Showing posts with label Rasul Palsu. Show all posts
Showing posts with label Rasul Palsu. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

Tanda Akhir Zaman #1 Kristus-Kristus Palsu, Peperangan, Kebuluran & Gempa Bumi (Matius 24:4-8)

"Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?" tanya para murid Yesus Kristus kepada-Nya. Jawapan Dia yang pertama ialah: "Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun! Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, 'Akulah Kristus!' Mereka akan membuat ramai orang terpedaya" (Matius 24:4-5). Amaran kepada para pengikut Kristus: "Jangan terperdaya"!

Dan fakta yang akan terjadi kepada para pengikut palsu: "ramai orang terperdaya." Google search atau pergi ke YouTube dan kamu akan melihat ramai orang yang mengakui diri mereka sebagai "Kristus." Contohnya, Sun Myung Moon, Ahn Sahng hong, Sergey Torop, Alan Miller, Apollo Quiboloy, dan sebagainya. Semua ini kristus-kristus palsu! Apakah yang PASTI akan terjadi pada akhir zaman? Apakah tanda-tandanya? Bagaimana respon kita sekarang? ✅❎

 Untuk mendengar episod ini, KLIK DI SINI Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius165a 


FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tujuh (7) Ucapan Celaka Kepada Guru-Guru Palsu (Matius 23:23-26), Bahagian 2


Dari awal lagi, Yesus Kristus sudah memberi amaran: “Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas" (Matius 7:15). Tiada generasi lain yang lebih terdedah kepada bahaya ini lebih daripada generasi sekarang. Berjaga-jagalah! "Serigala ganas" bukan sahaja ingin memusnahkan kehidupan rohani kamu dengan TUHAN Allah yang benar malah ingin kamu menyimpang daripada kebenaran dan merampas harta benda kamu.

Sebab itu Yesus menyampaikan tujuh (7) ucapan kutuk atau malang atau celaka kepada nabi-nabi dan guru-guru agama yang palsu. Bagi pengikut Kristus, teliti ucapan ini supaya kamu boleh berjaga-jaga. Bagi pemimpin Kristian, dengar ucapan ini sebagai peringatan untuk terus setia. Bagi guru palsu, ambil teguran ini sebagai panggilan untuk bertaubat  #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius162 


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Tuesday, September 7, 2021

Tujuh (7) Ucapan Celaka Kepada Guru-Guru Palsu (Matius 23:13-22), Bahagian 1


Matius bab 23 ialah mimpi buruk kepada guru-guru dan rasul-rasul palsu. Setakat ini, saya tidak pernah mendengar mereka mengajar atau berkhutbah melalui ayat-ayat dalam bab ini. Untuk pengetahuan, ini ialah khutbah terakhir Yesus Kristus kepada orang ramai. Jika ini yang terakhir, maka, mesej yang disampaikan mestilah SANGAT PENTING.

Kenapa Yesus sangat keras dan tegas (tetapi berbelas kasihan juga, baca ayat 37) kepada ahli Taurat dan orang Farisi ketika itu? Apa yang mereka lakukan sehinggakan dikatakan "Malanglah kamu!" atau "Celakalah kamu!" oleh Yesus? Apakah persamaan mereka dengan guru-guru agama palsu masakini? Sila AMBIL PERHATIAN! ☢���☣ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilMatius

 Untuk mendengar episod ini KLIK DI SINI, Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius161


FB Page
: https://facebook.com/LEGASI.tv/                        
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify          
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/      

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

 

Best Blogger Tips

Sunday, February 28, 2021

Markus 8:14-21 Apakah Doktrin Orang Parisi & Herodes Masakini? (#InjilMarkus S.1 E.58)

 

Yesus Kristus mengingatkan para murid-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes." Kemudian mereka membincangkannya satu sama lain dan berkata, “Dia berkata begitu kerana kita tidak membawa roti" (Markus 8:15-16). Aik!? Yesus cakap "ragi" mereka fikir "roti" 😅 Kenapa mereka salah sangka? Apakah maksud Yesus? Bagaimana "ragi" ini berkaitan dengan doktrin-doktrin masakini? 📖 #ServeToLead #InjilMarkus

🤳 Untuk menonton video-video pengajian Injil Markus lain, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiInjilMarkus

👂 Untuk mendengar Podcast pengajian Injil Matius, KLIK DI SINI: http://bit.ly/LegasiSpotify

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/                
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/            
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Sunday, December 20, 2020

Berhati-Hati dengan Ajaran Orang Farisi & Saduki Masakini (Matius 16:5-12)

 

Yesus Kristus berkata kepada para murid-Nya: “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki" (Matius 16:6). Pada mulanya mereka tidak faham, jadi Yesus dengan sedikit kekecewaan dan penuh sabar, memberikan mereka klu tentang apa yang dimaksudkannya. Kemudian, "barulah mereka faham bahawa maksud Yesus bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki" (ayat 12).

Apa itu "ragi" atau "ajaran" orang Farisi dan Saduki? Pada masakini - akhir zaman - ramai ajaran palsu, guru palsu dan rasul palsu, bagaimana kita boleh mengenalpasti ciri-ciri mereka? Apa dua hal yang paling penting untuk terus teguh di dalam-Nya? 📖🙏🔥 #ServeToLead #InjilMatius

Untuk mendengar 📖 episod ini, KLIK DI SINI > Spotify: http://bit.ly/SpotifyMatius124 ATAU http://bit.ly/LegasiMatius124

FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/              
Podcast: https://anchor.fm/LEGASI.tv/           
YouTube: http://bit.ly/LEGASItv

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]