Friday, December 28, 2012

Kasih-Kurnia Yesus

Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api” (Wahyu 10:1)

Saya percaya bahawa “malaikat perkasa” yang digambarkan oleh rasul Yohanes ini ialah Tuhan Yesus Kristus. Yesus seringkali digambarkan sebagai (menyerupai) malaikat di dalam Perjanjian Lama; contohnya di dalam Kejadian 22:15 dan Yesaya 63:9. Di sini kita digambarkan bahawa Yesus bukan sahaja “diselubungi awan”, malah di “kepalanya dikelilingi pelangi”. Apakah maksud ini?

Di dalam Al-Kitab apa yang kita tahu tentang “pelangi”? Pelangi ialah simbol atau tanda perjanjian Tuhan Allah dengan dunia. Tuhan menempatkan pelangi di langit selepas banjir besar (Baca Kejadian 6 untuk mengetahui kenapa Tuhan menghantar banjir besar kepada manusia) untuk mengingatkan nabi Nuh (dan kita keseluruhannya) tentang kasih kurnia perjanjian-Nya. Kejadian 9:13-17 ditulis:

Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia. Tiap-tiap kali Aku meliputi langit dengan awan dan pelangi itu kelihatan, Aku akan mengingat perjanjian-Ku dengan kamu dan dengan semua makhluk hidup, bahawa banjir tidak lagi akan membinasakan semua makhluk hidup. Apabila pelangi itu kelihatan di langit, Aku akan melihatnya dan mengingat perjanjian abadi antara Aku dan semua makhluk yang hidup di bumi. Itulah tanda perjanjian yang Aku buat dengan semua makhluk yang hidup di bumi.”

Cuba kamu bayangkan bagaimana perasaan nabi Nuh selepas dia keluar daripada bahtera dan melihat seluruh ciptaan Tuhan telah habis musnah oleh banjir. Sedih. Duka. Hilang harapan. Kemudian, nabi Nuh mendongak ke atas langit dan melihat Tuhan Allah telah menempatkan pelangi yang cantik di atas bumi yang musnah; tentu harapannya bangkit semula dan imannya dikuatkan lagi.

Pelangi yang indah dan dipenuhi oleh warna-warna yang cantik; merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu dan banyak lagi (semasa sekolah rendah, cikgu saya mengajar cara untuk mengingati warna pelangi, ‘M-J-K-H-B-I-U’) mengingatkan kita tentang kekuasaan dan pemikiran Allah yang tiada tolok bandingnya. Dia telah berFirman dan Dia tidak akan melanggar perjanjian-Nya sendiri, “Aku akan mengingat perjanjian-Ku” (Kejadian 9:15).

Apabila Yesus digambarkan bahawa “kepalanya dikelilingi pelangi” ini bermaksud: setiap janji – keselamatan, pemulihan, kekuatan, sukacita, termasuk juga dengan amaran pelanggaran, dan sebagainya yang ditulis di dalam Firman-Nya pasti akan digenapi oleh-Nya. “Pelangi” di kepala Yesus tidak ada penghujungnya juga bermaksud setiap janji yang Dia telah berikan di dalam Firman-Nya juga tidak ada penghujungnya – selamanya. Ini ialah kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus kepada kita.

Bersyukurlah kepada Tuhan Allah kerana Tuhan Yesus Kristus pasti melakukan apa yang dijanjikan-Nya di dalam Al-Kitab, iaitu Firman-Nya! Amen.

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Tentang “Malaikat Perkasa” di dalam Wayhu 10:1,

    IVP New Testament Commentaries menulis, “…this mighty angel has an aura of divinity about him that prompted some older commentators to see him as none other than Jesus Christ himself. This is highly unlikely, yet the angel does represent God, or the power of God, in a way that most other angelic figures do not... Although he is not Christ in person, he can be viewed as a divine agent acting on behalf of God and the Lamb."

    Matthew Henry’s Commentaries pula menulis, “…an angel from heaven, another mighty angel, who is so set forth as would induce one to think it could be no other than our Lord and Saviour Jesus Christ!”

    Reformation Study Bible pula menulis, “A mighty angel appears, reflecting the very glory of God and His throne room. The angel’s majesty reinforces the authority and divine source of the message”.

    Adrian Rogers dalam bukunya, ‘Unveiling The End Times in our Time: The Triumph of the Lamb in Revelation’ menulis, “I believe this mighty angel is the Lord Jesus Christ” (pg.125).

    Oleh kerana perbezaan pendapat tentang hal ini, kita harus menilai komen di atas dan perlu membuat kesimpulan sendiri. Bagi saya “Malaikat Perkasa” ini ialah Yesus Kristus sendiri.

    ReplyDelete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]