Monday, October 27, 2014

Nasihat Si Pemikir kepada Orang Muda


Ini ialah nasihat Si Pemikir kepada orang muda: “Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu. Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.

Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, ‘Aku tidak menikmati hidup.’ Pada masa itu mata kamu tidak lagi terang sehingga cahaya matahari, bulan dan bintang menjadi pudar. Kesusahan bagaikan awan mendung akan membayangi kamu. Lengan yang telah melindungi kamu akan gementar; kaki kamu yang kuat akan menjadi lemah. Gigi kamu terlalu sedikit untuk mengunyah makanan dan mata kamu terlalu rabun untuk melihat dengan jelas. Telinga kamu akan menjadi pekak, sehingga kamu tidak dapat mendengar keriuhan di jalan raya. Kamu tidak akan dapat mendengar bunyi orang mengisar di kilang, atau bunyi muzik. Tidur kamu tidak nyenyak lagi; kamu terjaga setiap kali burung berkicau. Kamu akan takut mendaki tempat yang tinggi, dan kamu harus berjalan dengan hati-hati. Rambut kamu akan beruban, kaki kamu akan kamu seret waktu berjalan, dan segala hasrat dan keinginan hilang.

Kita menuju ke tempat tinggal kita yang terakhir (kubur), lalu orang menangis di sepanjang jalan. Rantai perak akan putus dan lampu emas jatuh dan pecah; tali timba di perigi putus dan kendi hancur berkecai. Tubuh kita akan kembali menjadi debu di bumi. Nafas kehidupan kita akan kembali kepada Allah yang memberikannya kepada kita. Memang semua itu sia-sia, kata Si Pemikir.” (Penghutbah 11:9-12:8, BM)

Janganlah kita mensia-siakan hidup ini dan hanya sedar bahawa “semua itu sia-sia” di akhir kehidupan kita. Hiduplah untuk Yesus Kristus semasa kita masih muda, semasa kita masih pertengahan umur, dan sehingga kita tua. Akhirnya, kita tidak akan menyesal seumur hidup tetapi akan mendengar suara Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus berkata, “‘Bagus, kamu hamba yang baik dan setia” (Matius 25:21, BM) apabila Dia memanggil kita untuk datang kepada-Nya di akhir kehidupan kita. Jangan sia-siakan masa mudamu!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]