“Betapa sunyinya kota
itu, yang dahulu ramai penduduknya! Kini kota itu bagaikan seorang balu, padahal
dahulu besar dalam kalangan bangsa! Ratu antara wilayah itu kini menjadi buruh
paksa! Sedu-sedan tangisannya pada malam hari, air matanya meleleh di pipi. Di
antara semua kekasihnya, tiada seorang pun yang menghibur dirinya. Semua
sahabatnya mengkhianatinya, mereka kini menjadi musuhnya. Yehuda kini dalam
pembuangan kerana kesusahan dan perhambaan yang berat…”
(Ratapan 1:1-3, AVB)
(Ratapan 1:1-3, AVB)
Yerusalem merupakan Kota
Suci, Kota Daud. Ia ialah tempat dimana Rumah TUHAN dibina. Allah pernah
berkata, “Nama-Ku akan tinggal di
sana” (baca 2 Raja-Raja 23:27). Sekarang kota Yerusalem rosak teruk,
runtuh dan mundur kerana ia merupakan tempat umat Allah melakukan kekejian dan
menyembah pelbagai berhala. Ini merupakan tempat dimana segala kemurahan dan
kebaikan Allah ditolak dan Firman-Nya dilupakan – malah mereka meninggalkan
Allah Israel.
Disini nabi Yeremia menggambarkan Yerusalem
sebagai “seorang balu.”
Personaliti yang diberikan kepada kota ini menunjukkan bahawa apa yang terjadi
kepada Yerusalem bukan kerana kota itu sendiri, tetapi kerana umat yang tinggal di dalam kota itu. Dan
ianya bukan hanya terjadi kepada umat
Yerusalem, tetapi disebabkan oleh umat itu sendiri. Kelakuan dan perbuatan mereka
menjadikan mereka seperti “seorang balu”
yang ditinggalkan suaminya – iaitu, Allah Israel.
Hati Bapa hancur bila
Yerusalem dimusnahkan. Allah menyeru untuk mereka kembali, tetapi mereka tidak
mengendahkan-Nya; Allah mahu mereka balik, tetapi mereka terus-menerus berbuat
dosa; Allah ingin mengampuni tetapi mereka tidak mahu bertaubat. “Balu” yang kehilangan suami; “Balu” yang menangis sendirian; “Balu” yang mulanya ratu kini menjadi
hamba. Salah siapa? Umat-Nya sendiri…
Namun, Allah sungguh-sungguh
mengasihi umat-Nya. “Pada waktu itu [bila Israel kembali] engkau akan memanggil Aku, ‘Suamiku’…”
(Hosea 2:16). Bila Allah menyuruh nabi Hosea berkahwin semula dengan isterinya
yang curang, ia sebenarnya menggambarkan kasih Allah yang setia: “Pergilah, tunjukkanlah cintamu kepada seorang perempuan yang
berzina dan juga dicintai lelaki lain sama seperti TUHAN mencintai orang Israel sungguhpun mereka berpaling kepada
tuhan-tuhan lain…” (Hosea 3:1). Wahai kamu yang seperti “seorang balu”, seperti “isteri yang berzina,” kembalilah kepada
TUHAN Allah!
Biar tangisanmu menjadi sukacita,
Biar musuhmu menjadi sahabat,
Biar kamu tidak diperhambakan lagi oleh dosamu.
“Kembalilah…”
(Yeremia 3:13, 14)
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment