bukan hanya perempuan saja, tetapi lelaki juga ada yang bersikap materialistik |
Adakah kamu kagum dengan
seseorang kerana kejayaan, kekayaan dan harta milik dia? Jika ya, kamu mungkin
telah meletakkan diri kamu dalam hubungan yang tidak sihat (tidak semestinya,
tetapi berkemungkinan besar). Masyarakat dan orang disekeliling kita meletakkan
harapan yang tinggi kepada harta benda dan wang, dan bersikap materialistik.
Tetapi tidak bagi Tuhan! dan kamu seharusnya mencontohi sikap Tuhan kita. Berhati-hati terhadap pasangan yang
bersikap materialistik. Jauhi dia!
Jika kamu mendapati bahawa
kamu sangat taksub dalam dunia materialisme, mungkin sudah tiba masanya untuk
kamu mengubah pandangan dan fikiran kamu kepada sesuatu yang lebih penting dan
kekal. Mungkin sekarang kamu patut
mencari dan mengumpul kekayaan dari segi rohani. Apa yang kamu boleh lihat
sekarang, ia tidak akan kekal lama; tetapi apa yang kamu tidak boleh lihat
sekarang, ia akan kekal selamanya. Hubungan yang berdasarkan harta benda
dan wang ringgit tidak akan bertahan lama. Sekiranya semuanya sudah tidak ada
lagi, hubungan itu pasti akan musnah.
Saya tidak mengatakan
bahawa dalam hubungan kita tidak memerlukan harta benda langsung. Wang – secara
fisikal dan realitinya – bukanlah sesuatu yang jahat atau menyebabkan kita
dosa, tetapi apabila kita menyembah (bermaksud kita meletakkan harapan, iman
dan kepercayaan kepada) wang, maka, kita sudah berdosa. Apabila wang merupakan sesuatu yang lebih penting daripada Tuhan dan
Firman-Nya, maka kita seakan-akan menyembah wang dan – kita berdosa.
Ketahuilah bahawa mempunyai banyak wang tidak menjaminkan kebahagiaan. Malah,
terlalu banyak wang sebenarnya akan membuatkan kita tidak bahagia, resah dan
risau (kadang-kadang kita akan merasakan bahawa wang yang kita ada sekarang
tidak pernah cukup).
Ingat: apa yang paling
utama dalam hubungan berpacaran ialah hubungan peribadi dengan Tuhan Yesus
Kristus, bukan gila akan wang. Tuhan Allah itu kekal, wang tidak. “Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh
seperti daun kering,” kata si penulis Amsal (11:28),”tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti
tanaman subur.” Amin.
Harta Benda dan Wang tidak Menjaminkan Kebahagiaan.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment