“Pada hari Khemah
Suci didirikan, awan melitupi Khemah Suci itu, khemah kesaksian. Pada waktu
maghrib sehingga pagi hari esoknya, di atas Khemah Suci ada sesuatu yang
kelihatan seperti api. Demikianlah selalu terjadi: Awan meliputi Khemah itu,
dan pada malam hari ada sesuatu yang kelihatan seperti api. Apabila awan itu
terangkat dari atas khemah, maka orang Israel pun berangkat, dan di mana sahaja
awan itu berhenti, di situ pulalah orang Israel berkhemah. Maka orang Israel
berangkat berpandukan firman TUHAN dan mereka juga berkhemah berpandukan firman
TUHAN. Selama awan itu tetap berada di atas Khemah Suci, selama itulah mereka
terus berkhemah… Berpandukan firman TUHAN mereka berkhemah dan berpandukan
firman TUHAN jugalah mereka berangkat. Mereka menunaikan kewajipan mereka
terhadap TUHAN berpandukan firman TUHAN dengan perantaraan Musa”
(Bilangan 9:15-18, 23, Alkitab Versi Borneo)
(Bilangan 9:15-18, 23, Alkitab Versi Borneo)
Ketika Musa memimpin orang
Israel keluar dari tanah Mesir, mereka pergi dengan tergesa-gesa. 400 tahun
perhambaan menyebabkan mereka begitu. Tanah Perjanjian seperti sangat dekat
bagi mereka… sebenarnya tidak begitu. Berminggu-minggu berlalu, kemudian
berbulan-bulan berlalu, kemudian bertahun-tahun berlalu. Pakaian mereka tidak
menjadi lusuh dan kasut mereka tidak menjadi usang (baca Ulangan 29:5) dan
mereka berharap suatu hari nanti sampai ke tanah yang berlimpah-limpah dengan
susu dan madu (Keluaran 33:3). Tetapi buat masa sekarang – Bilangan 9 – orang Israel
harus mendirikan khemah dimana awan berhenti dan berpindah dimana awan itu
pergi mendahului mereka. “Berpandukan firman
TUHAN mereka berkhemah dan berpandukan firman TUHAN jugalah mereka berangkat.”
Sukar bagi kita untuk mengikut
TUHAN kerana Dia tidak kelihatan. Sekarang kita tidak dipimpin oleh mukjizat
yang nyata pada pandangan mata seperti tiang awan dan api untuk menunjukan kita
kehendak-Nya dalam hidup kita. Pada waktu malam, kita tidak melihat tiang api
memimpin kita ketika kita bersendirian dan tidak tahu arah dihadapan kita.
Tetapi kawan-kawan, kita tidak perlu mukjizat seperti itu kerana kita memiliki
mukjizat yang teragung dalam sejarah manusia iaitu: Alkitab, Firman Allah.
Jika kita hilang arah tujuan, kita ada
Firman-Nya. Jika kita ingin pimpinan Allah, kita ada Firman-Nya. Jika kita ingin mendengar Dia berbicara, kita ada Firman-Nya. Apa yang lebih
baik dari tiang awan dan api mendahului kita? Bila Tuhan Yesus dan Firman-Nya
ada dalam hati kita. Hiduplah “berpandukan firman
TUHAN.” Amen.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
Mari ikut bersama-sama
menyiasat Firman Allah dari buku ke buku, bab ke bab, ayat ke ayat. Sila hubungi
saya di Facebook Inbox atau FB Messenger untuk pertanyaan yang
lanjut.
No comments:
Post a Comment