua-tua bangsa itu dan disuruhnya mereka berdiri di sekeliling Khemah. Kemudian TUHAN hadir dalam awan dan berfirman kepada Musa. Diambil-Nya sebahagian daripada Roh yang ada pada Musa, lalu diletakkan-Nya pada kesemua tujuh puluh tua-tua umat itu. Ketika Roh itu turun ke atas mereka, bernubuatlah mereka seperti nabi, tetapi sesudah itu mereka tidak lagi bernubuat. Akan tetapi, ada dua orang tertinggal di perkhemahan, seorang bernama Eldad dan seorang lagi bernama Medad… Roh itu pun turun ke atas mereka dan mereka bernubuat seperti nabi di perkhemahan… Yosua anak Nun, yang menjadi pembantu Musa sejak masa mudanya, berkata, ‘Tuanku Musa, cegahlah mereka!’ Tetapi kata Musa kepadanya, ‘Adakah kamu mencemburui hal itu demi mendukung aku? Kalau sahaja seluruh umat TUHAN menjadi nabi kerana TUHAN mengurniakan Roh-Nya kepada mereka!’
(Bilangan 11:24-26, 28-29, Alkitab Versi Borneo)

Musa sudah hampir burning out. Tugas yang diberikan oleh TUHAN kepadanya sangat besar dan adalah sangat mustahil bagi dia untuk melakukannya sendirian (walaupun Miriam dan Harun memimpin bersamanya). Jadi TUHAN meletakkan “sebahagian daripada Roh yang ada pada Musa” kepada “kesemua tujuh puluh tua-tua umat” atau pemimpin-pemimpin Israel. Selepas itu, Alkitab mengatakan bahawa ada dua orang daripada mereka – Eldad and Medad – keluar dari Khemah Allah dan mula bernubuat secara terbuka di kawasan perkhemahan orang Israel. Pada masa itu, Yosua merasakan ini merupakan suatu masalah yang besar!

Kenapa? Pada pendapat saya, Yosua melihat ‘tragedi’ ini sebagai suatu ancaman terhadap kepimpinan Musa. Sebelum ini hanya Musa yang bernubuat bagi orang Israel. Oleh itu, Yosua “mencemburui” hal itu kerana dia sangat ingin melindungi kepimpinan dan keunikkan tuannya Musa sebagai nabi orang Israel. Mungkin juga Yosua melihat Eldad dan Medad sebagai ancaman kepada kedudukannya sendiri. Dia menyeru supaya Musa mencegah atau sekurang-kurangnya menegur para nabi tersebut supaya tidak bernubuat lagi. Tetapi bagi Musa, dia tidak terasa diamcam. Malah dia mengalakkan supaya (jika boleh) “seluruh umat TUHAN menjadi nabi”! Musa tidak cemburu. Musa tidak rasa tergugat. Musa berharap semua orang diberkati oleh TUHAN, bukan dia sahaja. Memang padanlah apabila Firman Allah berkata: “Musa seorang yang begitu lembut hatinya, bahkan lebih lembut daripada semua umat yang berada di muka bumi ini” (Bilangan 12:3).

Dalam perkara-perkara rohani, ego boleh menjadi penghalang kepada kepimpinan kita. Melalui kes diatas, kita diingatkan oleh Musa supaya jangan terasa cemburu apabila ada orang lain dipanggil oleh TUHAN dan mempunyai kebolehan yang sama (atau lebih lagi) daripada kita. Semuanya tentang kemuliaan TUHAN, bukan tentang kemuliaan kita sendiri. Sebagai pemimpin, kita harus memberi galakkan dan mengajar orang lain untuk melayani TUHAN dan umat-Nya. Kita memimpin mereka supaya Kerajaan Allah yang harus diutamakan, bukan agenda kita didahulukan. Jika difikirkan baik-baik, sebenarnya kita tidak harus mendapat kredit apabila sebenarnya Roh Allah yang bekerja dalam kehidupan kita. Jauhi rasa cemburu dan ego dalam hal-hal rohani.


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Thursday, August 7, 2014

Kebenaran Allah: Nabi Mikha dan 400 "Pengampu" Kerajaan Ahab


Realiti: Ramai pemimpin politik dan pemimpin agama di Malaysia sekarang dikelilingi oleh pengikut-pengikut (atau kuncu-kuncu) yang suka mengampu (untuk mendapat keuntungan) – bercakap sesuatu yang indah-indah sahaja dan ‘positif’ untuk mengambil hati mereka yang mendengarnya. Mereka sanggup bercakap bohong atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama mereka agar dapat diterima oleh majoriti masyarakat. Bagi nabi TUHAN di dalam Alkitab yang sebenar pula, ini tidak akan berlaku. Nabi sebenar (apabila mereka diminta untuk menasihati raja) hanya mengkhabarkan Firman daripada Allah sahaja – yang baik mahupun yang buruk. Jadi, apabila 400 nabi-nabi palsu berkata “Ya” and hanya seorang nabi sahaja yang berkata “Tidak” contohnya, maka nabi yang benar akan dibenci dan tidak disukai oleh orang ramai.

Ini yang berlaku di dalam kitab 1 Raja-raja 22. Pada masa itu, Israel dibahagikan kepada dua kerajaan: Yosafat ialah raja dari kerajaan selatan manakala Ahab ialah raja dari kerajaan utara. Apabila raja Ahab mencadangkan supaya kedua-dua kerajaan bergabung untuk menyerang kota Ramot, Yosafat memberi respon kepada Ahab dengan berkata, “Tetapi marilah kita bertanya kepada TUHAN dahulu” (1 Raja-raja 22:5, BM).

Oleh itu, raja Ahab segera mengumpulkan lebih kurang 400 nabi-nabi untuk menasihati dan bernubuat baginya. Semua mereka (mengampu!) berkata, “Seranglah. TUHAN akan memberikan kemenangan kepada tuanku” (ayat 6). Saya merasakan bahawa raja Ahab sekarang tersenyum lebar apabila mendengar nubuat mereka. Semua mereka menyatakan ‘nubuat’ yang raja ingin dengar. Namun begitu, raja Yesafat seperti tidak selesa dengan nubuat mereka itu dan bertanya sekiranya ada nabi lain yang boleh menanyakan hal ini. Raja Ahab menjawab ada seorang lagi nabi yang sangat dibenci olehnya kerana “dia tidak pernah bernubuat tentang perkara yang baik... dia selalu bernubuat tentang hal yang buruk” (ayat 8). Nabi itu ialah Mikha anak Yimla.

Setelah dipujuk (mungkin juga dihasut atau diugut) oleh pengawai raja untuk bersetuju dengan nubuat nabi-nabi yang lain, Mikha menjawab, “Demi TUHAN yang hidup, saya berjanji bahawa saya hanya akan mengatakan apa yang difirmankan-Nya!” (ayat 14). Dan apabila menghadap kedua-dua raja, nabi Mikha seperti menyindir raja Ahab dengan ‘bersetuju’ dengan nubuat nabi-nabi yang lain. Mungkin raja Ahab mengetahui sindirannya dan mentitahkan Mikha untuk berkata benar dihadapannya. Mikha dengan beraninya menjawab, “Inilah yang telah berlaku. TUHAN telah membuat nabi-nabi tuhanku berdusta kepada tuanku. Tetapi TUHAN sendiri telah menentukan bahawa tuanku akan ditimpa malapetaka!” (ayat 23). Dengan kata lain, raja Ahab akan mati dalam petempuran kerana TUHAN tidak menyertai dia.

Seperti kebiasaannya juga, apabila pengampu-pengampu merasakan bahawa mereka ditentang oleh kebenaran – mereka tidak berpuas hati (kembali kepada realiti di Malaysia). Salah seorang daripada nabi-nabi palsu itu, Zedekia anak Kenaana, datang  menghampiri Mikha lalu menampar pipinya! Zedekia mungkin boleh mencederakan hamba TUHAN, namun dia tidak mampu menghalang Firman Allah daripada menjadi nyata. Kebenaran tidak boleh disorok dan dihalang! Sementara Mikha dipenjarakan kerana bercakap benar, kedua-dua raja pergi berperang. Akhirnya, walaupun raja Ahab menyamar menjadi askar biasa, dia dicederakan oleh anak panah and mati dalam keadaan yang teruk sekali. Maka, raja Ahab mati “seperti yang difirmankan TUHAN” (ayat 38). [Baca kitab 1 Raja-raja bab 22 di dalam Alkitab Perjanjian Lama untuk mengetahui cerita yang lebih jelas lagi].

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Banyak, tetapi kita hanya fokus kepada nabi Mikha. Mikha ialah seorang nabi dan hamba TUHAN yang berani dan sanggup bertindak (walaupun sendirian) demi kebenaran. Dia bercakap bukan kerana ego atau keyakinan pada diri sendiri atau mengamalkan sikap berfikiran positif, tetapi dia “hanya mengatakan apa yang difirmankan TUHAN,” iaitu, jika diaplikasikan kepada kita hari ini – dia bercakap berdasarkan kebenaran di dalam Firman Allah, (Alkitab) dan bertindak sesuai dengan firman-Nya (dia sangat tegas, tetapi pada masa yang sama dia menghormati raja dengan memanggil raja Ahab “tuanku” bukannya “hoi!”). Dia tidak mudah hilang pegangan walaupun majoriti berkata sesuatu sebaliknya. Dia sanggup mengambil risiko (dihasut, diugut, ditampar, dipenjarakan) demi imannya kepada TUHAN.

Jika kamu membandingkan semua ciri-ciri nabi Mikha yang dinyatakan dengan diri kamu:
Apakah perbezaannya? Apakah persamaannya?
Apakah yang boleh kamu belajar melalui cerita ini?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Wednesday, August 6, 2014

Kesetiaan Allah: Nabi Hosea Mengahwini Gomer seorang Pelacur


Negeri ini tidak mengenal makna kesetiaan ataupun kasih.
Penduduknya tidak mengakui Aku sebagai Allah” (Hosea 4:1, BM)

Ada orang mengatakan bahawa Alkitab ialah sebuah buku yang sangat bosan untuk dibaca. Saya berpendapat, jika ada pun mereka ini membaca Alkitab mereka sekurang-kurangnya akan membaca kitab Kejadian sampai Keluaran dan kemudian berhenti atau tergendala pada kitab Imamat. Mungkin ada juga yang membaca sedikit sebanyak buku Mazmur dan Amsal, tetapi jarang diantara mereka ada membaca tentang kitab yang ditulis oleh nabi Hosea. Ramai orang suka membeli majalah untuk membaca tentang artikel-artikel seks, hiburan sensasi, berita hangat, dan cerita-cerita yang menarik – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa semua ini mereka boleh baca di dalam Alkitab, terutamanya di dalam kitab Hosea.

Ceritanya sangat menarik (Baca Hosea bab 1 hingga 3). Hosea dipanggil untuk menyampaikan perkhabaran TUHAN kepada umatnya sendiri iaitu orang Israel di kerajaan utara. Pada masa itu, berbanding dengan kerajaan selatan yang mempunyai sedikit sahaja raja-raja yang takut akan TUHAN untuk membawa mereka ke jalan yang benar, kerajaan utara langsung tidak ada seorang pun raja yang takut akan TUHAN. Kesemua mereka sangat jahat – membawa ramai orang jauh daripada TUHAN dan memimpin orang untuk menyembah berhala. Oleh kerana kerajaan utara agak makmur dan kukuh, mereka merasakan bahawa mereka tidak memerlukan TUHAN lagi! (Bukankah ini seperti Malaysia sebelum banyak peristiwa dahsyat yang berlaku kepada kita?).

Maka TUHAN memanggil Hosea untuk memberitakan perkhabaran-Nya kepada kerajaan utara melalui enam raja-raja terakhir yang memerintah sehinggalah seluruh kerajaan Israel jatuh ke tangan kerajaan Asyur. Perkhabaran TUHAN adalah mudah sekali: Umat-Nya Israel sangat tidak setia kepada-Nya kerana telah melakukan “penzinaan” melalui penyembahan berhala.

Tahukah kamu bagaimana TUHAN ingin menyampaikan isi hati-Nya kepada orang Israel yang tidak setia dan degil ini? Dia berfirman kepada nabi Hosea, “Kahwinlah dengan seorang perempuan yang suka pelacur; dan anak-anakmu juga akan menjadi seperti dia. Umat-Ku sama seperti isterimu itu; mereka tidak setia kepada-Ku dan telah meninggalkan Aku” (Hosea 1:2, BM). Wow! Bayangkan kamu mendengar firman seperti ini semasa kamu sedang bersuka-suka melayani internet! Sangat diluar jangkaan perintah TUHAN kepada Hosea!

TUHAN ingin menyampaikan perkhabaran kepada orang Israel dengan cara yang sangat mengejutkan sekali (Ini barulah, ‘Dahsyat luar biasa!’). Pada masa dulu, kehidupan seorang nabi seringkali diperhatikan oleh orang ramai – mereka ingin mendengar perkhabaran daripada TUHAN, walaupun mereka selalunya akan menolok perkhabaran itu sekiranya mereka tidak senang dengan isi kandungannya. Jadi, bayangkanlah reaksi mereka apabila mereka melihat Hosea, seorang nabi pergi ke tempat pelacuran dan membawa Gomer, seorang pelacur ke gereja (sebagai contoh) dan berkahwin dengannya. Ini bukanlah artis sensasi yang berkahwin, ini ialah seorang nabi berkahwin dengan pelacur!

Tidak lama kemudian Gomer mengandung dan melahirkan tiga orang anak. Kita tidak pasti samada anak-anak itu ialah dari Hosea atau tidak, namun yang pasti walaupun Hosea berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan setia, Gomer, seorang pelacur yang tegar, telah lari bersama-sama dengan kekasihnya meninggalkan Hosea. Ini bukan drama Korea atau cerita cinta di TV3, ini ialah kisah cinta yang benar berlaku kepada TUHAN dan Hosea!

Ceritanya tidak berakhir begitu sahaja, TUHAN sekali lagi berfirman kepada Hosea untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita manusia, Dia berkata, “Pergilah lagi dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala” (Hosea 3:1, BM). Jadi, Hosea membayar wang untuk mendapatkan Gomer semula, mendisiplinkan dia, mengasihi dia seperti sediakala, dan menjaga dia dengan penuh kasih sayang (untuk mengetahui kisah selanjutnya, bacalah kitab buku Hosea dalam Alkitab Perjanjian Lama).

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Secara ringkas: TUHAN sangat mengasihi umat-Nya – orang Kristian yang menjadi umat-Nya melalui Yesus Kristus – dan walaupun kita melakukan kesilapan dan jatuh kedalam dosa, Dia ingin kita kembali kepada-Nya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memberikan kita peluang untuk datang kepada-Nya semula. Persoalannya, setelah membaca tentang pelanggaran dosa umat-Nya dan kisah cinta TUHAN kita, apakah respon kamu kepada kasih-kurnia-Nya?

Alkitab, sebuah buku yang bosan? No way bro!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]