Friday, August 1, 2014

Saksi Yesus yang Tidak Sempurna

Biar Tuhan membentuk, menggunakan dan menyempurnakan kita; kita bersaksi bagi Dia.
Jika Tuhan ialah Penyelamat dan kita ialah hanya alat bagi-Nya, maka kita tidak perlu menjadi sempurna untuk bersaksi bagi-Nya. Sedangkan Tuhan menggunakan keldai Bileam untuk menjadi alat bagi-Nya apabila Dia ingin melakukan sesuatu – apa lagi kita (baca Bilangan 22:22-35). Jika kita ingin menyenangkan Tuhan Allah dan cuba untuk hidup secara konsisten dengan iman kita kepada-Nya, kita tidak harus membiarkan Iblis menutup mulut kita dengan mengingatkan kembali segala kesalahan dan kesilapan kita yang lalu. Kita tidak bersaksi kepada orang lain untuk menerima Kristus kerana kita sempurna, tetapi kerana Kristus yang sempurna. Jika kita menjadi hipokrit, tiada sesiapa yang akan mendengar kita; tetapi jika kita bersaksi bahawa kita ialah pendosa yang diselamatkan melalui kasih kurnia-Nya, orang lain akan mudah tertarik kepada Kristus.

Baca Firman Tuhan, Dia seringkali menggunakan orang yang tidak sempurna untuk bersaksi dan melakukan kehendak-Nya. Abraham seorang pengecut, Yakub seorang penipu, Paulus seorang pembunuh dan sebagainya. Oleh kerana kita tidak sempurnalah, kita boleh berkongsi tentang kesalahan dan kesilapan kita. Oleh kerana kita ialah pendosa, kita boleh bersaksi tentang pengampunan Tuhan. Jika Dia hanya ingin menggunakan orang yang sempurna, maka Dia hanya ada satu pilihan sahaja – Yesus Kritus! Bersaksilah tentang Yesus Kristus kepada orang lain. Biar Roh Kudus menjadi kekuatan dan pendorong bagi kita. Apa yang kita, manusia yang tidak sempurna, boleh lakukan ialah – menjadi alat bagi-Nya. Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]