“Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api” (Wahyu 10:1)
Saya percaya bahawa “malaikat perkasa” yang digambarkan oleh rasul Yohanes ini ialah Tuhan Yesus Kristus. Yesus seringkali digambarkan sebagai (menyerupai) malaikat di dalam Perjanjian Lama; contohnya di dalam Kejadian 22:15 dan Yesaya 63:9. Di sini kita digambarkan bahawa Yesus “diselubungi awan” melambangkan hadiratan-Nya yang mulia; “kepala [Yesus] dikelilingi pelangi” melambangkan kasih kurnia-Nya yang tidak pernah berakhir dan; “muka [Yesus] bersinar seperti matahari” melambangkan kebesaran dan keagungan-Nya. Akhir sekali, kita akan melihat tentang “kakinya seperti tiang api”, apakah maksud ini?
Di dalam Al-Kitab, “tiang” (atau “pillar”) ialah simbol bagi pimpinan dan pelindung, seperti tiang awan dan tiang api yang menyertai nabi Musa dan orang Israel keluar dari Mesir ke Tanah Perjanjian Allah (Keluaran 13:21-22). Dan “api” pula ialah simbol bagi ujian atau penghakiman. Api membakar. Api membersih. Api merebak. Di sini Tuhan Yesus Kristus digambarkan sebagai Hakim yang Maha Adil yang melindungi orang yang percaya kepada-Nya dan menghakimi orang yang tidak percaya kepada-Nya berdasarkan kesucian-Nya yang sempurna.
Jika kita membaca Buku Wahyu secara keseluruhannya, Rasul Yohanes tidak lagi menggambarkan Yesus-manusia seperti dalam Injil Yohanes tetapi Yesus-Tuhan dengan penuh dengan kemuliaan-Nya (Nota: Semasa Yesus berada di bumi, Dia ialah 100% manusia dan juga 100% Tuhan). Yesus tidak lagi digambarkan sebagai seorang yang sederhana dan panjang sabar terhadap dosa tetapi sekarang sudah bersedia untuk menjadi Hakim yang adil dan penuh dengan autoriti. Rasul Yohanes pada masa ini tidak “duduk di sebelah Yesus” (Yohanes 13:23) tetapi jatuh “meniarapkan diri di hadapan-Nya seperti seorang mati” (Wahyu 1:17) – dia menyembah Tuhan Yesus!
Banyak orang tidak tahu bahawa Hakim di Akhir Zaman nanti ialah Yesus Kristus. Banyak yang belum betul-betul lagi diselamatkan datang ke gereja dengan sambil lewa semasa Hari Ester dan meraikan Hari Krismas tanpa mengetahui kebenaran ini. Apa yang ‘mereka’ raikan jika ‘mereka’ masih lagi belum menerima Yesus sebagai Juruselamat dan Tuhan Raja ialah – kebinasaan ‘mereka’ sendiri. 2 Timotius 4:1 mengatakan bahawa, “Kristus Yesus akan datang lagi untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati. Dia akan datang untuk memerintah sebagai Raja”.
Bersyukurlah kepada Tuhan Allah atas pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib dan membangkitkan-Nya semula dari kematian. Melalui iman kita kepada Dia, kita tidak perlu risau akan kedatangan-Nya untuk menghakimi dunia kerana Darah Anak Domba membolehkan kita hidup selamanya dengan Allah dan bukannya ke tempat pembinasaan kekal. “Kaki [Yesus] seperti tiang api” ialah berita baik kepada kita kerana Dia pasti akan melindungi kita daripada api murka kesucian-Nya. Bersyukurlah! Amen.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Akhir kata daripada saya: Sementara kamu masih bernafas lagi, dan kasih kurnia penyelamatan dari Allah masih lagi diberikan kepada kamu – saya ingin bertanya: Sudahkah kamu menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan Raja kamu? Jika belum, Firman Allah yang hidup mengatakan bahawa: “Mereka yang menyambut [Yesus] dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Berdoalah seperti ini:
Bapa disyurga, saya percaya bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tunggal-Mu,
dan Dia telah mati di kayu salib untuk menyelamatkan saya daripada dosa saya.
Saya percaya bahawa Dia telah bangkit semula dari kematian,
dan bahawa Dia mahu saya hidup selamanya
bersama dengan-Nya di syurga sebagai keluarga-Mu.
Kerana apa yang Yesus telah lakukan,
saya berdoa agar Engkau mengampuni dosa saya
dan berikanlah saya hidup kekal bersama-Mu.
Saya ingin meletakkan iman saya kepada Yesus Kristus
sebagai Juruselamat dan Tuhan Raja saya.
Pimpinlah saya untuk hidup berkenan dan memuliakan nama-Mu.
Amen.
Tentang “Malaikat Perkasa” di dalam Wayhu 10:1,
ReplyDeleteIVP New Testament Commentaries menulis, “…this mighty angel has an aura of divinity about him that prompted some older commentators to see him as none other than Jesus Christ himself. This is highly unlikely, yet the angel does represent God, or the power of God, in a way that most other angelic figures do not... Although he is not Christ in person, he can be viewed as a divine agent acting on behalf of God and the Lamb."
Matthew Henry’s Commentaries pula menulis, “…an angel from heaven, another mighty angel, who is so set forth as would induce one to think it could be no other than our Lord and Saviour Jesus Christ!”
Reformation Study Bible pula menulis, “A mighty angel appears, reflecting the very glory of God and His throne room. The angel’s majesty reinforces the authority and divine source of the message”.
Adrian Rogers dalam bukunya, ‘Unveiling The End Times in our Time: The Triumph of the Lamb in Revelation’ menulis, “I believe this mighty angel is the Lord Jesus Christ” (pg.125).
Oleh kerana perbezaan pendapat tentang hal ini, kita harus menilai komen di atas dan perlu membuat kesimpulan sendiri. Bagi saya “Malaikat Perkasa” ini ialah Yesus Kristus sendiri.