Saya percaya bahawa ini ialah satu soalan yang sangat
penting sekali pada abad ke-21.
Di sini ada sepuluh jawapan daripada Firman Allah.
Sebab #7: Untuk Menunjukkan Kasih Yesus kepada Kita
Kematian Kristus menunjukkan bahawa Dia “mengasihi aku dan telah mengorbankan
diri-Nya untuk aku” (Galatia 2:20, BM). Dosa sayalah yang menghalang
hubungan saya dengan Tuhan. Apa yang saya hanya boleh buat ialah meminta belas
kasihan daripada-Nya.
Apabila saya mendapati bahawa Kristus menderita dan mati “untuk
membebaskan banyak orang” (Matius 20:28, BM), saya bertanya, adakah saya
diantara “banyak
orang” itu? Saya membaca dan mendengar jawapan: “Setiap orang
yang percaya kepada [Kristus] tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan
kekal” (Yohanes 3:16). Yesus membayar hukuman dosa saya – secara
peribadi – ini ialah pemberian yang tiada bandingannya!
THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
*Dipetik
dari risalah kecil '10 Reasons Jesus Came to Die' oleh John Piper
(Wheaton: Good News Publishers)
No comments:
Post a Comment