Prinsip untuk ayat ini jelas: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta umat-Nya ialah MAJORITI. Segala kemenangan Yosua dan orang Israel adalah kerana TUHAN yang berperang bagi mereka. Gambaran ini lebih jelas dalam Hakim-Hakim 7. Pada mulanya, Gideon ada 32,000 orang bersamanya untuk berperang. "Terlalu ramai," kata TUHAN. Kemudian, 22,000 orang pulang, tinggal 10,000. "Masih terlalu ramai," kata TUHAN lagi. Sampailah Gideon dan hanya 300 orang bersamanya. Dengan minoriti ini, TUHAN Allah menyerahkan orang Midian kepada mereka!
Jangan kecil hati jika Persatuan Pelajar Kristian kamu sedikit orang; jangan kecewa jika kumpulan Pengajian Alkitab kamu beberapa orang sahaja; jangan takut jika kamu berdiri sendirian kerana kamu berpegang teguh dalam iman Kristus ��� Ingat: Minoriti dengan TUHAN Allah berserta kita ialah MAJORITI ✅✅✅
FB Page: https://facebook.com/LEGASI.tv/
Podcast: http://bit.ly/LegasiSpotify
YouTube: https://www.youtube.com/c/LEGASItv/
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment