Sunday, August 24, 2014

Adakah Yesus berkata "Wow!" Apabila Melihat Imanmu?


Ketahuilah! Belum pernah Aku menjumpai sesiapa pun antara umat Israel yang mempunyai iman sebesar ini” (Matius 8:10, BM). Wow! Kepada siapa Yesus berkata seperti itu? Kalau petikkan ini diambil tanpa membaca konteks ayat, mungkinkah kita beranggapan bahawa Yesus bercakap tentang iman pengikut-pengkut-Nya? Atau mungkin berkata tentang Yohanes Pembaptis? Atau tentang seorang yang lumpuh disembuhkan? Atau seorang yang kerasukkan kemudian dipulihkan? Atau kepada umat Israel yang percaya kepada-Nya?

Mungkin Yesus pernah melihat iman dalam setiap mereka yang disembuhkan dan dipulihkan-Nya dan dalam setiap hati kebanyakkan pengikut-pengikut-Nya, tetapi Yesus bukanlah berkata seperti itu kepada mereka semua. Dia berkata: “Belum pernah Aku menjumpai sesiapa pun antara umat Israel yang mempunyai iman sebesar ini” – kepada seorang hamba ketua askar Roma. Kamu tahu apakah yang sangat mengejutkan disini? Askar Roma itu ialah orang bukan Yahudi! Wow! Yesus Kristus dan ketua askar Roma itu mempunyai latarbelakang yang sangat (sangat!) berbeza. Mereka dipisahkan oleh bangsa dan kaum, kedudukkan dan pangkat, bahasa dan budaya. Fikir secara logik: ketua askar Roma itu merupakan seorang yang mempunyai kuasa dan harta yang boleh meminta bantuan daripada ‘pakar-pakar’ yang lain atau sesiapa sahaja. Tetapi sebaliknya, dia datang kepada Yesus. Ini ialah salah satu faktor kenapa Yesus “Wow!” kepada iman ketua askar Roma itu.

Ketua askar Roma mencari orang untuk menyembuhkan orang suruhannya dan dia datang kepada Yesus kerana dia tahu bahawa Yesus ialah satu-satunya orang yang boleh membantunya. “Tuan, orang suruhan saya sakit di rumah, dia terbaring di katil dan tidak dapat bergerak. Dia sangat menderita” (Matius 8:6). Apabila Yesus ingin datang secara fisikal untuk menyembuh orang suruhan itu, ketua askar Roma itu menjawab, “Tuan tidak usah datang ke rumah. Saya tidak layak menyambut Tuan ke rumah saya. Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh” (8:8). Apakah respon Yesus? Kebanyakkan terjemahan Alkitab menulis “Yesus hairan mendengar hal itu” (8:10). Hairan? Adakah dia hairan seperti tidak tahu apa-apa? Hmmm... mungkin terjemahan yang lebih tepat lagi ialah: Yesus “kagum sekali(terjemahan Bahasa Indonesia Masa Kini). Yesus kagum! Ini ialah salah satu lagi faktor kenapa Yesus “Wow!” kepada imannya.

Mungkin agak sukar bagi kita untuk membayangkan bahawa Yesus “kagum sekali” dengan iman ketua askar Roma itu. Sebagai Anak Allah, Tuhan Yesus dapat “melihat” imannya; sebagai Anak Manusia, Yesus Kristus “kagum” dengan imannya dan berkata, “Ketahuilah! Belum pernah Aku menjumpai sesiapa pun antara umat Israel yang mempunyai iman sebesar ini.” Apa yang terjadi seterusnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan kita, “Yesus berkata kepada ketua askar itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan berlaku.’ Hamba ketua askar itu pun sembuh pada saat itu juga” (Matius 10:13). Yesus menyembuhkan hamba itu dari jauh – pada saat itu juga! Yesus Kristus ialah Tuhan. Wow!

Apakah mesej yang TUHAN ingin sampaikan kepada kita sekarang? Tiga perkara: Harapan yang Hidup, Rendah Hati dan Iman Percaya. Kenapa ketua askar itu sungguh mengasihi orang suruhannya itu saya tidak tahu. Tetapi apa yang saya tahu ialah ketua askar itu bukan sahaja berharap bahawa Yesus akan berdoa bagi hambanya tetapi pergi berjumpa dengan-Nya secara peribadi dan menyerahkan dia kepada Yesus untuk bertindak. Baca Firman Allah ini (Matius 10:6), dia tidak meminta Yesus untuk menyembuhkan hambanya, dia hanya memberitahu Yesus, dan Yesus sendiri menjawab bahawa dia akan datang untuk menyembuhkan hambanya (10:7). Wow! Harapan yang hidup! Malah ketua askar itu sedar bahawa sebagai seorang Yahudi, Yesus tidak dibenarkan datang ke rumah orang bukan Yahudi [tetapi Yesus tidak kesah sebenarnya]. Dia dengan rendah hati juga sedar bahawa Yesus ialah seorang yang mempunyai autoriti ke atas penyakit seperti dia mempunyai autoriti ke atas orang bawahannya (rujuk Matius 10:8-9). Oleh itu, dia berkata kepada Yesus, “Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh.” Wow! Rendah hati!

Iman ketua askar Roma ini sangat unik bagi saya dan sangat dikagumi oleh Yesus. Semasa kebanyakkan orang Yahudi dan guru-guru agama tidak percaya kepada-Nya (walaupun Yesus telah melakukan banyak mukjizat dan penyembuhan, menggenapi nubuat-nubuat Perjanjian Lama mengenai Mesias dan mengkhabarkan Firman Allah kepada mereka semua) seorang Roma yang dibenci oleh penduduk tempatan, seorang bukan Yahudi yang dianggap sebagai bukan umat TUHAN dan seorang askar yang tidak mempunyai (atau sedikit) pengetahuan tentang Taurat Musa – boleh memiliki iman percaya kepada Yesus Kristus. Wow! Ini bukan tentang Yesus boleh menyembuh dari jauh; ini tentang iman percaya bahawa Yesus mempunyai autoriti ke atas segalanya. Wow!

Adakah kamu hanya berharap kosong
atau benar-benar mempunyai harapan yang hidup di dalam Yesus?
Adakah kamu terlalu yakin dengan kehidupan ke-agama-an kamu
atau sanggup merendahkan hati dihadapan Yesus?
Adakah iman kamu mati
atau kamu memiliki iman percaya kepada Yesus yang hidup?
Adakah iman kamu membuatkan Yesus berkata “Wow!”?

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]