“Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku” (Keluaran 20:3, TB).
“Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (BM).
Ini ada satu kuiz: harapan siapakah yang kamu sangat ingin
lakukan dengan bersungguh-sungguh?
a) Harapan pasangan kamu,
b) Harapan masyarakat
terhadap kamu,
c) Harapan Tuhan Yesus
Kristus.
Jika kamu ialah seorang
Kristian, jawapan kamu seharusnya ialah (c); tetapi jika kamu juga bingung atau
bimbang dengan harapan orang lain terhadap kamu (a) dan/atau (b), kamu tidak kesendirian.
Ramai orang melabur banyak tenaga (malah masa dan wang) untuk melakukan
kehendak dan harapan orang disekeliling (atau pasangan) mereka, dan melaburkan
hanya sedikit (mungkin saki-baki yang kita ada) untuk melakukan kehendak dan
harapan Tuhan. Ini merupakan tabiat yang lazim bagi semua orang, tetapi ia juga
merupakan kesilapan yang sangat besar.
Strategi yang terbaik,
secara logik dan beriman, ialah harus sentiasa ingin melakukan harapan dan
kehendak Tuhan Yesus Kristus dahulu. Untuk melakukan semua ini, kamu mesti pandai menguruskan keutamaan
hidup kamu – dan hubungan berpasangan kamu – menurut Firman Allah.
Secara jujur, adakah kamu
mengalami masalah untuk memilih samada ingin mengutamakan Tuhan terlebih dahulu
ataupun ingin menjaga hati dan perasaan orang lain disekililing kamu? Adakah
kamu masih lagi keliru dan berfikir bagaimana kamu boleh membuat keputusan
dengan baik? Jika ya, tujukan semua persoalan itu kepada-Nya – berdoa,
menunggu, mendengar, membaca Firman-Nya dan sentiasa datang ke hadirat-Nya. Ada
seorang penulis mengatakan: “Tuhan tidak mahu sebahagian daripada diri
kamu, Dia mahu segalanya atau tidak langsung.” Billy Graham juga pernah
menyebut, “Bersama dengan Yesus dan semuanya cukup.”
Biar Tuhan Yesus Kristus
yang bertakhta dalam hati kamu. Biar Tuhan yang menjadi yang pertama dalam
setiap aspek kehidupan kamu, termasuk dalam hubungan berpacaran kamu juga. Dia layak untuk menjadi yang terutama dalam
hidup kamu, dan apa-apa saja hubungan yang menggugat hubungan kamu dengan Tuhan
Yesus adalah hubungan yang salah. Lebih baik memiliki kasih cinta Yesus
daripada semua kasih cinta di dunia ini. Amin.
Harapan dan kehendak Yesus harus diutamakan dahulu. Pertama,
Tuhan.
Jawapannya seharusnya ialah – (c).
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment