Hanya gambar, bukan wajah sebenar. |
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #8: Untuk Menanggung Hukuman Kita
Kesimpulan untuk penderitaan dan kematian Kristus ialah ini: “Sekarang
tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Yesus Kristus”
(Roma 8:1, BM). Untuk “hidup bersatu dengan Yesus Kristus” bermaksud untuk
terus mempunyai hubungan dengan Kristus melalui iman kepada-Nya. Kristus
menanggung dosa kita (bermaksud kita tidak perlu dihukum lagi) dan kita
sekarang berkenan dihadapan Allah (bermaksud bukan kerana kebaikan kita).
Kematian Kristus mengesahkan bahawa tidak akan ada lagi hukuman bagi mereka
yang percaya dengan iman bahawa Kristus sudah mati bagi mereka. Ianya sangat
pasti seperti kenyataan bahawa Yesus mati (dan bangkit semula!).
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment