Friday, August 14, 2015

Jadi Kamu Ingin Berpacaran? #3: Jangan Melakukan Seks Luar Nikah

Ya! untuk seks, tetapi Tidak! untuk seks sebelum berkahwin
Hakikat yang kamu sedang membaca artikel pendek ini menunjukkan bahawa kamu mengambil peduli tentang hal pentingnya mengawal nafsu – dan kamu semestinya harus berfikiran begitu. Kita tinggal di dalam masyarakat dan persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pencubaan, godaan dan pemesongan tentang definasi seks (lebih-lebih lagi dengan adanya telefon pintar dan internet). Kamu mungkin pernah melihat gambar-gambar dan video-video, membaca buku atau novel dan artikel-artikel dan sebagainya tentang betapa ‘seronok’ dan ‘glamor’nya melakukan seks diluar nikah. Melakukan seks bebas sekarang dianggap sebagai sesuatu yang kasual dan kebiasaan. Malah, disekeliling kita seperti ada suatu tekanan yang kuat dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, tekanan sosial, roh-roh jahat dan keinginan daging sendiri untuk kita melakukan seks diluar batas Firman Allah.

Tuhan Yesus Kristus mempunyai rencana yang indah bagi kamu dan saya, rencana-Nya yang tidak melibatkan seks sebelum perkahwinan*. Lakukan ini semua demi masa depan kamu sendiri – tunggu. Menahan atau mengawal nafsu adalah suatu pilihan – pilihan ditangan kamu. Pilihlah dengan bijaksana. Alkitab hanya ada satu istilah tentang seks “selamat”, iaitu, seks dalam perkahwinan.

Jika kamu sedang mempertimbangkan samada kamu ingin melakukan hubungan seks luar nikah atau tidak sekarang (atau pasangan kamu sedang memujuk kamu), fikirkan dengan dalam-dalam dan jauh kehadapan. Fikirkan, sekiranya kamu mengandungkan anak luar nikah atau kamu menyebabkan pasangan kamu mengandung sebelum berkahwin, apa yang akan berlaku seterusnya? Fahami nasihat ini betul-betul: Masa yang terbaik (setelah saya mendengar pendapat dan pengalaman orang lain), untuk kamu mula memikirkan tentang tanggungjawab sebagai ibu atau bapa ialah sebelum kamu membuat keputusan untuk melakukan seks, bukan selepas. Sekiranya memikirkan tentang beban yang akan ditanggung, kesilapan yang harus dibayar kerana kecuaian dan pelanggaran Firman Allah membuatkan kamu tidak sedap hati dan resah, maka buatlah keputusan untuk tidak melakukan hubungan seks sebelum kamu berkahwin secara sah. Inilah kehendak Allah dalam kehidupan kamu. Amin.

Jangan melakukan seks luar nikah.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

*Jika kamu telah melakukan seks sebelum berkahwin, Tuhan juga mempunyai rencana-Nya dalam hidup kamu sekiranya kamu bertaubat daripada kehidupan yang lama dan sekarang menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Setiap kita mempunyai kesilapan, tiada dosa yang Tuhan tidak akan ampuni bagi mereka yang menyesal akan perbuatan mereka. Hanya akui kesilapan kita, mengambil tanggungjawab dan lakukan yang terbaik mulai dari sekarang.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]