“Maka keluarlah Musa lalu disampaikannya firman TUHAN kepada bangsa
itu. Dia mengumpulkannya tujuh puluh orang daripada kalangan tua-tua bangsa itu
dan disuruhnya mereka berdiri di sekeliling Khemah. Kemudian TUHAN hadir dalam
awan dan berfirman kepada Musa. Diambil-Nya sebahagian daripada Roh yang ada
pada Musa, lalu diletakkan-Nya pada kesemua tujuh puluh tua-tua umat itu.
Ketika Roh itu turun ke atas mereka, bernubuatlah mereka seperti nabi, tetapi
sesudah itu mereka tidak lagi bernubuat. Akan tetapi, ada dua orang tertinggal
di perkhemahan, seorang bernama Eldad dan seorang lagi bernama Medad… Roh itu
pun turun ke atas mereka dan mereka bernubuat seperti nabi di perkhemahan…
Yosua anak Nun, yang menjadi pembantu Musa sejak masa mudanya, berkata, ‘Tuanku Musa, cegahlah mereka!’ Tetapi
kata Musa kepadanya, ‘Adakah kamu
mencemburui hal itu demi mendukung aku? Kalau sahaja seluruh umat TUHAN menjadi
nabi kerana TUHAN mengurniakan Roh-Nya kepada mereka!’”
(Bilangan 11:24-26, 28-29, Alkitab Versi Borneo)
(Bilangan 11:24-26, 28-29, Alkitab Versi Borneo)
Musa sudah hampir burning out. Tugas yang diberikan oleh
TUHAN kepadanya sangat besar dan adalah sangat mustahil bagi dia untuk
melakukannya sendirian (walaupun Miriam dan Harun memimpin bersamanya). Jadi
TUHAN meletakkan “sebahagian daripada
Roh yang ada pada Musa” kepada “kesemua tujuh puluh
tua-tua umat” atau pemimpin-pemimpin Israel. Selepas itu, Alkitab
mengatakan bahawa ada dua orang daripada mereka – Eldad and Medad – keluar dari
Khemah Allah dan mula bernubuat secara terbuka di kawasan perkhemahan orang
Israel. Pada masa itu, Yosua merasakan ini merupakan suatu masalah yang besar!
Kenapa? Pada pendapat
saya, Yosua melihat ‘tragedi’ ini
sebagai suatu ancaman terhadap kepimpinan Musa. Sebelum ini hanya Musa yang
bernubuat bagi orang Israel. Oleh itu, Yosua “mencemburui” hal itu kerana dia sangat ingin melindungi
kepimpinan dan keunikkan tuannya Musa sebagai nabi orang Israel. Mungkin juga
Yosua melihat Eldad dan Medad sebagai ancaman kepada kedudukannya sendiri. Dia
menyeru supaya Musa mencegah atau sekurang-kurangnya menegur para nabi tersebut
supaya tidak bernubuat lagi. Tetapi bagi Musa, dia tidak terasa diamcam. Malah
dia mengalakkan supaya (jika boleh) “seluruh umat TUHAN
menjadi nabi”! Musa tidak cemburu. Musa tidak rasa tergugat. Musa
berharap semua orang diberkati oleh TUHAN, bukan dia sahaja. Memang padanlah
apabila Firman Allah berkata: “Musa seorang yang
begitu lembut hatinya, bahkan lebih lembut daripada semua umat yang berada di
muka bumi ini” (Bilangan 12:3).
Dalam perkara-perkara rohani, ego boleh menjadi
penghalang kepada kepimpinan kita.
Melalui kes diatas, kita diingatkan oleh Musa supaya jangan terasa cemburu
apabila ada orang lain dipanggil oleh TUHAN dan mempunyai kebolehan yang sama
(atau lebih lagi) daripada kita. Semuanya tentang kemuliaan TUHAN, bukan
tentang kemuliaan kita sendiri. Sebagai pemimpin, kita harus memberi galakkan
dan mengajar orang lain untuk melayani TUHAN dan umat-Nya. Kita memimpin mereka
supaya Kerajaan Allah yang harus diutamakan, bukan agenda kita didahulukan.
Jika difikirkan baik-baik, sebenarnya kita tidak harus mendapat kredit apabila
sebenarnya Roh Allah yang bekerja dalam kehidupan kita. Jauhi rasa cemburu dan
ego dalam hal-hal rohani.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment