Monday, December 17, 2012

Tuhan, Adakah Kau mendengar Doaku?



Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada (berjaga),
sambil bersyukur kepada Allah
” (Kolose 4:2)

Kadang-kala apabila kamu berdoa, kamu merasakan bahawa doa kamu tidak didengar oleh Allah Bapa yang di syurga. Ia seperti bola plastik melantung kembali apabila ia dibaling ke siling. Seperti bermain skuasy; pukul bola ke dinding dan ia akan melantung balik! Kamu mungkin pernah bertanya “Adakah Tuhan pernah memberikan perhatian terhadap doa-doa saya?”

Kawan, soalan yang patut kita tanya ialah: “Ada saya ‘berwaspada’, ‘berjaga’, ‘alert’ kepada respon-respon yang telah Tuhan berikan kepada saya?” Begini, Tuhan Allah sentiasa menjawab doa kita. Selepas setiap doa kita dijawab oleh-Nya, kita kadang-kadang leka tentang perkara yang baik Tuhan telah lakukan kepada kita. Kita tidak mengucap syukur kepada-Nya kerana kita tidak ‘berwaspada’ kepada perkara yang Dia telah lakukan untuk menjawab doa-doa kita. Contohnya, sebelum kita memandu kereta, kita berdoa untuk keselamatan. Tetapi, apabila kita sudah selamat sampai ke destinasi, kita sering lupa untuk “bersyukur kepada Allah”. Oleh itu, Rasul Paulus menulis, “Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada (berjaga), sambil bersyukur kepada Allah”.

Apabila kamu berdoa (dengan tekun) – berjagalah – dan lihat respon Tuhan Allah, walaupun apa yang Tuhan telah lakukan tidaklah seperti apa yang kamu mahukan. Jangan lupa juga untuk mengucap syukur atas setiap jawapan-Nya, (walaupun) ianya seperti atau tidak seperti yang kamu inginkan berlaku, kerana kamu dan saya harus yakin bahawa Tuhan Yesus sentiasa mahukan yang terbaik berlaku kepada kita. Bukan kerana kita baik, tetapi kerana Tuhan Yesus itu baik. Bukan kerana kita telah memilih Allah, tetapi kerana Tuhan Allah yang telah memilih kita. Mazmur 4:3 mengatakan;
Ingatlah bahawa TUHAN telah
memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,
dan Dia mendengar
ketika aku berseru kepada-Nya
”.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

2 comments:

  1. so true Richard..TQ for sharing.BTW, I had received the book 'Knowing God' few days ago. TQ so much.It help me much :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dyana. Oh, I'm glad and happy that the book is very helpful for you :) Happy.

      Delete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]