“Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di
seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari
perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur”
(Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti
haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha
Tinggi” (Markus 5:7)
telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan
dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan
pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu
ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka
betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).
Pertama sekali Yesus
berkata, “Pulanglah
kepada keluargamu…” (klik di sini untuk membaca bahagian pertama
ini). Selepas itu, Yesus berkata pula, “…dan beritahu mereka
betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” Yesus tidak berkata supaya lelaki itu harus menyediakan
khutbah yang menarik atau pergi mengingati banyak ayat-ayat Firman Allah
tentang keselamatan atau menggariskan setiap ayat di dalam Alkitab dengan
menggunakan pen merah (walaupun semua ini sangat baik untuk kita lakukan). Sebaliknya,
Yesus hanya berkata supaya dia balik ke tempat asalnya dan menceritakan
pengalaman dia bertemu dengan TUHAN.
Ini ialah perkhabaran yang
sangat asas bagi kita: Berita Baik
tentang apa yang Yesus telah lakukan di dalam hidup kita! Khutbah yang
hebat, mengingati atau menggariskan Firman Allah dan mempelajari
langkah-langkah untuk bersaksi memang ada baiknya. Tetapi perkhabaran yang
sangat berkesan sekali ialah tentang bagaimana Yesus telah menolong, melakukan
segala yang baik kepada kita dan tentang betapa indahnya Yesus dalam kehidupan
kita. Apabila semua perancangan untuk bersaksi gagal, saya tahu bahawa ada satu
yang tidak pernah gagal iaitu, TUHAN telah melakukan sesuatu yang indah dalam
kehidupan saya dan saya boleh bersaksi dengan autoriti – dan TUHAN akan
membuatkannya berjaya!
Saya sangat bersyukur
kepada mereka yang mempunyai kebolehan untuk bersaksi tentang Yesus dimana sahaja
mereka berada… namun kebanyakkan kita tidak mempunyai kebolehan itu. Tetapi,
kita boleh bersaksi kepada mereka yang dekat dengan kita. Mereka yang kita
jumpa hampir setiap hari. Ibu saya jarang pergi ke gereja lagi atas sebab-sebab
tertentu tetapi saya cuba bersaksi dengan dia tentang bagaimana TUHAN telah
mengubah kehidupan saya. Saya akan berdoa dan mengasihi dia sehingga dia melihat
bahawa TUHAN itu sentiasa peduli dan mengasihi dia. Saya akan menghormati dan
menjaga dia sebagaimana TUHAN telah lakukan kepada saya. Perkhabaran yang dia
akan dengar dan lihat ialah tentang pengalaman
peribadi saya dengan Yesus. Siapa yang dekat dengan kamu sekarang? Bersaksilah.
Khabarkan tentang kasih Yesus melalui perkataan dan perbuatan kamu.
"...beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan
dan betapa baiknya Dia kepadamu!"
Ini ialah berkhabaran yang terutama.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment