Saturday, April 12, 2014

Mempunyai Beban bagi Orang yang Belum Mengenal Yesus Kristus

Photo taken from: http://www.theguardian.com/
“[Saya] mau menyatakan kesedihan saya yang sangat besar! Dan apa yang akan saya katakan sekarang benar sekali. Saya tidak berbohong. Saya mengetahui hal ini kerana bersatu dengan Kristus, dan kerana Roh Kudus yang memberi keyakinan bahawa hal ini benar dalam pandangan Allah. Yang saya mau katakan adalah hati saya sangat sedih kerana orang Israel. Kerana mereka adalah saudara-saudari saya sebangsa, dan mereka seperti darah daging saya sendiri di dunia ini. Jadi saya ingin sekali menolong mereka! – sampai saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan.” (Roma 9:1-3, TSI)

Apabila saya membaca surat dari Rasul Paulus kepada gereja di Roma – hati saya tersentuh. Paulus memiliki sesuatu yang sangat diperlukan oleh kita untuk menjadi seorang “penjala manusia” (Markus 1:17) yang efektif, iaitu, beban dari Tuhan kepada orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Bagi Paulus, beban dia ialah kepada orang Israel “saudara-saudari sebangsa[nya]” Dia peduli. Dia terbeban. Dia sangat mengambil berat.

Seorang pelayan misi yang saya kenal pernah menyatakan hasratnya untuk membawa ramai lagi anak-anak muda untuk pergi melakukan misi penginjilan di pendalaman negeri Sarawak bersama dengan dia. “Supaya mereka melihat dan mengalami sendiri realiti bahawa ramai lagi orang yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka,” katanya. Dia menasihati saya, “Kamu harus mencabar pelajar-pelajar di kampus yang kamu pergi untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus Kristus di tempat mereka belajar. Ajar mereka untuk bersaksi!” Dia kemudian berkongsi tentang kebebasan dan sukacita melalui kasih kurnia Allah dan Keselamatan di dalam Kristus, dan kesengsaraan murka Allah bagi orang yang tidak mengenal dan menerima Dia.

Saya merasakan bahawa Roma 9:1-3 ini ditulis untuk mengingatkan kita bahawa kita perlu mempunyai beban terhadap orang yang belum mengenal Yesus Kristus. Kita tidak sepatutnya terlalu obses terhadap politik, alam sekitar, masalah peribadi dan asyik berfikir tentang pembangunan rohani sendiri sehinggakan Keselamatan orang lain kita abaikan. Paulus sangat terbeban sehinggakan dia menulis dengan penuh dramatik sekali: “Saya rela dikutuk dan dipisahkan dari Kristus demi mereka, asalkan hal itu membuat mereka diselamatkan” (Roma 9:3).

Sebagai seorang pengikut Kristus, kamu dan saya mempunyai tanggungjawab untuk membawa ramai orang yang di luar lingkungan gereja kita untuk mengenal Kristus. Jika benar kita mengasihi Tuhan dan kasih Dia ada bersama kita, ia sepatutnya mendorang kita untuk melakukan sesuatu yang indah bagi-Nya. Berdoalah agar Dia memberikan beban itu kepada kamu (Hati-hati Dia mungkin akan menjawab doa kamu dengan segera!). Perhatikanlah, apabila Roh Kudus-Nya menyertai kamu, hidup kamu akan berubah – kamu semakin menjadi seperti Kristus. Amen.

Adakah kamu mempunyai beban supaya Malaysia mengenal dan percaya kepada Yesus Kristus?
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]