Orang Israel mengumpul "manna" setiap hari di padang gurun |
“Berilah kami
makanan yang kami perlukan setiap hari” (Lukas 11:3, BM)
“Berilah kami
makanan yang secukupnya setiap hari” (KSZI)
Beribu-ribu orang Israel
telah menyeberangi Laut Gelagah melalui pimpinan Musa. Namun sejurus selepas
itu, mereka mengalami masalah – mereka tidak cukup makanan. Mereka
bersungut-sungut tetapi TUHAN ada jalan penyelesaiannya. TUHAN tahu. TUHAN
berfirman kepada Musa, “Sekarang Aku
akan menghujani kamu semua dengan makanan dari langit. Tiap-tiap hari umat
mesti keluar untuk mengumpul roti secukupnya bagi satu hari… Pada hari yang
keenam, mereka harus mengumpulkan makanan itu dua kali ganda banyaknya dan
menyediakannya” (Keluaran
16:4-5, BM). Jika mereka mengambil lebih, makanan itu akan
berulat dan berbau. Jadi, mereka hanya boleh mengambil makanan itu secukupnya. Mereka
harus percaya bahawa TUHAN akan menyediakan makanan itu setiap hari. Mereka
harus yakin akan TUHAN untuk hari esok. “Dengan cara ini
Aku dapat menguji umat-Ku, supaya Aku tahu sama ada mereka mentaati perintah-Ku
atau tidak” (16:4).
Menyimpan makanan itu – manna – bukan suatu tindakkan yang bijak.
Menyimpan “manna” juga
bukan suatu tindakkan yang bijak bagi kita sekarang. Ya, kita boleh membeli
barang-barang dapur secukupnya untuk seminggu, tetapi bukan itu yang Yesus
maksudkan dalam Lukas 11:3. Manna yang
benar – makanan dan keperluan fisikal dan rohani kita – akan diberi dari hari
ke hari. Kita tidak boleh berdoa atau menyembah Tuhan secukupnya pada hari
ahad untuk bekalan kita selama seminggu (tidak!). Apa yang kita ‘makan’ semalam cukup untuk semalam saja
tidak boleh dibawa keesokkan harinya. Kita tidak boleh mempersembahkan
pemberian yang banyak pada hari ini sekaligus untuk sebulan (Ini tidak
mungkin!). Sama seperti itu, kita tidak boleh menyimpan atau melabur perkara
yang kita perlu dari TUHAN. Kita harus
sentiasa datang kepada-Nya, sentiasa percaya kepada-Nya, sentiasa meminta
daripada-Nya, hari demi hari.
Kenapa harus begini? Kerana TUHAN mahu – sangat mengingini –
supaya kita mempunyai hubungan yang hidup dengan-Nya. TUHAN tahu sekiranya Dia
memberikan kita apa yang kita perlukan untuk seminggu atau sebulan sekaligus,
maka kita hanya akan mencari Dia sekali seminggu atau sekali sebulan sahaja.
Sama seperti seorang kekasih yang tidak cukup hanya mendengar “I love you” sekali setahun, TUHAN tidak
berpuas hati sekiranya kita datang sekali-sekala atau datang hanya bila perlu.
“Manna” tidak berfungsi seperti itu,
sama juga dengan hubungan kita dengan TUHAN. TUHAN BAPA, “berilah
kami makanan yang secukupnya setiap hari.” Berdoa untuk “manna” dalam setiap keperluan dan
perkara kita lakukan setiap hari. Jalinkan hubungan dengan TUHAN setiap hari. Hari
ini untuk hari ini; esok untuk esok; dan begitulah untuk selama-lamanya.
Amen.
“Kamu tidak
memerlukan lebih daripada apa yang Tuhan beri” (J.I. Packer)
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment