Friday, December 21, 2012

Tuhan akan Menyediakan Apa yang Kamu Perlukan Hari ini

Banyak orang berkata, “Jika ini atau itu berubah atau berlaku, barulah saya dapat melakukan sesuatu perkara.” Karut! Tuhan memberikan kamu sesuatu hari ini secukupnya mengikut keperluan kamu untuk hari ini. Firman Tuhan menjelaskan prinsip ini secara jelas melalui cerita di dalam buku Perjanjian Lama dimana Tuhan telah memberi orang Israel makanan Manna. Baca Firman ini:

TUHAN telah memberikan perintah supaya tiap-tiap orang mengumpulkan makanan itu (Manna) seberapa banyak yang diperlukannya, iaitu sebanyak dua liter bagi setiap anggota keluarga.
Orang Israel berbuat demikian; ada yang mengumpulkan lebih daripada dua liter dan ada pula yang mengumpulkan kurang daripada itu. Ketika mereka menakarnya (“measured”), ternyata bahawa orang yang mengumpulkan banyak tidak mendapat lebih, dan orang yang mengumpulkan sedikit tidak pula kekurangan. Tiap-tiap orang mengumpulkan sebanyak yang diperlukannya.
Musa berkata kepada mereka, ‘Tiada sesiapa yang boleh menyimpan makanan walau sedikit pun sehingga esok’. Tetapi ada di kalangan mereka tidak mengendahkan kata-kata Musa, lalu menyimpan sebahagian daripada makanan itu. Pagi esoknya, makanan itu berulat dan berbau busuk, lalu Musa marah kepada mereka.” (Keluaran 16:16-20).

Orang Israel memerlukan makanan. Mereka memerlukan makanan untuk hari ini, esok dan untuk hari yang akan datang. Tetapi Tuhan Allah menyediakan mereka bekalan seharian. Dia tidak menghantar makanan Manna dalam bungkusan untuk satu minggu! Tidak, Tuhan menyediakan mereka bekalan setiap hari – cukup untuk hari itu. Lihat disini, apabila mereka mengumpulkan lebih daripada yang diperlukan dan menyimpannya untuk hari esok, semua makanan itu “berulat dan berbau busuk”.

Kebenarannya ialah ini: Tuhan menyediakan keperluan kamu untuk sekarang, hari ini – pada saat ini. Kamu tidak akan memperolehi hari ini lagi esok. Jadi, kamu harus melakukan yang terbaik bagi setiap pekerjaan, perkara atau peluang yang ada pada hari ini. Apa saja yang Tuhan mahu kamu lakukan sekarang atau apa saja keperluan (bukan keinginan!) yang kamu perlukan untuk hari ini – Dia telah sediakan semuanya untuk kamu.

Kawan, Tuhan Yesus telah berFirman, “jangan khuatir” (3 kali dalam Matius 6:25, 31 dan 34) tentang kehidupan dan keperluan asas harian kita; dan Rasul menulis, “Jangan khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan” (Filipi 4:6). Kawan, bersyukurlah dan terus memuji Tuhan Allah kita! Jangan khuatir tentang apa pun! Dia akan menyediakan apa yang kamu perlukan untuk hari ini. Jangan khuatir!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]