Tidak
semua orang datang kepada Yesus dengan cara yang sama; pengalaman kamu tidak
semestinya sama seperti saya. Sesetengah orang percaya
kepada Yesus secara tiba-tiba dan dramatik; perubahan yang radikal daripada kehidupan
yang lama kepada kehidupan yang baru. Seperti Saulus (dalam Kisah Rasul-Rasul
Bab 9) yang sedang dalam perjalanan ke Damsyik untuk menangkap orang-orang
Kristian, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekeliling Saulus dan telah
membutakan matanya. Dia bersaksi selepas kejadian itu:
“Saya rebah ke
tanah lalu mendengar suara berkata kepada saya, ‘Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?’” (Kisah Rasul-Rasul 22:7).
Sejak dari hari itu, Saulus terus menjadi pengikut
Yesus yang setia, Yesus yang dia pernah sangkalkan sebelum ini. Tuhan Allah
telah menggunakan dia (sebagai Rasul Paulus) untuk menyampaikan Berita Baik
kepada bangsa bukan Yahudi.
Sesetengah orang pula percaya kepada Yesus secara
perlahan-lahan, mungkin juga ada yang tidak sedar bila sebenarnya mereka telah
berubah daripada orang yang tidak percaya kepada orang yang percaya. Rasul
Petrus mungkin seperti ini – imannya seperti ombak dan penuh dengan ragu-ragu.
Hanya setelah sekian lama barulah dia mula teguh pendirian dan bertekat untuk
terus mempercayai Yesus. Saya tidak pasti bilakah sebenarnya Petrus betul-betul
telah menerima Yesus sebagai Juruselamat dan Tuhannya, Al-Kitab tidak jelas
tentang perkara ini (Pada pendapat saya, Rasul Petrus sendiri mungkin tidak
berapa pasti bilakah dia betul-betul mula mempercayai Yesus Kristus
sepenuhnya). Saya sendiri tidak pasti bilakah tarikh sebenarnya saya mula percaya
kepada Berita Baik ini. Yang saya pasti ialah Tuhan Allah dengan kasih
kurnia-Nya telah membuka hati saya untuk menerima Yesus dalam hidup saya suatu
masa dulu dan terus memberikan saya iman untuk tetap mempercayai-Nya.
Apa yang penting sekali ialah bukan bagaimana
atau berapa
lama masa yang kita ambil untuk (akhirnya) percaya kepada Yesus Kristus;
tetapi yang penting ialah kita (akhirnya) mempercayai-Nya, dan betul-betul
pasti bahawa kita sekarang telah menerima-Nya untuk Keselamatan
daripada dosa-dosa kita yang menyebabkan kemurkaan Tuhan Allah (dan untuk
memulihkan hubungan kita dengan Allah Bapa – agar kita dapat bersukacita di
dalam Tuhan dan menjadi anak-anak-Nya di bumi dan di syurga).
Adakah
kamu pasti bahawa kamu sekarang sudah menerima Yesus sebagai Juruselamat dan
Tuhan kamu? Jika tidak, jangan biarkan masa ini berlalu tanpa
kamu membuat keputusan yang paling penting dalam hidup ini. Tidak ada rujukan
di dalam Al-Kitab yang saya dapat cari yang mengatakan bahawa kita akan
mempunyai peluang kedua selepas mati... dan juga tidak ada kepastian yang kita masih
hidup di keesokkan hari. Di dalam Al-Kitab, Tuhan Allah berfirman,
“Ketahuilah
bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah,
dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!” (2 Korintus 6:2).
dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!” (2 Korintus 6:2).
Ini
hanyalah permulaan,... Apa keputusan kamu?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment