Datang kepada Yesus |
Kenapa Yesus perlu menderita dan mati?
Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #10: Supaya Kita Beroleh Hidup yang Kekal
Apabila Kita Percaya Kepada-Nya
Yesus berkata dengan jelas bahawa
sesiapa yang tidak percaya atau menolak pemberian hidup yang kekal akan
dibinasakan selamanya di neraka. “Barangsiapa tidak percaya, ia telah berada di bawah
hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah... ia tidak akan
melihat hidup, melainkan murka Allah tetap ada di atasnya” (Yohanes
3:18, 36, TB).
Tetapi bagi sesiapa yang percaya
kepada Kristus, yang terbaik pasti disediakan kepada mereka. “Apa yang belum pernah dilihat atau
didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh
Allah untuk orang yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9, BM). Kita akan melihat kemulian
Tuhan yang sebenar. “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal
Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah
Engkau utus” (Yohanes 17:3, TB). Amin!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment