Showing posts with label Jadi Kamu Ingin Berpacaran?. Show all posts
Showing posts with label Jadi Kamu Ingin Berpacaran?. Show all posts

Monday, October 12, 2015

If You're Feeling Too Much Pressure to Have Sex, You're Dating the Wrong Person


For God has not called us to impurity, but to sanctification
(1 Thessalonians 4:7,
CSB)

A pure theology and a loose morality will never mix
(C.H. Spurgeon)

If you’re feeling too much pressure to have sex, you’re dating the wrong person – and it’s time to break things off. If you’re seeing someone who’s pressuring you to become sexually active, here’s an important question to ask yourself: Why, in the name of common sense, would you want to date a person like that? After all, if the person you’re dating really cares about you – and if that person wants to spend the rest of his or her life with you – waiting isn’t really a sacrifice, it’s an honor. But if the person you’re dating simply views you as a sexual conquest, then you’d better run, run as fast as you can… in the opposite direction, to God and His Word.

Common sense tells you to wait; God’s Word commands you to wait, and your conscience begs you to wait. So wait! And if somebody tells you to do otherwise, you have absolutely no business dating them. If you’re feeling pressure from your date, it’s time to end your date.
Goodbye!


THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

Sunday, August 16, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #4: Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan

bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik
Adakah kamu kagum dengan seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya, tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik. Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang bersikap materialistik. Jauhi dia!

Jika kamu mendapati bahawa kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan kekal. Mungkin sekarang kamu patut mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada lagi, hubungan itu pasti akan musnah.

Saya tidak mengatakan bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa. Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah, terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang tidak pernah cukup).

Ingat: apa yang paling utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur.” Amin.

Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan. 
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #2: Harapan dan Kehendak Yesus harus Diutamakan Dahulu


Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku” (Keluaran 20:3, TB).
Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (BM).

Ini ada satu kuiz: harapan siapakah yang kamu sangat ingin lakukan dengan bersungguh-sungguh?
a) Harapan pasangan kamu,
b) Harapan masyarakat terhadap kamu,
c) Harapan Tuhan Yesus Kristus.

Jika kamu ialah seorang Kristian, jawapan kamu seharusnya ialah (c); tetapi jika kamu juga bingung atau bimbang dengan harapan orang lain terhadap kamu (a) dan/atau (b), kamu tidak kesendirian. Ramai orang melabur banyak tenaga (malah masa dan wang) untuk melakukan kehendak dan harapan orang disekeliling (atau pasangan) mereka, dan melaburkan hanya sedikit (mungkin saki-baki yang kita ada) untuk melakukan kehendak dan harapan Tuhan. Ini merupakan tabiat yang lazim bagi semua orang, tetapi ia juga merupakan kesilapan yang sangat besar.

Strategi yang terbaik, secara logik dan beriman, ialah harus sentiasa ingin melakukan harapan dan kehendak Tuhan Yesus Kristus dahulu. Untuk melakukan semua ini, kamu mesti pandai menguruskan keutamaan hidup kamu – dan hubungan berpasangan kamu – menurut Firman Allah.

Secara jujur, adakah kamu mengalami masalah untuk memilih samada ingin mengutamakan Tuhan terlebih dahulu ataupun ingin menjaga hati dan perasaan orang lain disekililing kamu? Adakah kamu masih lagi keliru dan berfikir bagaimana kamu boleh membuat keputusan dengan baik? Jika ya, tujukan semua persoalan itu kepada-Nya – berdoa, menunggu, mendengar, membaca Firman-Nya dan sentiasa datang ke hadirat-Nya. Ada seorang penulis mengatakan: “Tuhan tidak mahu sebahagian daripada diri kamu, Dia mahu segalanya atau tidak langsung.” Billy Graham juga pernah menyebut, “Bersama dengan Yesus dan semuanya cukup.”

Biar Tuhan Yesus Kristus yang bertakhta dalam hati kamu. Biar Tuhan yang menjadi yang pertama dalam setiap aspek kehidupan kamu, termasuk dalam hubungan berpacaran kamu juga. Dia layak untuk menjadi yang terutama dalam hidup kamu, dan apa-apa saja hubungan yang menggugat hubungan kamu dengan Tuhan Yesus adalah hubungan yang salah. Lebih baik memiliki kasih cinta Yesus daripada semua kasih cinta di dunia ini. Amin.

Harapan dan kehendak Yesus harus diutamakan dahulu. Pertama, Tuhan.
Jawapannya seharusnya ialah – (c).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #1: Sedar bahawa Setiap Pilihan Kamu dalam Perhubungan adalah Sangat Penting


[Sebaliknya] utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu” (Matius 6:33, BM)

Pilihan yang kamu buat (atau tidak buat) hari ini akan menentukan qualiti dan perjalanan hidup kamu; dan ini termasuk semua pilihan kamu dalam mencari teman hidup atau semasa berpasangan. Dalam dunia yang moden dan berteknologi pada masa ini, tidak ada sebab untuk kamu tidak pandai membuat pilihan dan keputusan yang bijak. Tetapi, kadang-kala apabila kamu terdesak dan dunia pasangan dan perhubungan membuatkan kamu tertekan, kamu mungkin akan tercabar (mungkin juga tergoda) untuk membuat pilihan yang tidak bekenan kepada Tuhan. Apabila kamu berbuat begitu, kamu akan mengalami banyak masalah.

Jadi, apabila kamu mengambil masa untuk berfikir dan menilai keperibadian kamu sebagai seorang Kristian – dan Kristian yang bagaimana kamu mahu jadi – tanya diri kamu sendiri samada kamu berada dalam landasan yang benar atau tidak, hidup dalam kegelapan atau dalam terang. Kemudian, apabila kamu benar-benar ingin memilih untuk menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus, buat pilihan dan keputusan yang akan memuliakan-Nya. Kehendak-Nya dan nama-Nya harus ditinggikan dalam kehidupan kamu, termasuk dalam hidup berpasangan dan hubungan cinta. Kamu juga harus menjaga diri untuk kemuliaan-Nya. Amin.

Sedar bahawa setiap pilihan kamu dalam perhubungan adalah sangat penting.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]