Wednesday, August 12, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #1: Sedar bahawa Setiap Pilihan Kamu dalam Perhubungan adalah Sangat Penting


[Sebaliknya] utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu” (Matius 6:33, BM)

Pilihan yang kamu buat (atau tidak buat) hari ini akan menentukan qualiti dan perjalanan hidup kamu; dan ini termasuk semua pilihan kamu dalam mencari teman hidup atau semasa berpasangan. Dalam dunia yang moden dan berteknologi pada masa ini, tidak ada sebab untuk kamu tidak pandai membuat pilihan dan keputusan yang bijak. Tetapi, kadang-kala apabila kamu terdesak dan dunia pasangan dan perhubungan membuatkan kamu tertekan, kamu mungkin akan tercabar (mungkin juga tergoda) untuk membuat pilihan yang tidak bekenan kepada Tuhan. Apabila kamu berbuat begitu, kamu akan mengalami banyak masalah.

Jadi, apabila kamu mengambil masa untuk berfikir dan menilai keperibadian kamu sebagai seorang Kristian – dan Kristian yang bagaimana kamu mahu jadi – tanya diri kamu sendiri samada kamu berada dalam landasan yang benar atau tidak, hidup dalam kegelapan atau dalam terang. Kemudian, apabila kamu benar-benar ingin memilih untuk menjadi pengikut Tuhan Yesus Kristus, buat pilihan dan keputusan yang akan memuliakan-Nya. Kehendak-Nya dan nama-Nya harus ditinggikan dalam kehidupan kamu, termasuk dalam hidup berpasangan dan hubungan cinta. Kamu juga harus menjaga diri untuk kemuliaan-Nya. Amin.

Sedar bahawa setiap pilihan kamu dalam perhubungan adalah sangat penting.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]