“Pergilah, serukanlah kata-kata ini ke utara. Katakanlah, ‘Kembalilah, wahai Israel, perempuan murtad…
Aku tidak akan memandang kamu dengan murka, kerana Aku ini pemurah,’
demikianlah firman TUHAN. ‘Aku tidak akan
memendam murka untuk selama-lamanya. Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau
telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu
dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’
demikianlah firman TUHAN. ‘Kembalilah,
wahai anak-anak yang murtad kerana Akulah tuanmu…’”
(Yeremia 3:12-14, AVB)
(Yeremia 3:12-14, AVB)
Kerajaan Israel di Utara
telah dimusnahkan hampir seratus tahun dahulu semasa Firman ini difirmankan
oleh nabi Yeremia kepada Kerajaan Yudah di Selatan. Ianya sebenarnya untuk
mengajar dan menegur mereka supaya tidak mengikuti jejak langkah Israel yang
telah musnah. Dahulu Israel, sekarang Yudah yang diibaratkan sebagai “perempuan murtad” dan “anak-anak murtad” telah menderhaka dan
curang kepada Allah dengan menyembah berhala-berhala dan tuhan-tuhan palsu yang
disembah oleh bangsa-bangsa asing disekeliling mereka. Namun begitu, TUHAN
Allah masih memanggil Yudah seperti seorang Bapa yang rindu memanggil anak-anaknya
untuk kembali kepangkuannya: “Kembalilah!”
Dia tidak mengarah
umat-Nya untuk kembali. Dia seolah-olah seperti merayu demi kebaikkan mereka
untuk kembali semula kepada-Nya. “Kamu telah
membuat Aku murka,” kata TUHAN, “tetapi Aku ini
pemurah.”
Bagi saya, sangat sukar
dan segan untuk saya kembali semula kepangkuan ibubapa yang hati telah saya
sakiti. Tetapi seperti kebanyakkan ibubapa, tidak kira betapa degil seorang
anak itu, tidak kira betapa anaknya telah memalukan mereka, ibubapa tetap ibu
dan bapa, dan mereka tetap akan mengasihi anak mereka. Mereka akan menyambut
anak itu dengan sukacita sekiranya dia kembali semula. Ya, memang ada ibubapa
yang tidak sanggup menerima anak itu kembali walaupun dia telah menyesal akan
perbuatannya. Tetapi TUHAN kita tidak seperti itu. Dia masih menunggu
kepulangan kita: “Kembalilah!”
“Aku ini pemurah,”
kata TUHAN Allah. “Aku penuh belas
kasihan” (BM)
Kamu masih belum terlambat.
Adakah hari ini kamu akan kembali semula kepada-Nya?
THINK
BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment