“Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api” (Wahyu 10:1)
Saya percaya bahawa “malaikat perkasa” yang digambarkan oleh rasul Yohanes ini ialah Tuhan Yesus Kristus. Yesus seringkali digambarkan sebagai (menyerupai) malaikat di dalam Perjanjian Lama; contohnya di dalam Kejadian 22:15 dan Yesaya 63:9. Di sini kita digambarkan bahawa Yesus “diselubungi awan” melambangkan hadiratan-Nya yang mulia dan “kepalanya dikelilingi pelangi” melambangkan kasih kurnia-Nya yang tidak pernah berakhir. Kini kita akan melihat “muka [Yesus] bersinar seperti matahari”, apakah maksud ini?
Di dalam Al-Kitab, “matahari” ialah simbol untuk keagungan atau kebesaran atau kehebatan Allah. Sebagai contoh, Wayhu 1:16 menulis tentang Yesus, “Tangan kanan-Nya memegang tujuh buah bintang, dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam yang bermata dua. Muka-Nya terang seperti matahari pada waktu tengah hari” (Alkitab BM); “...bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik” (Alkitab INDO); “...like the sun shining in full strength” (ESV). Bolehkah kamu membayangkan melihat matahari yang bersinar pada waktu tengah hari terus dengan mata kasar kamu? Terang matahari akan menyebabkan mata kamu buta! Kawan-kawan, itu hanyalah gambaran saiz kecil tentang keagungan Tuhan bagi kita. Rasul Paulus atau Saulus pada masa itu, pernah melihat Tuhan Yesus dengan matanya sendiri. Jika kamu membaca Kisah Rasul-Rasul 9, dia tersungkur jatuh dan menjadi buta serta merta apabila melihat “cahaya dari langit memancar” (ayat 3) – cahaya itu datangnya dari Yesus Kristus (ayat 4). Saulus menjadi buta apabila melihat cahaya keagungan Tuhan Yesus!
Beberapa abad dahulu, ahli-ahli astronomi beranggapan bahawa bumi ialah pusat bagi sistem solar kita. Namum begitu, apabila mereka membandingkan pemerhatian mereka dan membuat pengiraan fizik, mereka seakan-akan tidak boleh membuktikan anggapan itu. Semuanya seperti tidak kena. Sekian lama, datang seorang astronomi yang bernama Copernicus. Selepas dia mengkaji secara mendalam tentang alam semester, dia membuat kesimpulan dan membuktikan bahawa bumi bukanlah pusat bagi sistem solar kita, tetapi bumi dan semua planet yang lain berputar mengelilingi matahari. Matahari ialah pusat bagi sistem solar kita. Apabila dia mengongsikan penemuan ini kepada dunia, semua pemerhatian dan kiraan akhirnya masuk akal.
Begitu juga apa yang akan terjadi di dalam kehidupan kamu. Apabila kamu menjadikan Yesus sumber cahaya kebenaran, Tuhan Yesus Kristus, menjadi pusat utama dalam kehidupan kamu, perkara yang tidak kena akan menjadi masuk akal. “Muka [Yesus] bersinar seperti matahari” menggambarkan keagungan-Nya ini di seluruh alam semesta – di bumi dan juga di syurga. Yesus ialah yang Satu yang menjadi pusat bagi segala-galanya. Inilah keagungan-Nya yang besar! Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Tentang “Malaikat Perkasa” di dalam Wayhu 10:1,
ReplyDeleteIVP New Testament Commentaries menulis, “…this mighty angel has an aura of divinity about him that prompted some older commentators to see him as none other than Jesus Christ himself. This is highly unlikely, yet the angel does represent God, or the power of God, in a way that most other angelic figures do not... Although he is not Christ in person, he can be viewed as a divine agent acting on behalf of God and the Lamb."
Matthew Henry’s Commentaries pula menulis, “…an angel from heaven, another mighty angel, who is so set forth as would induce one to think it could be no other than our Lord and Saviour Jesus Christ!”
Reformation Study Bible pula menulis, “A mighty angel appears, reflecting the very glory of God and His throne room. The angel’s majesty reinforces the authority and divine source of the message”.
Adrian Rogers dalam bukunya, ‘Unveiling The End Times in our Time: The Triumph of the Lamb in Revelation’ menulis, “I believe this mighty angel is the Lord Jesus Christ” (pg.125).
Oleh kerana perbezaan pendapat tentang hal ini, kita harus menilai komen di atas dan perlu membuat kesimpulan sendiri. Bagi saya “Malaikat Perkasa” ini ialah Yesus Kristus sendiri.