Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #4: Untuk Membebaskan Kita daripada Kutukan
Hukum Taurat
Tiada seorang pun dapat mengelakkan diri daripada kutukan Taurat Allah.
Hanya ada satu kenyataan: Kita semua
bersalah melanggar perintah-Nya. Hanya ada satu jalan penyelesaian: seseorang harus dihukum atas pelanggaran
itu. “[Kristus]
telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat”
(Galatia 3:13, BM).
Tuntutan Hukum Taurat telah
digenapi oleh Kristus melalui hidup-Nya yang sempurna, dan kutukan Hukum Taurat
telah digenapi oleh kematian-Nya. Inilah sebabnya Alkitab menyatakan bahawa
pengampunan Tuhan tidak diberi berdasarkan ketaatan kita terhadap Hukum Taurat,
tetapi “melalui
iman [kepada Yesus Kristus], bukan kerana mengikuti Taurat” (Galatia
2:16, BM).
Harapan kita untuk berbaik semula dengan Allah ialah hanya melalui kebenaran
(hidup-Nya yang sempurna) dan darah (kematian-Nya) Yesus Kristus yang diberikan
kepada kita.
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment