“Setelah Yeremia selesai menyampaikan [Firman] yang diperintahkan
TUHAN untuk dikatakan kepada seluruh rakyat itu, maka para imam, para nabi, dan
seluruh rakyat menangkapnya sambil berkata, ‘Engkau harus mati! Mengapa engkau bernubuat atas nama TUHAN,
mengatakan, ‘Bait ini akan menjadi seperti Silo dan kota ini akan menjadi
reruntuhan sehingga tidak berpenduduk?’ Lalu seluruh rakyat mengerumuni
Yeremia di Bait TUHAN. Ketika para pembesar Yehuda mendengar tentang hal itu,
datanglah mereka dari istana raja ke Bait TUHAN lalu duduk di depan Pintu
Gerbang Baru di Bait TUHAN. Para imam dan para nabi berkata kepada para
pembesar dan kepada seluruh rakyat demikian, ‘Orang ini patut dihukum mati, kerana dia telah bernubuat menentang kota
ini seperti yang kamu dengar dengan telingamu sendiri’”
(Yeremia 26:8-11, AVB)
(Yeremia 26:8-11, AVB)
Tugas seorang nabi bukannya
senang. Nabi Yeremia – nabi Allah yang benar – mempunyai tugas yang sukar. Dia
seringkali memberitakan perintah dari TUHAN, kebenaran yang keras kepada
seluruh rakyat Yehuda. Oleh itu, mereka sangat membenci dia. Sebagai nabi, dia
tidak boleh berdiam, dia harus memberitakan Firman Allah. “Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak” (Yeremia
20:8). Jika dia berdiam, “maka dalam hati[nya]
ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulang[nya]”
(20:9). Secara ringkas, firman yang harus Yeremia beritakan ialah: Bertaubatlah,
atau kota Yerusalem akan dimusnahkan!
Saya berasa sedih dengan
sikap dan respon orang Yehuda. Mereka seolah-olah meletakkan identiti mereka
bukan kepada TUHAN Allah Israel, tetapi kepada Kota Yerusalem. Kesedaran bahawa
dosa dan carahidup mereka yang membuatkan Allah murka tidak menjadi suatu
masalah bagi mereka. Mereka mencintai Kota Yerusalem, tetapi Allah itu
seakan-akan tiada dalam fikiran mereka. Bila Yeremia bernubuat “kota ini akan menjadi reruntuhan,” mereka terus
melenting dan marah kepadanya. Bagi mereka, kata-kata Yeremia ini merupakan
suatu ancaman besar. Mereka berkata “Engkau harus mati!”
Kemarahan menjadi kebencian, kebencian menjadi malapetaka! Mereka sedar bahawa
Yeremia “bernubuat atas nama TUHAN”
tetapi tetap mereka berkata, “Orang ini patut
dihukum bunuh.”
Perkara yang membuatkan kita marah merupakan suatu
petanda tentang apa sebenarnya yang tersimpan di dalam hati kita. Orang Farisi marah kepada Yesus disebabkan Dia
menentang ajaran mereka; Yesus marah bila melihat Rumah TUHAN menjadi sarang
perompak. Satu kerana ego dan dosa, satu lagi kerana kehormatan Allah dan
mengasihi sesama kita. Apakah perkara yang membuatkan kamu marah? Apakah
kebenaran yang ternyata yang menyebabkan kamu marah? Selidiki kemarahan itu.
Punca dan kenapa. Kemungkinan ia ialah kemarahan yang benar. Atau, seperti seluruh
rakyat Yehuda yang ingin membunuh nabi Yeremia itu, kamu marah kerana disebalik
respon dan tindakan kamu itu – kemarahan kamu – ada dosa yang gelap dan berhala
yang masih lagi tersimpan di dalam hidup dan hati kamu…
“Kembalilah…”
(iaitu bertaubah) kata TUHAN,
“…kerana Aku ini
pemurah… Akulah tuanmu” (3:12,
14)
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment