Monday, October 6, 2014

Iblis ialah Bapa Segala Pendusta


Yesus berkata kepada orang Yahudi yang degil, “Mengapa kamu tidak memahami apa yang Aku katakan? Hal itu demikian kerana kamu tidak tahan mendengar ajaran-Ku. Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta” (Yohanes 8:43-44, BM).

Sungguh tegas dan keras firman Yesus ini! Dia berkata Iblis ialah pembunuh dan bapa segala pendusta. Salah satu dusta yang seringkali Iblis katakan kepada kita ialah dia menjanjikan pelbagai tawaran hebat kepada kita jika kita mengikutnya, seperti apa yang dia lakukan kepada Yesus semasa percubaan-Nya: “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu [kerajaan, kekayaan dan kemuliaan dunia],” katanya, “jika Engkau sujud menyembah aku” (Matius 4:9). Sekarang, Iblis mungkin berkata kepada kita, “Saya berjanji hidup kamu akan senang-lenang; saya akan memberi kejayaan bagi kamu; saya akan mengembirakan kamu; saya akan mengkurniakan kamu dengan harta kekayaan dan nama baik.” Ada juga suara Iblis berkata, “Serahkan imanmu yang tidak boleh membawa kemana-mana itu.., ambil duit dan kesenangan ini sekarang.” Ingatlah firman Yesus ini: “Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?” (Matius 16:26, BM)

Iblis juga suka berdusta kepada kita supaya kita (mengingini) menjadi seorang yang “tersangat” rohani. Seorang Kristian, contohnya, tidak mahu mendapat rawatan daripada doktor kerana dia beranggapan ‘hanya Tuhan boleh menyembuhku.’ Saya memang percaya bahawa hanya TUHAN mampu menyembuh dan memang benar kita harus mencari Dia lebih daripada keperluan fisikal, mental dan rohani kita. Tetapi, kita harus berhati-hati juga. Walaupun TUHAN boleh dan mampu menyembuh kita hari ini, kebenaran yang terlalu ditinggi-tinggikan lebih daripada kebenaran yang lain boleh menjadi kesalahan juga (dalam kes ini, kita harus berdoa dan mendapat rawatan). Kebenaran yang tidak diseimbangkan dengan kebenaran Alkitab yang lain akan menjadi penghalang iman kita kepada-Nya. (Contohnya, kebenaran tentang Keselamatan yang memerlukan keseimbangan di antara kasih-kurnia Allah dan respon kita kepada-Nya). Oh, Iblis memang suka mendustai kita!

Satu lagi taktik Iblis untuk mendustai kita ialah dengan menyebarkan berita palsu dan mengumpat tentang saudara-saudari Kristian kita yang lain. Ini akan menyebabkan pekerjaan Allah diantara kita terganggu dan anak-anak TUHAN akan mula berpecah dan bergaduh sesama sendiri – dan apabila kita terlalu fokus dengan perbalahan antara satu sama lain, kita akan mula lupa untuk melakukan Amanah Agung Tuhan Yesus (Matius 28:18-20) dan tidak lagi berjuang untuk memenangkan jiwa-jiwa yang hilang kepada-Nya. Marilah kita tegus bersatu dalam iman dan jangan membiarkan Iblis mendustai kita!

Jadi, bagaimana kita boleh tahu atau membezakan diantara kebenaran Allah dan dusta Iblis? Alkitab mengatakan – dengan mendengar ajaran Yesus. “Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan” (Yohanes 8:31-32); “Aku mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Bapa-Ku kepada-Ku” (8:38); “Yang Aku lakukan hanyalah memberitahu kamu kata-kata benar yang diberitahukan oleh Allah kepada-Ku” (8:40); “Aku mengatakan apa yang benar” (8:45); “Orang yang berasal dari Allah akan mendengar firman Allah” (8:47). Firman Yesus ialah firman Allah, dan firman Allah adalah kebenaran!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]