“Yesus and pengikut-pengikut-Nya tiba di
seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari
perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur”
(Markus 5:1-2, BM). Lelaki itu kerasukkan roh jahat dan bersikap seperti
haiwan liar yang tinggal di kawasan perkuburan. Tetapi Yesus “Anak Allah Yang Maha
Tinggi” (Markus 5:7)
telah memecahkan belenggu dan mengusir roh-roh jahat keluar dari lelaki itu dan
dengan mukjizat-Nya lelaki itu sembuh dan telah dibebaskan. Ketika Yesus dan
pengikut-pengikut-Nya bersiap untuk pergi meninggalkan daerah itu, lelaki itu
ingin mengikuti mereka. Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka
betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!” (Markus 5:19).
Pertama sekali Yesus
berkata, “Pulanglah kepada keluargamu…”
Ini termasuk sanak-saudara dan mereka yang tinggal berdekatan dengannya. Yesus
berkata kepada lelaki ini – termasuk kita pengikut Yesus semua – panggilan pertama dan utama selepas kita
percaya kepada-Nya ialah menjadi saksi Kristus di tempat kita sendiri dahulu:
keluarga dan sanak-saudara, kawan-kawan dan jiran tetangga, di tempat kerja dan
di tempat kita belajar. Yesus berkata kepada rasul-rasul-Nya dan kepada kita
juga: “[Kamu]
akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan
menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem (dimana mereka berada pada masa
itu), di seluruh
Yudea (kota dimana Yerusalem berada), dan Samaria (kawasan berdekatan
dengan mereka),
serta sampai ke hujung bumi” (Kisah
Rasul-Rasul 1:8, BM). Penginjilan dan kesaksian
harus bermula dari rumah dahulu dan kemudian ke luar.
Bersaksilah dengan kuasa dan pimpinan Roh Allah.
Yesus yang berkata “Pulanglah kepada keluargamu…” akan
menyertai kamu.
THINK BIG.
START SMALL. GO DEEP.
No comments:
Post a Comment