Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat penting sekali pada
abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #1: Untuk Menghampuskan Permusuhan Antara Kaum dan Bangsa
Kecurigaan,
prejudis, dan sikap permusuhan di antara orang Yahudi dan orang bukan Yahudi
pada zaman Alkitab adalah sama seriusnya dengan sikap perkauman dan perbezaan
diantara kaum, bangsa dan negara pada masa sekarang. Oleh itu, Yesus mati di
kayu salib agar setiap kaum dan bangsa dapat berdamai melalui-Nya: Yesus Kristus
“telah membawa kedamaian... dengan kematian-Nya di kayu salib
Kristus telah merobohkan tembok permusuhan... Dia boleh menjadikan mereka satu
umat yang baru, yang hidup bersatu dengan Dia... Kristus mendatangkan
kedamaian... Kristus telah melenyapkan permusuhan... dan memimpin mereka
kembali kepada Allah” (Efesus 2:14-16, BM).
Adalah
sangat mustahil untuk menyatukan semua
kaum dan bangsa dengan berkata bahawa semua agama di dunia adalah sama dan
boleh disatukan. Tuhan telah mengutus Anak-Nya ke dunia sebagai satu-satunya
jalan bagi setiap orang berdosa boleh diampuni dan mendamaikan permusuhan
diantara kaum dan bangsa. Hanya melalui perdamaian ini sahaja barulah setiap
kaum mampu mengasihi dan melayani satu sama lain dengan penuh sukacita.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper (Wheaton: Good News Publishers)
Janganlah kamu menyamakan "YANG MENGUTUS (ALLAH)" dengan "Yang Diutus (kristus)"
ReplyDeleteYang diutus tidak tahu bila datangnya hari pembalasan (kiamat) padahal hanya "YANG MENGUTUS" iaitu ALLAH yang tahu bila datangnya hari kiamat.
mahukah kamu aku tunjukkan jalan yang benar?
taat lah kamu kepada kristus, supaya kamu kembali kepada " ALLAH yang mengutus kristus sebagai tanda keagungan-Nya"
serta berlindunglah dari godaan syaitan yang membisik. Tuhan kamu adalah Allah Tuhan yang SATU.
Ya, saya akan taat kepada Kritus. Terima Kasih.
ReplyDeleteAllah yang mengutus Yesus Kristus berkata: "Engkaulah [Kristus] Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku" (Markus 1:11), Juga berkata: "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dengarkanlah Dia!" (Markus 9:7). Yesus berbicara: "Akulah [Kristus] jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku" (Yohanes 14:6).
Saya begitu pasti dengan Siapa Allah (di dalam Alkitab) dan Kristus Yesus itu.
Adakah kamu pasti dengan Siapa Allah kamu?
Siapa Dia bagi kamu?